Tak pasti sejak bila, Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram menjadi pilihan keluargaku sekali-sekala. Sebenarnya ada sekurang-kurangnya dua tempat restoran seumpamanya, tetapi yang ini menjadi pilihan kami. Terletak kekira 45 minit perjalanan dari rumah, restoran yang terletak di tepi pantai Jeram ini kini berubah wajah. Selalunya kami datang lepas maghrib, tetapi pada 27 Disember lalu kami bertolak seawal 6 petang dan tiba ketika remang-remang langit kerana matahari hampir terbenam. Ini yang indahnya, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Cumanya awan agak tebal di kaki langit, tidak dapat nak lihat matahari 'masuk' laut.
Datang kali ini kiranya sebab esok Kak Di nak balik semula ke DQ untuk semester ke-3nya.
Sempat berbual dengan 'tawkey bersama' restoran iaitu Encik Idris Abdul Jalil ketika beliau menyapa pelanggan yang datang. Menurut beliau, perniagaannya bermula secara kecil kecilan sejak 1982 sebagai kedai makan biasa di tepi pantai.
Kini beliau mempunyai seramai hampir 50 orang pekerja yang kebanyakkannya dari kalangan saudara mara beliau. Katanya hampir RM 40,000 untuk gaji dan upah pekerja. Tentang resepi masakan, beliau memperolehinya daripada keluarga termasuk ibunya sendiri. Menurut En Idris lagi, ini perlu dilakukan dalam dipertingkatkan perkhidmatanya dari semasa ke semasa. Cabaran beliau ialah bagaimana pelanggan boleh mendapat makanan yang dikehendaki dalam masa yang sesingkat mungkin. Keadaan tempat masak nampaknya kira bersih juga dan kelihatan pekerjanya sedang sibuk di dapor.
Memenuhi kehendak pelanggan dalam restorannya tidak sama seperti kedai makan lain kerana prosesnya bermula daripada pemilihan apa yang hendak dimakan, proses penyiangan ikan dan pembersihan sebelum dimasak mengikut kehendak pelanggan. Malam itu nampaknya selain aku, beliau turut bertemu pelanggan lain dengan membahagikan 'business card'. Majoriti pelanggannya ku kira adalah orang Melayu. Malam itu aku cuma nampak satu meja 4 orang yang berbangsa cina.
Katanya, lain kali sebelum datang boleh buat tempahan menerusi telefon, supaya tidak terlalu lama masa menunggu. Tapi aku tak tanya pulak, kalau order thru telefon, tetapi kemudian tak kunjung tiba, lagu mana ? Beliau boleh dihubungi menerusi telefon di 012-286 6277 atau kedainya 03-3264 6102. Kedainya beroperasi mulai 6.30 petang hingga 12 malam.
Kali terakhir kami datang, masih dalam binaan lama. Tetapi kini lebih cantik, kemas, tersusun dan dipertingkatkan kemudahannya. Surau kini lebih besar berbanding dalam kontena sebelum ini. Tandas pun luas. Tapak permainan untuk kanak-kanak pun disediakan selain lebih banyak TV disediakan ( tapi siarannya sama ). Kalau jetinya jauh ke laut macam di Kem El-Azhar Di Pantai Morib tu cantik juga, tapi probably kosnya tinggi sikit.
Daripada segi bekalan ikan, beliau memperolehinya daripada nelayan yang berlabuh du jeti sebelah restorannya. Malahan beliau sendiri kadang kala keluar ke laut menangkap ikan, selain mendapatkan bekalan ikan daripada nelayan atau pasar-pasar berhampiran.
Bagi kami sekeluarga, walaupun banyak restoran ikan bakar atau makanan laut lain di berhampiran rumahku, namun di sini agak istimewa. Sedap dan memenuhi citarasa sekeluarga. Tentang reganya, tak pastilah. Tapi malam itu kami makan 5 orang, reganya RM 74. Kami makan ikan kerapu masak halia, kerang bakar sepinggan besar, 2 ekor sotong besar goreng tepung, tomyam campur dan nasi untuk 3 orang makan, udang serta satu jug fresh oren. Baru ku perasan, rupanya tak ada senarai harga makanan. Atau aku yang tak nampak ?
Berbanding dengan sebelum ini, nampaknya kali ini order yang dibuat, siap dihidangkan dalam kekira 20 minit sahaja. Ini suatu perkembangan yang menarik dan benarlah kata-kata serta azam En Idris tadi. Probably kini dah ada SOPnya. Goodbye ... see you again.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
7 Komen:
Very good!
Good article, good things, good feelings, good BLOG!
salam bro,
boleh mintak lokasi restoran ni kat mane? google map link or coordinate.
mkidir85@gmail.com
Google aje 'Jalan Pantai Jeram"
Assalamualaikum wbt,
Pinjam link for sharing...picture yang yatie amik tak cukup shoot asyik nak berfamily jer...tak skodeng semua... :)
Asalmualaikum
saya penah makan kat sini 2 kali...mmg sedap!!!harga berpatutan
Post a Comment