Terjaga awal pagi, lantas tidak mahu tidur lagi sehingga suboh dan bimbang terlepas bas untuk ke Grand Canyon Tours jam 6.15pagi. Sejak beberapa hari berada di sini, memang payah nak tidur sekitar 3-4 pagi. Maklumlah ketika itu waktu di Malaysia adalah sekitar 10 pagi, bukan waktu biasanya tidur.
Grand Canyon merupakan salah satu tempat yang aku impikan untuk sampai. Masa sekolah menengah dulu, sering tengok dalam buku-buku perpustakaan sahaja. Kini impian semakin menjadi kenyataan dengan kos lawatan USD125.
Berdekatan Hotel, kami dibawa dengan bas sehinggalah ke satu kawasan perkumpulan, di mana kami perlu membayar baki kos lawatan serta bertukar bas mengikut pakej lawatan yang dipilih.
Di atas bas, pemandu pelancung yang bertindak sebagai pemandu berceloteh sepanjang perjalanan. Banyak pulak lawaknya … Sambil bas berjalan turut ditayangkan video mengenai tempat-tempat kunjungan kami.
Suasana, binaan bangunan serta rumah-rumah di pinggir Las Vegas memang mirip seperti di Arab Saudi sahaja. Maklumlah kawasan gurun, tandus dan berbukit batu. Jalanrayanya pula juga agak lebar.
Boulder City
Kekira 30minit perjalanan, tiba di Boulder City. Ia merupakan bandar kecil yang terletak 42km dari Las Vegas, tetapi tidak membenarkan aktiviti perjudian sebagaimana di kota Las Vegas.
Asalnya dibina untuk menempatkan pekerja-pekerja pembinaan sebuah empangan besar yang berdekatan iaitu Hoover Dam.
Nampak aman suasananya walaupun jalan-jalan di pusat bandarnya agak kecil sahaja. Dari dalam bas, kelihatan rumah-rumah penduduk serta deretan kedai di beberapa kawasan.
Melepasi Boulder City, menghampiri kawasan tasik kelihatan permahan yang cantik. Pemandu tu kata sebuah rumah antara USD200,000-300,000. Katanya itu tempat yang baik menghabiskan sisa usia setelah 'bersara'.
Hoover Dam
Meneruskan perjalanan, kira-kira 30minit, tiba di Hoover Dam atau empangan Hoover. Ia merupakan satu lagi binaan konkrit istimewa di Nevada berdasarkan saiz, fungsi dan rekabentuknya.
Ia dibina pada 1931 dan siap pada tahun 1933 pada kos asal USD 49juta. Pembinaannya dengan maksud janakuasa hidroelektrik, pengawal banjir, sumber air dan rekreasi. Tidak pernah struktur konkrit mega sebegitu dibina ketika itu
Kedudukan Hoover Dam juga sebenarnya dipersempadanan antara negeri Nevada dengan Arizona dan ia menjadi persinggahan Grand Canyon Tour memandangkan Grand Canyon berada di Arizona.
Oleh yang demikian, ia kini telah menjadi tarikan pelancong dan dikatakan seramai sejuta orang mengunjunginya setiap tahun.
Turut disediakan ialah kedai menjual cenderahati serta makanan ringan.
Pemberian nama ‘Hoover Dam’ pernah mencetuskan pelbagai kontraversi. Akhirnya nama Hoover diberikan bersempena dengan nama President Amerika, Herbert Hoover setelah dia tewas dalam pilihanrayanya tahun berikutnya. Hoover juga dianggap sebagai "the great engineer whose vision and persistence. Nama ini pernah beberapa kali ditukar kepada nama lain, tetapi akhirnya kembali kepada Hoover juga.
Melepasi Hoover Dam, bas kami melalui jambatan yang unik kerana rekabentuk serta ketinggiannya. Dari sini boleh menikmati pemandangan yang cantik di dengan berlatar belakangkan empangan Hoover.
Bandar Cowboy
Menghampiri Grand Canyon, bas kami berhenti untuk pengagihan makanan. Makanan yang aku pesan ialah vegetarian. Pakej halal takde. Tetapi biasalah, tak berapa lalu nak makan.
