Perkhidmatan tren shuttle antara Kuala Lumpur Sentral - Ipoh telah bermula sejak 1 Disember 2008 sebaik selesai pembinaan landasan berkembar KL-Ipoh. Mulai 24 Januari 2009, perkhidmatan tersebut diperluaskan kepada hujung minggu. Pada 28 Februari 2009 yang lalu, aku berkesempatan merasai sebahagian daripada perjalanan tren tersebut, iaitu dari Batu Gajah ke Sungai Buloh. Entahlah, selain kommuter, aku tidak ingat bila kali terakhir merasai naik tren KTMB. Barangkali lebih 20 tahun lalu kot ?
Stesen KTMB Batu Gajah terletak di Kg Pisang dan agak jauh daripada Bandar Batu Gajah. Stesen dahulu terletak dalam bandar. Susah juga kalau takde kenaikan untuk ke stesen tersebut yang berwajah baru. Kerana itu, orang pun tak ramai semasa aku menunggu untuk menaikki tren tersebut bagi perjalanan 5.15 petang, Sabtu 28 Februari 2009. Tiada lagi gerai jualan dibuka, walaupun ada ruangan disediakan. Surau dan tandas kira OK, maklumlah masih baru.
Tren sampai tepat mangikut masa. Aku ambik kelas Ke-2, berhawa dingin siap dengan TV flat skrin ( bukan plasma kot ). Dalam coach yang aku naikki, kira-kira 50% penoh. Mungkin ada sekitar 20 orang yang naik di stesen Batu Gajah Tempat duduk kira bolehlah, bersih dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Walaupun bukannnya esklusif sangat tapi tempat duduk kira luas untuk ‘melunjurkan kaki ke hadapan. Semasa dalam perjalanan, nampaknya tren begerak agak stabil. Maksud aku tak adelah gegaran atau bunyi bising.
Kelajuan tak pasti berapa kalau nak dibandingkan dengan ‘odometer’ kenderaan. Tapi aku rasa kira laju juga dan sempat menikmati pemandangan di luar tren. Kira menarik memerhatikan pemandangan gunung-ganang, sungai, tasik, hutan, kebun, ladang, kawasan kampung, bandar, pekan dan kawasan perumahan. Sesekala hujan turun dan suasana mendung menghalang aku melihat suasana luar dengan lebih ‘terang’ lagi. Sesekali juga selisih dengan sama ada tren biasa, tren kontena, tren bawa pasir serta kommuter. Bila selisih terasa laju pula pergerakan tren yang dinaikki.
Sepanjang perjalanan hanya berhenti di 7 stesen KTMB. Aku rasa ini yang membuatkannya sampai cepat, sebab tren tidak banyak berhenti-henti sepanjang perjalanan Ke Kuala Lumpur. TV masa aku naik tu ditayangkan filem Cina ( entah tajuk apa, tanpa sarikata ). Habis filemtu, ada tayangan iklan, promo oleh KTMB, cerita katun serta filem dokumentari. Dinding dalam coach masih bersih tanpa sebarang iklan. Mungkin suatu masa nanti adalah tu, macam yang dilakukan di Komuter KTMB.
Dengan hanya tiket perjalanan RM 17 bagi Kelas Ke-2 dan RM10 untuk Kelas ke-3, aku rasa ini suatu alternatif ataupun saingan kepada perkhidmatan bas ekspress. Lagi pun perjalanan hanya memakan masa selama 3 jam. Untuk perjalanan Batu Gajah – Sungai Buloh, tiket kelas ke-2 hanya RM 16 dan masa perjalanan pula kira-kira 2 jam 20 minit. Mungkin satu masa nanti, boleh kalau nak just round-round Bandaraya Ipoh, naik tren ini aja sudah memadai.
Mungkin ada yang tertanya, kenapa naik dari Baru Gajah ke Sungai Buloh ? Ha .. ha … sebenarnya nak pulang setelah hantar kereta yang anakku gunakan. Kereta tu terlibat dengan kemalangan dengan sebuah motosikal pada 13 Februari lalu. Habis kemek dinding pintu co-pilot. Hantar ketok dan cat semula, kopak RM350 !!!
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment