Sebenarnya Kembara Cuti CNY2010 ku adalah kerana hendak mendaftarkan Kausar anak bongsuku ke Tingkatan 4 MRSM Langkawi. Pada asalnya Cuti CNY2010 hanya nak rehat kat rumah saja sebab nak elak serabut terperangkap dalam jem di jalan raya, khususnya di Lebuh Raya. Tetapi nampaknya takde pilihan. Dapat tahu pun kira-kira 2 minggu sebelum mendaftar, maka kecohlah cari hotel. Flight tentunya tinggal tiket yang mahal. Maka bawak kenderaan sendiri ajelah.
Berdasarkan kepada keputusan SPM, rupanya MRSM Langkawi ni among the top in SPM. Wau !!! Tetapi kalau sekadar menumpang kemasyuran, sedangkan keputusan yang kita perolehi tidak memberikan sumbangan kepada pencapaian tersebut, maka kuranglah bermakna walaupun berada di sekolah terbaik pencapaiannya.
Memang serba salah juga pada asalnya sama ada hendak menerima tawaran MRSM Langkawi atau tidak. Lagipun keputusan rayuan Sekolah Berasrama Penoh hanya akan diumumkan pada 23 Februari 2010. Harapan untuk dapat KISAS masih meninggi. Tetapi mengenangkan sekiranya dah dapat MRSM, nama kita tercicir secara automatik dalam perkiraan pengambilan kedua SBP, maka terima sajalah. Takut yang kejar tak dapat dan yang dikendung keciciran.
Pagi 16hb kami singgah di MRSM Langkawi sebab nak jelaskan yuran serta beli pakaian rasmi MRSM. Payah juga nak cari pakaian MRSM, sebab warnanya lain dari yang lain dan kedai biasa takde dijual. Yuran pulak dia suroh bank-in tetapi agak keliru dengan penjelasan yang diberikan sebab tidak menyatakan akaun bank mana. itu yang bayar tunai di pejabat MRSM je. Pagi tu juga, anak dan isteriku bertemu dengan tiga orang ex-student SMK Saujana Utama yang kini berada dalam Tingkatan 5. Oklah, sekurang-kurangnya anakku sudah ada kenalan.
Ketika di Pejabat, sempat berkenalan dengan Pengetua MRSM Langkawi yang kelihatan sedang mencapai usia pencen. Orang Muar Johor rupanya. Bersih dan tersusun rapi suasana di Pejabat.
8.15pagi 17hb kamipun pergilah ke MRSM lagi. Orang sudah ramai, parking pun jauh dari dewan pendaftaran. Sampai sahaja kami didekati oleh beberapa para pelajarnya untuk bersalaman, menghulurkan bantuan dan memberikan panduan tunjuk arah. Nak kata sebab kami naik kereta Mercedes ( perasan !!! ), tidak juga sebab orang lain pun nampaknya begitu juga layanannya.
Proses pendaftaran berjalan lancar. Pendaftaran juga melibatkan pelajar tingkatan tingkatan 3 lama di MRSM Langkawi serta dari MRSM lain. Aku difahamkan daripada 120 pelajar, kekira separuh daripada pelajar MRSM lain dan pelajar baru. Yang tidak mencapai straight A dalam PMR 2009, kena pindah ke MRSM lain atau keluar. Betul ke ?
Selepas daftar di dewan kami ke asrama pula untuk daftar asrama dan bawa barangan ke asrama. Spot check dilakukan untuk memastikan pelajar tidak bawa peralatan atau barangan yang tidak dibenarkan di bawa ke asrama.
Sebilik empar orang dan setiap pelajar dibekalkan dengan katil single, tilam, kabinet besi dan meja study serta kerusi. Anakku sebilik dengan pelajar PJ, Shah Alam dan Kangar. Salah seorang darinya rupanya menginap di Rumah Penginapan Koperasi MRSM ( apartment 3 bilik ) dengan harga cuma RM150 sahaja. Lain kali boleh book. Tapi katanya kurang selesa sebab tidak dimaintain dengan wajar.
11.30 pagi kami dengar taklimat di Dewan. Kompom !!! Pengetua menjelaskan bahawa MRSM pernah jadi no 1 seluruh negara bagi SPM 2007 dan 2008. Warga MRSM mengharapkan agarnya prestasi ini dapat diteruskan. Nampaknya banyak peluang lain terbuka sebaik selesai SPM nanti seperti Perubatan UITM, UTP dan pelbagai lagi yang memulakan pengajian sebaik sahaja tamat SPM, sementara menunggu keputusan diumumkan. Namun Pengetua mengingatkan supaya pencapaian setiap semester hendaklah sekurang-kurangnya 3.0 termasuk trial SPM baru berpeluang mendapat tawaran yang akan diberikan nanti.
Selepas taklimat Pengetua, diadakan diskusi bersama Cikgu Angkat yang dipanggil Homeroom. Dalam majlis itu semua pelajar dan ibubapa dikumpulkan dalam satu kumpulan dan berbincang apa sahaja berkaitan hal ehwal pelajar dan sekolah. Rupanya dalam homeroom anakku, anakku sahaja yang pelajar baru MRSM. Yang lain pelajar lama tingkatan tiga di MRSM Langkawi dan MRSM lain. Jadi aku dan isteriku sahaja yang banyak bertanya, sebab mereka telah tahu.