Bas berhenti disatu pekan kowboi yang menurut pemandu pelancung @ driver bas, takde bekalan air. Entah betul entah melawak dia. Atau bimbang kita pakat gi toilet dan ini memakan masa menunggu pulak.
Memang kelihatan kontang padangnya, walaupun suhu sekitar agak sejuk. Mungkin sekitar 18C juga. Takde pokok yang tinggi-tinggi. Banyak kelihatan kumpulan bush di sana sini.
Menghampiri Grand Canyon West
Menghampiri Grand Canyon semakin mengujakan suasananya. Di kiri dan kanan merupakan padang yang luas dengan tumbuhan yang jarang-jarang di atas permukaan tanahnya.
Pemandangan macam dalam studio aje. Sesekali kelihatan pokok kaktus yang besar-besar, kaktus gergasi kot.
Grand Canyon meliputi keluasan tanah selebar 6 hingga 30 kilometer dan memanjang sehingga 450kilometer. Luas sekali.
Manakala kedalamannya ada yang sehingga hampir 900meter. Kekira, Petronas Twin-Tower boleh tenggelam jika dimasukkan dalamnya.
Cuma tidak pasti apakah kedalamannya telah melebihi bawah paras laut ?
Kawasan yang aku akan kunjungi dipanggil Grand Canyon West. Kawasan Grand Canyon East terletak lebih jauh. Tetapi di situ selalu dibuat pengambaran filem-filem kowboi.
Stesen Pelawat - Visitor Centre
Bas yang kami naikki berhenti di satu kawasan yang menghimpunkan semua sama ada bas, kereta persendirian dan kereta sewa dari luar yang datang ke Grand Canyon West. Dari sini kami difahamkan akan dibawa dengan bas khas dari satu stesen ke stesen lawatan mengikut kesesuaian masa. Tiada bayaran tambahan dikenakan.
Namun driver kami kata, kami diberikan masa 4 jam sahaja untuk mengunjungi semua stesen tersebut. Di sini juga tempat sama ada kapal terbang kecil atau helicopter terbang dan mendarat untuk membawa pelancung yang memilih pakej tersebut.
Ikut iklan, naik helicopter pakejnya sekitar USD450 !!! Banyak duit, bolehla …
Stesen 1 – Perkampungan Koiboi Hualapai
Aku terkejut bila menaikki bas, pemandunya wanita tua. Kondisi bas ok sahaja. Kekira 5 minit perjalanan, tibalah di stesen pertama iaitu Perkampungan Koboi Hualapi …
Hualapai merupakan suku kaum asli amerika yang menetap di pergunungan Arizona termasuk di Grand Canyon. Kiranya industry pelancungan Grand Canyon dikendalikan oleh kaum mereka sendiri ketika ini. Hualapai juga bermaksud, "people of the tall trees".
Di perkampungan ini, digambarkan suasana koiboi seperti yang kita lihat di kaca TV dengan pelbagai elemen tradisi mereka.
Aku pun tidak melepaskan peluang ‘beraksi’.
Kemudahan seperti kedai cenderahati, kedai makan, restroom juga disediakan.
Terdapat juga tanah perkuburan sebenar bagi penduduk di kawasan ini. Dari situ kelihatan suah jauh di sana jurang Grand Canyon.
Stesen 2 – Eagle Point
Kemudian menaikki bas lagi untuk ke stesen berikutnya. Pemandunya orang tua lelaki pula. Setelah kekira 5 minit bas berjalan, mula kelihatan jurang-jurang yang dinanti-nantikan dari atas bas. Aku semakin teruja.
Kemudian bas berhenti, kelihatan orang sudah ramai berada di tebing jurang. Aku semakin teruja menghampiri tebing berkenaan. Takut juga apabila cuba memandang ke bawah atau dasar jurang.
