Mungkin buka suatu destinasi yang popular, tetapi aku kira tidak kurang menariknya. Pada 13 Jun 2009 lalu, aku berkesempatan mengunjunginya, setelah lama teringin nak singgah apabila melaluinya. Semasa tiba pengunjung pun tidak berapa ramai, tak tahulah kenapa. Mungkin bukan menjadi persinggahan bas pelancung, berbanding Masjid Putra. Menara ini dinamakan National Millennium Monument atau Monumen Alaf Baru Kebangsaan. Tetapi malangnya tidak ada satu papan tanda keterangan bukan sahaja nama menara, tetapi latar belakang mengenainya. Ini aku kira satu kelemahan, atau aku yang tidak perasaan lantas tidak menemuinya ?
Menara ini terletakdi tepi tasik di Precint 2. Sekitar kompleks monumen tersebut disedakan jalan untuk ke tingkat atas sekali kompleks menara. Apa yang menarik dalam perjalanan ke tingkat atas kompleks monumen ialah dipaparkan di atas cermin di kiri dan kanan laluan, catatan sejarah mengikut tahun daripada tahun 1400 iaitu kedatangan Parameswara ke Melaka sehingga kepada tahun 2000.
Mungkin tidak semua tahun, tetapi mana yang ku kira penting dalam memberikan impak kemajuan dan pembangunan negara. Ini bagus untuk anak-anak kita mengingati semula peristwa atau sejarah pembentukan negara sebagaiamana yang mereka belajar dalam kelas. Sekurang-kurangnya menaikkan sikit semangat patriotik ...
Pengunjung bagaimanapun tetapi tidak dibenarkan menaiki menara yang terletak di tengah-tengah monumen ini. Pada menara tersebut, terpahat semua rukun negara. Di atas menara tersebut macam ada bilik kawalan, mungkin ada fungsi tertentu. Atau sebagai rumah Api.
Ketika di bahagian atas sekali kompleks menara, kelihatan kedua-dua masjid iaitu Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan ( juga dikenali sebagai Masjid Besi ) yang sedang dalam pembinaan. Kiranya menaraa ini terletak diantara keduanya, tetapi Masjid Sultan Mizan lebih dekat. Namun petang tersebut jerebu kuat sangat, kelihatan tak berapa jelas Masjid Putra. Begitu juga Jambatan Seri Wawasan yang lebih dekat kedudukannya.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment