Hari ini adalah hari perkahwinan sepupu, Shahadah dengan Sarifuddin di Pt Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Selamat menghadapi kehidupan suami isteri. Alhamdulillah dapat berkumpul dan berjumpa bertanya khabar dengan sedara mara. Yang menariknya dapat ketemu semula guru semasa sekolah kebangsaan dahulu, antara tahun 1970 - 1975 iaitu Cikgu Zaini Salleh ( kalau tidak silap bin nya ). Dulu kira antara guru yang paling garang mengajarku. Selalunya bila beliau geram or marah, dicampaknya apa yang ada di tangan. Kalau pembaris, pembarislah, kalau pemadam papan hitam, kapur atau buku itulah yang dicampaknya. Pernah kerana marah kepada rakan yang duduk di hadapanku, lantas dibalingnya dengan buku, tapi mukaku yang terkena. Kini sudah agak lanjut usianya, tapi masih mampu datang drive dengan keretanya. Terima kasih cikgu kerana masih ingatkan ku lagi, terima kasih atas tunjuk ajarmu dahulu.
Petang ke Kg. Kolam Air, Kluang, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada biras. Dalam perjalan pulang singgah di Ladang Dragon Fruit Zinxen di Air Hitam. Agak cantik ladang ini, bersih dan tersusun rapi. Tapi persoalannya ramai ke orang malaysia yang makan Dragon Fruit. Turut di pamirkan gambar sekitar lawatan daripada MB kelantan pada 12 Jun 2006.Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..
10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.
Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019
Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..
Singgah ambil angin segar
2 Februari 2019 ...
Tugasan Baru penghujung 2019
Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..
Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya
Sekali-sekala ambil angin malam.