Sayup kelihatan anak-anak sungai serta permukaan batu di bawah jurang. Namun warna dan corak permukaan batu tidaklah seperti yang kelihatan dalam buku. Agaknya itu yang kalau naik kapal terbang kecil atau helikopter.
Dinamakan Eagle Point kerana dikatakan terdapat bentuk seperti eagle sedang terbang di celahan jurang tersebut. Tetapi aku tidak kelihatan pun sebagaimana dikata.
Di stesen ke-2, yang menariknya ialah Skywalk yang dibina di tepi tebing. Ia mula dibuka pada Mac 2007. Nak masuk kena tambah USD35 lagi. Since tidak dibenarkan ambil gambar, aku memilih untuk tidak memasukkinya. Lagipun, serammmm ...
Turut disediakan kedai souvenir di terminal Skywalk tersebut serta gerai makanan.
Mungkin di Skywalk boleh melihat dengan jelas, selain keluasan Garnd Canyon West, kedudukan tepi tebing serta corak batu-batuan. Tapi mungkin juga menggerunkan. Berapa kuat Skywalk tu menampung bebanan ?
Ketika aku di sana stesen 2 ini, ada persembahan 'tarian dan nanyian' oleh beberapa orang yang mungkinnya dari kaum Hualapai. Cuba untuk menghayati, tapi aku tak faham bahasa apa yang diucapkan.
Stesen 3
Baru teringat yang aku bawa tropong. Bagiku yang menariknya ialah formasi batu-batuan yang membentuk Grand Canyon dapat dihayati dengan mendalam menerusi teropong yang aku bawa bersama.
Sungguh menakjubkan landskapnya. Allahu Akbar. Subhanaullah. Bilakah formasi batu-bata ini terbentuk jika menurut pakar geologi ?
Memang berbaloi akau bawa teropong dari Malaysia semata-mata memang nak aku gunakan bagi menghayati keajaiban Grand Canyon. Apakah yang berada dalam minda para pengunjung ketika ini ? Sekadar tertarik dengan kejadian alam semula jadi atau kegum dengan penciptanya.
Berdasarkan bentuk formasi batu, dikatakan ianya telah terbentuk jutaan tahun yang lalu. Malah ada kajian yang kata sejak 70 juta tahun lalu !!!
Pelbagai teori. Yang popular jurang terbentuk oleh hakisan sungai yang terdapat di bawah jurang tersebut. Ini membentuk jurang, dinding serta ‘tiang-tiang’ batu berlapis-lapis dan berbeza warna dan coraknya.
Walaupun sungai diantara tebing tinggi tersebut mengalir agak perlahan, tetapi itulah kuasa air menghakis dalam tempoh masa yang sangat lama.
Ada pula dikatakan jurang terbina oleh aktiviti gunung berapi suatu ketika dulu. Bagaimana agaknya suasananya ketika musim salji atau ketika kabus pagi memenuhi Grand Canyon ?
Baru aku perasan, takde kanak-kanak datang melawat Grand Canyon. Agaknya ada had umur atau ketinggian. Sebelum pergi memang kami diperingati untuk tidak terlalu hampir dengan tebing jurang.
Perjalanan Pulang
Setelah kepenatan memerhatikan keajaiban Grand Canyon, akupun balik semula stesen. Tak sedar sudah hampir 4 jam kami ronda-ronda di ketiga-tiga stesen tadi. Itu hanya sebahagian kecil daripda keseluruhan keluasan Grand Canyon.
.
Sempat juga singgah di kedai cenderahati di stesen pelawat untuk mengambil ‘Sjil Kehadiran’ serta beli souvenir.
Bagusnya bas yang kami naiki mempunyai perkhidmatan wifi percuma. So boleh update dalam wasap. Tapi yang tak menariknya mulalah wasap hal kerja ofis kerana ketika itu baru pagi di Malaysia.
Sampai Hotel dah masuk Maghrib. Terasa kepenatan tetapi puas hati sangat-sangat. Alhamdulillah.
DO I NEED TO EAT FRUITS EVERYDAY?
2 hours ago
1 Komen:
salam bang., nice., remind me ms study dulu2 ;p
Post a Comment