Tengahari 10 September 2009, aku jadi cemas setelah menalipon anakku untuk bertanyakan persiapan nak balik semula Edmonton, Kanada. Apa taknya, tetiba dia kata dah missed flight !!! Instead of 9.25 malam atau 9.25PM, rupanya 9.25 pagi atau 9.25 AM. Nampaknya just a matter of AM or PM. Aku yang sedang bertugas di luar, terus bergegas balik. Dalam masa yang sama aku minta anakku call travel agent dimana dia mendapatkan tiket dahulu. Kalau ikutkan pengalaman dan setakat mana diketahui, dalam kes ini selalunya kira ’burn’ tiket tu dan kena beli semula … waduh 1,800 CAN tiket pegi balik. Kalau bagi dua kekira 900 CAN dan kali 3.2 = RM 3K. Sudahlah bonus tak dapat this year. Menggigil kaki !!
Sampai rumah anakku telah siap untuk terus ke airport. Setelah isteriku siap, kami tunggu dua anakku kembali dari sekolah. Tanpa masuk rumah, anak-anakku yang dari sekolah terus bergegas ke KLIA. Rahman kata dia baru saja perasan apabila check flight schedule di Internet. Kawan yang sepatutnya bertolak sama dari KLIA pun tak de telefon, sebab register Kanada dan takde international roaming. Travel agent di Kanada pula gagal dihubungi sebab ketika itu tengah malam, pejabat sudah tutup.
Dalam perjalan ke KLIA, kami merancang pelbagai pelan itu dan ini untuk mencari yang terbaik dan termurah. Rahman hendak balik juga hari ini sebab kelas atau kuliah telah bermula. So tak mahu tertinggal banyak kelas katanya.
Sampai di KLIA kekira jam 3.30, nego dengan pegawai kaunter tiket Cathay Pacific akhirnya dapat naik sekurang-kurangnya dari KLIA sampai Hong Kong dan kemudian Vancouver Kanada tanpa sebarang bayaran dikenakan. Next flight Cathay Pacific ke Hongkong ialah pukol 5.40 petang. Lega … alhamdulillah, masih ada rezeki dari Allah. Untuk Vancouver ke Edmonton, kena tanya kaunter tiket Canada Air di Airport Vancouver nanti. Namun pegawai tu kata mungkin ada service charge daripada travel agent nanti.
Alasan yang kami gunakan ialah just realise 9.25 AM not 9.25 PM. Pegawai tu ingatkan berkali-kali, at least this is lesson learnt untuk Rahman. Aku rasa yang membolehkan dapat naik flight tanpa bayar semula tiket ialah masih ada kekosongan selain kesiankan masih pelajar. Satu lagi kata pegawai tu, tiket tu bukan ‘restricted ticket’. Ini yang aku tak faham, entah apa yang dimaksudkan. Peduli apa. Yang penting dapat semula tiket balik tu, walaupun sudah terlepas.
Sehari kemudian terima e-mail daripada Rahman, katanya sampai Edmonton dari Vancouver jam 3.00 pagi Jumaat 11 September 2009. Semua barangan dan jajan raya yang dibawa lepas dari pemeriksaan imigresen. Setakat ini belum ada sebarang bayaran dikenakan. Alhamdulillah, selamat sampai, selamat duit dan berharap percutian hampir dua minggu Rahman di Malaysia membawa kenangan manis bersama kami sekeluarga.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
3 Komen:
laaa... tak sempat beraya rupanya dah balik.
tak mengapa, dapat bersama semula sekeluarga setelah dua tahun masa ramadhan nie pun sudah dianggap beraya bagi kami sekeluarga ...
bukan ‘restricted ticket’.
rasanya seat untuk tiket tu 'terbuka' pada sapa cepat dia dapat naik. kalau check in lambat mungkin seat tu diambil orang lain, dan anak en hassan kena pilih tarikh lain pulak.
Post a Comment