Entah kenapa, tetiba terpampang deretan iklan Pesta Buku berlangsung sekitar Lembah Kelang & Putrajaya yang bermula dengan Pesta Buku Islam Ke-10 Putrajaya 2014 di Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya dari 28 Feb hingga 9 Mac 2014. Ia adalah anjuran bersama penerbit Sinergy Ilmu dengan Perbadanan Putrajaya serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pelbagai penerbit lain turut serta seperti Dawama, Karangkraf, Popular dan JAKIM.
Seperti biasa, di samping jualan buku, banyak aktiviti menarik yang akan diadakan seperti berselawat bersama Ustaz Don, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, slot promosi dan perkongsian Ilmu bersama al-Ustaz tersohor dan selebriti seperti Dr. Dzulkifli Al-Bakri, Dr Abu Hassan, Ustaz Zul Ramli dan Heliza Helmi. Sebuah pentas berkanopi didirikan di hadapan pintu masuk untuk aktiviti tersebut.
Buku-buku yang ditawarkan mendapat potongan biasa sekurang-kurangnya 10% diskaun. Aku hadir pada mula just nak tengok-tengok sahaja sebab tidak berniat sangat atau nak cari buku-buku tertentu pada kali ini.
Aku dapati seperti ada trend baru, cara penyampaian buku kanak-kanak yang berkaitan dengan Al-Quran, ahlak, sirah Rasulullah s.a.w dan para nabi disampaikan dengan cara begitu santai sekali, gambar warna-warni seperti komik-komik.
Apakah itu yang dikehendaki oleh generasi sekarang dalam memahami ilmu Islam berbanding aku dulu-dulu semuanya dalam bentuk ‘serius’ tanpa banyak gambar, apatah lagi yang berwarna.
Masa berlangsung pesta buku ini, ngam-ngam selepas kakitangan kerajaan dapat gaji. Mentang-mentang buat di Putrajaya. Strategi kot itu. Tapi nampak beberapa booth turut menyediakan bayaran menerusi kad kredit.
Lepas ini beberapa pesta buku lain adalah seperti berikut akan berlangsung :-
a. Pesta Buku Antarabangsa anjuran MPH di PICC Putrajaya pada 19-23 Mac,
b. Read Malaysia di The Mines Seri Kembangan pada 21 – 30 Mac dan
c. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pasda 24 April – 4 Mei di PWTC Kuala Lumpur.
Apakah benar pesta buku sebagai ruang untuk meningkat atau menyemarakkan minat membaca di kalangan rakyat atau orang ramai ? Atau sekadar nak perabiskan stok bagai penerbit ?
Atau minat membaca serta jualan buku kini semakin merosot sehingga perlu dipromosikan besar-besaran dengan mengadakan pesta buku berkenaan ?
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
0 Komen:
Post a Comment