Sejak dari sekolah darjah satu sampai ke tingkatan 3, kausar tinggal di rumah bersama keluarga. Kini tibalah masa berpisah jauh pulak tu, seberang laut !!! Mana tak sedihnya. Tapi sebab abang dan kakak-kakaknya juga sekolah asrama, tentunya dia ingin merasa atau menjejakki langkah abang dan kakaknya.
Duduk MRSM Langkawi ini problemnya ialah jauh dari rumah dan cara mudah nak pergi dan balik Putrajaya hanyalah Kapal Terbang. Nak sesekala jalan ziarah, kena fikir atau plan panjang sebab masa dan kosnya agak tinggi !!!
MRSM Langkawi merupakan MRSM ke-25 dibina. Bangunannya siap dibina dan mula mengambil pelajar pada Februari 1999. Kompleks sekolahnya dikatakan yang termahal ketika itu iaitu berharga RM60 juta. Pembinaannya diilhamkan oleh ex-PM, Tun Mahathir. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
3 hours ago
8 Komen:
Sekarang tinggal berdua ngan wife laaa... honeymoon sakann... awal tahun depang kenduri cukur jambul anak yg ke-5 plak ekk... kekeke..
"Tahniah pada Kausar"...
-jemay al-kapoor-
salam uncle n auntie, saya pun ikut family hantar abang ke mrsm langkawi hari tu. memang teruja melihat MRSM Langkawi. Abang saya pun form 4 sama ngan anak uncle, Kausar. Abang saya dari mrsm kuala klawang,TAHNIAH wat anak uncle juga. Semoga kejayaan mereka akan menjadi pemangkin untuk saya belajar dgn lebih lagi dan harap2 saya pun akan dapat belajar di MRSM Langkawi. InsyaALLAH.
belajar rajin2 asha..nnt boleh pegi oversea bole maen snowboard haha..
mintak izin ambil gambar2 ni. rindu pulak sekolah lama. lain dari dulu. ;)
saya dulu belajar dari form 1 sampai form 5 kat mrsm langkawi. nak cerita pasal kenangan memang banyak lah. tgk gambar2 ni nampaknya banyak yang dah berubah. dulu warna peach, skarang dah pink. bagi saya, antara semua mrsm yang ada, mrsm langkawi lah yang paling bagus, selesa, dan pelajar2 kat sini hebat2 belaka. tapi nasihat saya kepada kausar, jgn leka sbb kat mrsm ni banyak pelajar yang gifted. nak dapat 3.50 tu senang2 je. persaingan memang sangat sengit so rajin2 lah belajar jgn sampai ketinggalan mcm saya dulu. kawan2 saya boleh kata lebih separuh batch dapat pergi overseas tapi saya tertinggal lagi kat malaysia. tapi tak pe lah, rezeki diorang kan. semoga sukses selalu kepada anda dan keluarga :)
Salam, blog tuan ni bagus dan banyak info.
Lebih-lebih kepada mereka yg nak hantar anak ke MRSM Langkawi boleh dapat gambaran. Bagi yang dari Selangor atau selatan tanahair terasa jauhnya dan libatkan kos perjalanan tinggi. Terutama bila tiba cuti singkat-singkat, tentu naik pesawat option terbaik tetapi kos pulak tinggi. Bagi yang kurang mampu atau ekonominya kurang sikit, kena pikir banyak kali jugak ni. Bukan sekali dua kali. Banyak-banyak kali. Apa pandangan tuan tentang kos ini & kos lain-lainnya dan kemampuan ibubapa yang berbeda?
Saya setuju dgn tuan kalau di tolak tawaran ni, tak tentu dapat tawaran yg lain. Kebetulan anak saya juga dalam situasi yg sama, hajat dihatinya nak belajar di seri puteri cyberjaya. Apakan daya ada lagi mereka yang lebih layak utk kesana.
Bila buat pilihan selepas istikharah utk ke MRSM Langkawi nanti hanya tawakal, redha, usaha anak-anak dan doa iringi kejayaan anak-anak kita. Dalam hal ini, sebagai ibubapa saya lebih bertawakkal selepas berusaha utk masa depan mereka. Ada yang mengatakan belajar dimana-mana pun hampir sama, cuma tuanpunya diri yang perlu berusaha utk berjaya.
Selalunya pada awal tahun pihak MRSM LAngkawi akan berikan jadual keluar bermalam yg membolehkan pelajar pulang kg halaman. So boleh plan, nak naik ikut darat atau udara. Dulu dan kini juga, booking on-line awal-awal tiket flight Air Asia. Rega pun murah ( tapi kena ada Kad kredit ). Kekdangtu lagi berbaloi naik flight berbanding dgn bas ke K. Perlis then ferry. Namun bas-bas pun ada, cuma lambat sampainya. Boleh aje ( kata anak saya ) bagi saja alasan kepada pihak sekolah sama ada nak balik cepat sehari atau lambat sebab tiket bas.
Kalau tak mahu balik boleh stay kat asrama, tapi kena ada kawanlah sebab sunyi nanti. Atau jalan rumah kawan.
Belajar di asrama spt MRSM selain daripada usaha sendiri, pelajar terdisiplin dengan perancangan dan peraturan pihak sekolah dan parent pun tak perlu risau ttg keselamatan atau susah payah hantar/balik rumah.
Terima kasih tuan kerana mengapditasikan pengalaman tuan ke mrsm langkawi.. nyata ianye memberikan gmbaran dn suasana di sana.. kebetulan ank sy mendpt tawaran ke mrsm langkawi batch 2021 utk F1..
Post a Comment