Sejak akhir-akhir ini, banyak ( tapi mungkin taklah banyak sangat ) majalah Islamik diterbit dan berada di pasaran, sama ada di kedai buku atau kedai surat khabar majalah. Bentuk dan formatnya seolah-olah mengambil iktibar kalaupun tidak dikatakan meniru, daripada Majalah Solusi yang dikatakan popular dan diterima ramai sehingga boleh dijadikan sebagai benchmark. Solusi membariskan ramai penulis yang membicarakan persoalan atau sesuatu tajuk tertentu dalam dua atau tiga mukasurat majalah. Tiada fokus dalam setiap bulan keluarannya.
Antara majalah Islamik seumpamanya yang terkini seolah-olah mahu bersaing ialah Al-Ustaz dan Iman. Lepas ini entah apa-apa pulak. Sebelum itu pula aada Fardhu Ain, Dian-Ihya As-Sunnah, Gen-Q dan Q & A. Mungkin ada beberapa lagi yang aku tak perasan. Semuanya dalam bentuk buku-majalah, tulisan rumi, sekitar 100 mukasurat dengan setiap kertas muka surat licin dan berwarna-warni dengan harga jualan sekitar RM10.
Aku kira sebelum Solusi, ada banyak majalah Islamik lain telah berada di pasaran seperti Al-Islam, Majalah I, Aniqah, Millenium dan Muslimah. Tapi bentuknya dan formatnya tidak seperti Solusi. Setiap bulan mereka mempunyai tajuk dan isu yang difokuskan dan aku kira 25% kandungan majalah menumpukan persoalan terhadap tajuk dan isu bulan tersebut daripada pelbagai perspektif.
Aku suka yang begini, berbanding majalah Islamik sekarang yang tiada fokus isu diberikan. Apakah ini format yang dikehendaki oleh pembaca majalah Islamik masa kini? Kupasan ilmiah yang panjang lebar tidak diperlukan lagi. Pandangan pelbagai imam dan ulamak yang berjela-jela hanya memeningkan kepala serta mengelirukan sahaja ?
Itu yang mengurangkan minat untuk aku membeli dan membacanya. Kalau dah beli satu keluaran pulak, nak kena beli keluaran-keluaran seterusnya kerana ada continuity, bersambung atau bersiri. Agaknya ini juga strategi pemasaran penerbit. Tapi kalau mempunyai fokus atau tajuk pembicaraan, sekiranya tidak menarik minat untuk mengetahuinya, maka tiadalah hasrat nak membeli atau mendapatkannya.
Kalau dilihat daripada segi columnist antara majalah berkenaan, kekadang mereka daripada kalangan yang sama. Penceramah atau penulis bebas yang agak popular muncul tulisan atau artikelnya dalam pelbagai majalah. Mungkin ini usaha penerbit dalam menarik pembaca ?
Tetapi kalau sudah terlalu banyak pula pilihan di pasaran, mulalah orang ramai bersifat selektif. Yealah, kalau satu majalah RM10. Maka kalau nak beli semua .... ? Ini memberikan kesan kepada survival syarikat penerbitan pula. Oleh itu mereka perlu peka dengan kehendak pembaca, selain memastikan mutu, layout dan gaya penerbitan yang menarik.
Apakah banyaknya majalah Islamik dipasaran menunjukkan satu perkembangan yang sehat dalam menjadikan majalah sebagai medium untuk dakwah Islamiah. Apakah ini juga menunjukkan kesedaran orang ramai untuk ‘kembali kepada kehidupan beragama atau Islam’ telah meningkat ? Harapnya begitu dan bukan fenomena mengikut musim.
Namun berbanding dengan majalah hiburan lain yang berada di pasaran, mungkin jualan mereka lebih tinggi berbanding dengan majalah Islamik kerana permintaan yang tinggi. Orang ramai masih mementingkan dunia hiburan, ingin mengetahui hal ehwal perkembangan artis pujaan mereka mendapat liputan dalam majalah kegemaran mereka.
Aku kira, persaingan antara majalah Islamik dengan majalah hiburan sebenarnya tidak lebih daripada sejauh mana kesedaran orang ramai masih berserabut dengan budaya hedonisme dengan kesedaran untuk menghayati dan mengamalkan kehidupan berlandaskan Islam. Dalam setiap kelompok tu pula, persaingan dikalangan majalah untuk mendapatkan pembaca yang setia.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
3 Komen:
`pernah membaca majalah solusi`
salam bro...Apa masalahnya dengan kebanjiran majalah berbentuk Islamik dipasaran? Tak isu dan masalah, lainlah kalau majalah ini mengajar kita kejalan kesesatan...Sekurang2nyer adalah ilmu yang bermenafaat dihidangkan pada remaja dan warga tua...ya, lebih baik dari majalah merapu yang berbentuk hibura....
Untuk maklumat brother, majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q adalah dari terbitan syarikat yang sama, iatiu Telaga Biru Publication Sdn. Bhd...Tujuannya hanya satu, berbanyakkan ilmu bermenafaat dikalangan remaja...
Takde salahnya, cuma untuk direnungi mengapa ini berlaku ..
Post a Comment