Tidak sah kalau tidak bershopping apabila sudah berjalan jauh begini, sekurang-kurangnya sebagai ole-ole atau kenang-kenangan buat diri, famili, sedara mara dan rakan-rakan ofis khususnya.
Banyak kedai-kedai berdekatan penginapanku menjual pelbagai ole-ole souvenir. So tak perlulah nak bersusah payah, cuma payah nak memilih sesuai dengan citarasa dan kemampuan wang yang ada.
Banyak juga petugas kedai sekitar Hollywood Boulevard adalah Muslim. Namun apabila ditanyakan tentang kedai makanan halal, berdasarkan penerangan yang diberikan, terasa agak jauh untuk dikunjungi. Takut sesat pulak. Masjid terdekat pun agak jauh juga.
Seperti juga di Las Vegas, kebanyakkan souvenir adalah buatan Honduras, China dan Bangladesh. Yang buatan Amerika, biasanya berkualiti sikit dan harganya pula lebih mahal.
Kalau di Las Vegas, cukai belian dikenakan adalah 6%, tetapi di Los Angeles cukainya lebih tinggi iaitu 9%. Lain negeri, lain kadar cukainya. Ini kira macam GST yang hendak dilaksanakan di Malaysia.
Ada juga kompleks membeli belah sekitar penginapanku. Tapi reganya mahallah sikit. Apakah sebab ia berada di Hollywood ?
Tidak jumpa pulak kedai runcit atau supermarket kecuali convenience shop, teringin nak beli buah-buahan macama epal, anggur dan strawberi.
Union Station
Premium Outlets Citadel kalau lihat berdasarkan peta agak jauh juga daripada penginapanku. So memula naik keretapi, then naik taxi dari stesen keretapi terakhir iaitu Union Station.
Agak luas Union Station ni. Selain perkhidmatan keretapi di pelbagai wilayah, ia juga stesen bagi taxi, perjalanan bas ekspress dan bas pelancungan.
Banyak fasiliti disediakan seperti restroom, food court, convenience shop, tempat menunggu dan juga kedai cenderamata.
Citadel Premium Outlets
Kemudian naik taxi. Pemandu taxi yang berasal dari Armenia tu kata ada lagi Premium Outlets yang lebih besar dari Citadel dan di sana harganya lebih murah.
Aku jadi bimbang kalau yang ditujui ini bukan sebagaimana yang diharapkan memandangkan dah jauh berjalan dari penginapan.
Alhamdulillah dugaan kami betul. Premium Outlets Citadel ini dah cukup besar, lebih besar rasanya berbanding dengan yang di Las Vegas. Namun bentuk bangunan, warna dan suasananya sama sahaja seperti Las Vegas dan juga JPO.
Sebenarnya bukan beli sangat pun. Maklumlah bajet pun dah semakin semput. Tinggalkan sikit duit nak balik esok. Eh, kad kredit kan ada … huhu
Aku rasa harganya tidak beza sangat dengan di Las Vegas. Cuma cukainya lebih tinggi iaitu 9%. Namun di sini aku temui beberapa kiriman yang tidak ditemui semasa di Las Vegas.
Ada kiriman minyak wangi berjenama, nampaknya reganya lebih murah berbanding dengan di Malaysia, siap ada free gift lagi.
Di Outlet Coach, mulanya aku tak jadi masuk sebab kena beratur ikut giliran untuk masuk lantaran sudah penoh dalam kedai. Tetapi apabila lihat dah tak beratur, aku pun masuk.
Terkejut bila aku ditegur dengan salegirl yang rupanya orang Shah Alam, dipanggil Mimie. Bagi beliau, tengok muka pun dah tahu orang Malaysia. Beliau telah bertugas selama 7 tahun di kedai tersebut.
So mudahlah aku buat pilihan dengan membandingkan harga dengan harga kedai coach di Malaysia seperti di Alamanda Putrajaya.
Tapi kalau nak beli koleksi dapur berjenama tu kena hati-hati sikit. Aku rasa bezanya tidak banyak mana berbanding dengan kalau beli di Langkawi.
Ingat nak beli jean jenama sebagai kenangan, tetapi takde saiz dan potongannya pulak.
Puas hati dapat sampai di Citadel. Kiranya apa nak yang dibeli hampir semuanya dapat di sini.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
2 Komen:
Jeans murah byk mana tuan?
Nak beli beli jeans hanya utk kenangan je. USD48x3.6 = mungkin masih murah berbanding di Malaysia
Post a Comment