Aku ke Langkawi lagi pada 24 hingga 26 Mei 2013. Tiada agenda khusus bagiku selain daripada membantu rombongan pelajar sekolah isteriku untuk membuat lawatan dan melakukan kunjungan di Pulau Langkawi. Jadi, bukan ada agenda cokelat mahupun pinggan mangkuk jenama Correlle, Arcopal atau Vision.
Namun dalam banyak-banyak tempat kunjungan, aku amat tertarik apabila berpeluang bersama melawat Balaicerap Negara Langkawi ataupun Pusat Obsevatori Negara Langkawi (ONL). Macam tak pernah dengar pun sebelum ini. Memangpun, kunjungan di sini adalah atas permintaan sahaja dan bukan terbuka kepada orang awam untuk melawat bebila masa.
Mungkin balacerap ini sesuai untuk dikunjungi oleh murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah serta pelajar universiti jurusan sains astronomi. Berkunjung ke ONL, merupakan peluang untuk menambah ilmu, pengetahuan, pengalaman dan keterujaan tentang astronomi. Mungkin tidak semestinya golongan aliran sains, siapa saja rakyat Malaysia boleh melawat, tapi kena buat surat lah kot ?
Balaicerap ini terletak di Bukit Malut, Langkawi dan mula beroperasi sejak 2006 atas idea dan inisiatif Dr Mazlan Osman yang juga Pengarah ANGKASA yang pertama. Kos pembinaanya dianggarkan sebanyak RM8 juta telah dirasmikan pembukaannya pada 28 Januari 2011.
Memasukki kawasan ONL, melalui pintu pagar utama yang mempunyai pengwaalnya. Jalan berliku mendaki merentasi hutan. Sebelum memasukki kawasan bangunan utamanya, kita akan melalui satu kawasan yang dikatakan kawasan takungan simpanan air bagi penduduk Langkawi.
Ia adalah di bawah kendalian Jabatan Bekalan Air Langkawi dan dikatakan selain mengharapkan air hujan, air juga dipam dari ‘tanah besar’. Tetapi pemandanganya agar menarik juga. Mungkin lagi menarik kalau air ‘penuh’ di kawasan tadahan tersebut.
Pembinaanynya bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelbagai golongan tertentu untuk melaksanakan penyelidikan astronomi dan cakerawala, di samping untuk melengkapkan negara dengan infrastruktur astronomi yang asas serta mempertingkatkan dan menarik minat masyarakat Malaysia dalam memahami sains angkasa lepas untuk kepentingan Negara.
Rancangan pembinaanya telah lama diilhamkan serta dibincangkan, iaitu untuk membina sebuah balai cerap dengan sistem teleskop robotik yang boleh di kendalikan secara remote melalui internet. Memang balai cerap ini kini mengandungi teleskop untuk pencerapan objek-objek di langit malam dan teleskop suria untuk pencerapan solar.
Kami disambut oleh dua orang pegawai di sini iaitu Fara dan Mohd Tahir ( kalau tidak silapku ) dan terus memberikan penerangan mengenai ONL ini.
Bangunan ONL mempunyai landskap menarik terdiri daripada dua blok bangunan. Blok utama berbentuk menara yang agak unik, menempatkan dewan pameran di tingkat bawahnya.
Ruang kerja kakitangan berada di setiap tingkat hinggalah tingkat 4 di atas sekali. Menaikkinya melalui tangga berpusing yang agak sempit. Agak penat juga dibuatnya.
Tingkat kedua menempatkan sistem teleskop Matahari (solar) di bahagian luar terbuka dengan kawalan di dalam bilik bersebelahan yang merupakan tambahan baru. Banyak yang terikir berdasarkan penerangan yang diberikan, berapa besar matahari, apa komposisi kandungan matahari dan berapa sudah usia matahari ?
Tingkat ke-4 menempatkan system teleskop robotik Bintang (stellar). Ruang agak sempit, memuatkan sekitar 10-15 orang dewasa dengan bumbung boleh berpusing serta terbuka sedikit apabila teleskop berkenaan digunakan.
Saranan dikemukakan oleh pegawai penerangan masa itu bagi pihak sekolah menubuhkan kelab astronomi dan mendapatkan penajaan bagi membeli peralatan telaskop.
Kedua-dua teleskop tersebut menggunakan teknologi robotic yang merupakan teleskop robotik pertama di Malaysia. Kawalannya dibuat secara kawalan jauh menerusi talian Internet. Ini membolehkan penyelidikan angkasa akan dapat dilakukan dengan lebih terperinci dalam pengumpulan data dan maklumat oleh saintis tempatan dan antarabangsa.
Yang menariknya semua gambar yang menjadi hiasan di ruang pameran tingkat bawah bangunan utama diambil menerusi tekleskop yang terdapat di ONL, kecuali gambar ISS. Sangat menarik dan mengkagumkan gambar-gambar tersebut yang sekaligus memaparkan betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t.
Dikatakan setiap planet dan bintang yang di pamirkan, begutlah struktur dan warnanya. Perubahan sedikit sebanyak berlaku disebabkan perubahan suhu dan komposisinya.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment