Pada malam lalu, aku berhajat untuk bangun malam bagi menonton perlawanan akhir bolasepak Kelab Juara-juara Eropah antara Chelsea dan Bayern Munich. Sedang 'bersiap', tetiba aku teringat yang aku baru sahaja menamatkan langganan siaran Astro Sport sebaik kempen EPL 2011-2012 berakhir. Memang aku langgan dulupun untuk tengok perlawanan EPL, khususnya bagi kelab kegemaranku iaitu Liverpool yang juga dikenali sebagai The Reds atau The Kop.
Kempen EPL 2011-2012 menyaksikan kelab berbelanja besar Manchester City menjadi juara hanya dengan kelebihan daripada segi jaringan gol dengan jirannya iaitu Manchester United. Itupun juara hanya ditentukan sehingga kepada perlawanan terakhir.
Sungguh dramatik perlawanan penentuan antara QPR tajaan taukey AirAsia dengan Manchester City. Bayangkan, sedang Manchester City seakan-akan tumpas dengan QPR, tetiba dalam masa kecederaan 5 minit, dua gol berjaya disumbatkan pada ketika Manchester United menunggu untuk meraikan kejuaran.
EPL musim 2011-2012 aku kira banyak kisah yang menariknya. Beberapa kelab berkaitan Malaysia turut beraksi kali ini. QPR ditaja oleh Air Asia dan Syarikat Penerbangan MAS. Aston Vila pula mendapat tajaan versi daripada syarikat judi Malaysia. Pasukan Cardiff yang dimiliki oleh tycoon Malaysian menentang The Reds dalam final Piala FA.
Jika dulu-dulu, The Reds sering muncul antara empat pasukan teratas liga. Ramai penyokong The Reds kini yang meliputi pelbagai generasi. Tetapi sejak dua musim kebelakangan, nampaknya kedudukan tersebut semakin jauh dan kini hanya mampu menduduki di atas sikit pertengahan liga. Akibatnya kurang penyokong generasi baru. Yang tinggal orang-orang lama, veteran atau orang tua-tua. Ha ..ha ..
Pada awal Kenny Daglis mengambilalih jawatan sebagai Pengurus The Reds, kelihatan agak memberangsangkan dan dilihat mampu bangkit kepada tradisi lama. Namun persembahan The Reds kemudiannya terus tidak konsisten. Dengan pasukan bawahan pun boleh tewas. Walaupun mampu menjuarai Piala Carling setelah menewaskan Cardiff, namun itu belum cukup meyakinkan pemilik The Reds memandangkan kedudukan dalam liga EPL lebih utama. Akhirnya Kenny Daglish dipecat dan The Reds kini mencari-cari Pengurus yang baru.
Yang peliknya di EPL ni, selalunya kalau bertukar pengurus, ianya akan mampu merubah nasib dan pencapaian pasukan tersebut. Seperti Chelsea, setelah Pengurus sejak awal musim dipecat, kemenangan demi kemenangan dicapai oleh pasukan Chelsea. Apakah ada unsur boikot atau menunjukkan sikap berontak daripada pemain ?
Dulu The Reds terkenal dengan kemenangan-kemenangan dramatik yang diperolehi pada saat-saat akhir perlawanan hampir tamat. Tetapi kini, sering terkial-kial apabila di hadapan gol pasukan lawan. Tengok kat TV pun jadi tension. Untuk kembali ke kancah bolasepak peringkat Eropah jadi semakin jauh.
Namun apakah nasib The Reds juga akan berubah dengan adanya pengurus baru nanti. Walau apapun kedudukan The Reds, you'll never walk alone.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment