Telah menjadi trend bagi rakyat malaysia dan menjadi begitu lumrah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu berbuka puasa secara buffet di Hotel. Dalam surat khabar pun banyak iklan serta promosi menarik pelanggan. Rega pulak bagi Dewasa dari RM20 hingga kepada RM 120. Bayangkan dengan RM120, aku sekeluarga boleh makan sehingga satu minggu untuk berbuka puasa kalau di rumah agaknya.
Sebenarnya aku sering menolak ajakan pelbagai pihak untuk berbuka puasa di hotel sebelum ini. Ada satu yang ku ingat, kerana menyediakan program solat terawih dan tazkirah, so aku datang. Namun tahun ini aku tidak boleh elak untuk berbuka puasa di hotel. Aku terpaksa menginap di hotel beberapa hari dan hari hari terpaksa berbuka puasa dan sahur di hotel. So hari-hari bersama mereka yang berbuka buffet, sampai nak jemuh pulak ... eksyen !!!
Pesta Juadah Bukan Pesta Ibadah
Namun pengalaman berbuka posa di hotel ini giler betol !!! Ramai yang hadir. Ku lihat macam pesta makanan atau Pesta Juadah. Makanannya berbagai jenis dan aneka pilihan. Kalau boleh memang semunya hendak ditelan, sekali dengan jilat pinggan mangkuknya. Segala jenis juadah dikutip satu demi satu lantas dihimpun atas meja. Nasib baik pelayan hotel tu tolong kutipkan pinggan mangkuk bagi makanan yang telah dimakan habis.
Apakah keramaian ini yang menyebabkan surau-surau mulai surut bilangan jemaahnya apabila masuk minggu kedua Ramadhan ? Pesta ibadah di surau dan masjid menjadi kurang sambutannya. Sedangkan semakin berakhir Ramadhan, semakin banyak ganjaran yang disediakan oleh Allah s.w.t.
Apa yang istimewanya berbuka buffet di hotel ? Prestige ? Berbangga ?? Sesetengah mesyuarat termasuk agensi kerajaan pun sengaja mengadakan mesyuarat di hotel waktu petang dan terus jamuan berbuka puasa. Perkara ini macam jadi kontradik dengan arahan daripada pihak pimpinan kementerian untuk berjimat cermat.
Salahkah Buka Puasa Buffet di Hotel ?
Ya, apakah salah berbuka puasa di hotel-hotel ini. Kalau takde program macam itu, takde business pulak hotel-hotel masa bulan puasa ni. Pihak hotel berlumba-lumba buat promosi mencari pelanggan. Suatu ketika dulu pernah dipertikai kerana ada unsur bermegah berbuka puasa sampai ratusan ringgit sekepala. Bagi yang mampu mereka akan kata apa salahnya ? Namun kalau sekadar untuk bermegah, itu sudah dikira salah. Apatah lagi kalau kekenyangan hingga mengabaikan solat dan ibadah.
Bukankan bagus kalau beri anak yatim makan atau fakir miskin makan. Masih ada lagi di negara kita yang tidak mampu berbuka puasa atau sahur dengan juadah sewajarnya. Sedangkan belanja, sponsor atau menjamu mereka berbuka akan meroleh ganjaran pahala yang tinggi di sisi Allah selain pahala puasa orang yang dijamu.
Semangat Memberikan Sumbangan ?
Tapi daripada segi semangat, aku rasa kalaupun dirasakan mampu RM120 sekepala, bandingkan dengan perasaan ketika mengulurkan sumbangan sebanyak RM120 ke dalam tabung-tabung derma dari mereka yang memerlukan ? Apakah kita juga sanggup atau begitu mudah menghulurkan sumbangan sebanyak itu dengan ikhlas hari pada setiap kali menghulurkan sumbangan dengan hanya mengharapkan ganjaan pahala daripada Allah s.w.t ?
Jangan berbangga dengan buffet di hotel dengan bayaran sekepala RM50 tapi kedekut dan mengungkit-ungkit dengan sumbangan derma RM5 sahaja yang dikeluarkan.
Kurangnya Ibadah Apabila Kenyang
Apabila banyak makan maka kuranglah keinginan hendak beribadah sebanyak mungkin dalam bulan puasa. Memang solat maghrib boleh buat di hotel sambil-sambil ‘pause’ menjamu selera. Pihak hotel selalunya sediakan surau untuk tujuan ini, sama ada surau sedia ada, bilik atau dewan khas yang dijadikan surau sementara.
Ini belum diambilkira perjalanan balik ke rumah selepas berbuka. Isyaknya di mana dan terawihnya macaman? Boleh buat di rumah ? Ha!!! Setakat manalah yang dimampu dalam keadaan kekenyangan … entah-entah sama ada lupa rekaat atau tak cukup lapan rekaatpun !!! Yang risaunya, ada yang terpaku di meja makan hotel, satu-satu dikutip dan dijamahnya sambil berborak sakan, sampai waktu maghrib pun habis …
Dalam kekenyangan, sahur pun tidak terkejut. Tahu-tahu sudah masuk suboh. Bukan sahaja lailatur qadar yang tentunya terlepas kalau macam ini, tetapi mengaji quran, zikir dan qiamullail jauh panggang dari api.
Tapi mungkin akan ada yang berikan alasan, kalau kekenyangan berbuka tidak semestinya makan di hotel saja. Kalau di rumah atau di masjid dengan jamuan berbuka posa dan moreynya yang banyak, kenyang giler juga, sama jugak ? Tepuk dada tanya hati ...
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment