Bersempena dengan Sambutan Hari Landskap Negara 2010 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 27 Feb hingga 7 Mac 2010, aku sempat berkunjung ke Karnival Industri Landskap di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 6 Mac 2010. Sambutan dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak lepas dengan mengambil jenama 1 Malaysia, sambutan mengambil tema '1 Malaysia : Negara Taman'.
Menjadi hasrat penganjur untuk menjadikan landskap sebagai satu faktor yang mampu menjadi wadah perpaduan untuk manfaat bersama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Malahan landskap boleh menjadi perantara bagi memperkasakan proses integrasi dan interaksi sosial masyarakat menerusi pembinaan taman awam dan rekreasi seluruh negara.
Agak menarik juga mengunjungi karnival yang diadakan di Bandar baru Bangi ini. Pelbagai pameran dan jualan pokok-pokok untuk mengindahkan landskap sekitar rumah. Kalau hendak diikutkan hari macama nak dibeli aje semuanya. Tapi kalau beli banyak-banyak pun, nak ditanam kat mana pulak.
Mungkin kerana aku pergi sudah hari kedua akhir karnival, nampak banyak jualan dengan potongan harga. Kata penjual mereka tak mahu bawak balik pokok-pokok tu, sebab itu dijual dengan harga diskaun.
Mungkin berikut adalah beberapa yang agak istimewa sepanjang karnival tersebut. Pertamanya pokok anggur siap berbuah elok aje, tapi buahnya kecik aje. Teringin nak tanam juga, tapi pokoknya agak mahal, bimbang sekejap saja hayatnya kalau tanam kat rumah.
Kemudian pokok bonsai ketot dengan rega RM 680 !!! Ada yang hendak beli ke ? Pokok ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kepercayaan orang cina.
Ada pulak pokok mengambil nama sempena dengan wataka kartun Walt Disney Mickey Mause. Entah macaman boleh dinamakan dengan nama tersebut. Dikatakan pokok ini berasal dari Benua Afrika dan unik sebab ada dua warna bunga iaitu kuning/hijau dan merah serta menjadi minat atau tarikan burung.
Bagi peminat orkid, tentunya menjadi kemaruk dengan pelbagai orkid yang dipamer dan dijual di sini. Tapi tidak menarik minat isteriku untuk membelinya. Lagipun biasalah, reganya pun agak mahal.
Aku memang agak tertarik dengan pokok-pokok lada yang segar-segar serta buahnya yang banyak. Tapi kalau banyak sangat macam gambar di atas tu, nak buat apa pulak. Semuanya merah, boleh bagi-bagi jiran-jiran kata isteriku. Ok juga, ini sebagai suatu cara mengeratkan silaturahim dengan jiran setempat selaras dengan konsep 1 Malaysia... ha ! ha !
Set taman ini berharga dari RM 1,800. Isteriku sudah berangan nak ambik satu ... nak letak manalah kataku !!! Kalau rumah sendiri takpe juga.
Lihatlah betapa semangatnya, pulang dari karnival terus diselesaikan pokok-pokok untuk hiasan sekitar rumah. Yealah, kalau tidak pada hujung minggu, mana ada masa hendak diselesaikan.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
3 hours ago
2 Komen:
salam tn hj, kat karnival tu ada nampak tak jual pokok buluh hiasan yg panjang tuh....kalau nampak berapa harga dia agaknya....
tak perasan pulak pokok buluh hiasan yang panjang ... macam tak ada aje ...
Post a Comment