Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Ramadan 1436H - Negara 1001 Masalah

Telah menjadi lumrah bagi diriku, sepanjang Ramadan memang payah nak update blogku ini. Nak nengok skrin notebook pun malas. So lepas raya baru berupaya. Memang banyak yang hendak diperkatakan, khususnya masalah yang melanda negara. Bak kata Kuli ( MP Gua Musang ) alam awalan video Undilah dalam youtube yang agak popular sebelum PRU13, Malaysia memang berhadapan dengan banyak masalah".

Katanya, “Seperti anda, saya seorang rayat Malaysia. Saya Cintakah negara kita ini. Malaysia sebuah negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini. Ingatlah walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita. Ia memang banyak masalah”.

Entah kenapa, dinilai daripada segi matawang, ekonomi negara kelihatan merudum dan semakin merudum. Bayangkan masa aku ke USA, dengan RM350 aku boleh dapat USD100. Namun lepas raya bebaru ini, aku tukar balik lebihan USD aku, USD100 dapat balik RM376.

Kurang Sambutan Berbuka di Hotel
Beberapa kali pada awal Ramadan aku sempat menerima pelawaan beberapa syarikat untuk berbuka puasa di hotel. Jelas perbezaan berbanding dengan tahun lepas yang selalunya meriah dan penuh sesak.

Malahan pihak hotel terpaksa menyediakan ruang tambahan, menjadikan bilik-bilik seminar biasa menjadi tempat berbuka puasa. Juga hingga terpaksa membuat tambahan surau atau tempat solat.

Tetapi kali ini, pengunjung jelas berkurangan dan banyak meja yang kosong. Apakah ini melambangkan merudumnya ekonomi. Apakah juga melambangkan peniaga atau syarikat mula berkira-kira dalam menjamu pelanggannya berbuka puasa lantaran bajet yang kurang, mungkin disebabkan juga oleh business yang berkurangan.

Kerugian RM42 Billion 1MDB
Menjenguk isu 1MDB agak menakutkan juga. 1MDB= 1 Malaysia Dalam Bahaya ? Bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan mencatat keuntungan jutaan RM sebelum ini, tetiba rugi RM42 billion !!! Bukan RM42 juta atau RM420 juta, tetapi RM420,000 juta !!! Atau cuma atas kertas jikapun terma teknikal ekonomi ?

Apa kaitan 1MDB dengan rakyat ? 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Pengerusinya ialah Perdana Menteri sendiri. Kalau rugi, rakyat juga yang kena tanggung. Kena bayar balik hutang bukan ? Kalau untung pulak, bagaimana dipulangkan balik kepada rakyat ?

Since dikatakan akan dilakukan siastan forensic tentang pengurusan 1MDB, kita tunggulah hasil siasatan itu nanti. Tidak dinafikan kebaikan daripada 1MDB kepada rakyat seperti pinjaman mikro-kredit serta menaja penghantaran imam bilal potong queue pergi menunaikan haji. Tetapi belumpun selesai, entah-entah belum mula lagi, pelbagai hal lain pula timbul. Tabung Haji nak beli tanah milik 1MDB di kota raya Kuala Lumpur. Nak beli atau kena paksa Tabung Haji beli supaya 1MDB ada tunai untuk langsaikan hutang. Kemudian pelbagai GLC lain turut dikaitkan.

Akhir-akhir timbul pula soal Petro Saudi, Jhlow serta pelbagai lagi sehingga laporan sorat khabar economist The Edge dan Asian Wall Street Journal, dikatakan PM menerima wang 'misteri' yang dimasukkan kedalam akaunnya. Bukan 26 ribu atau 2.6ribu tetapi RM2.6 billion. Wang dari sapa dan untuk apa ? Sehingga dikaitkan dengan wang untuk kempen pilihanraya BN yang lalu.

Jika untuk pilihanraya, timbul pula persoalan, sahkah pilihanraya lalu, BN guna sejumlah wang tersebut untuk menang pilihanraya ? Argh, pening memikirkannya. Kemdian dikaitkn pula kematian pengasas Ambank yang dibunoh beberapa bulan lalu. Sungguh menggerunkan jika ianya benar-benar sebagaimana persepsi yang dimainkan. Apakah memang persepsi jika Tun Mahathr pun bangkit bersuara meminta penjelasan?

Gerakan Harapan Baru Yang Mengharu Biru
Pada saat kemelut melanda pentadbiran kerajaan atau pucuk pimpinan BN, Pakatan Rakyat ( PR ) pulak dilihat sebagai mulai porak peranda. Gerakan @ Gagasan Harapan Baru ( GHB ) tercetus dari kalangan ahli atau bekas pimpinan PAS yang tidak terpilih semula dalam pemilihan Muktamar yang berlangsung sebelum Ramadan. Ini gara-gara melabel kumpulan ulama dan kumpulan progresif. Siapa yang memberikan label. Kelihatannya seperti oleh media massa yang kemudian diperkukuhkan oleh parti DAP.

Perselisehan PAS dengan DAP mulai timbul setelah timbul isu Hudud yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan kemudiannya hendak dibawa ke Parlimen pula. Serangan DAP terhadap PAS mulai bertalu-talu sehingga Dewan Ulamak PAS meluluskan resolusi batal persepakatan dengan DAP.

Apakah memang isu Hudud menjadi pemisah dengan alasan bukan masanya lagi. Tumpuan dalam meningkatkan ekonomi, kebajikan dan membantu mangsa banjir yang patut diutamakan di Kelantan itu sendiri katanya. Yang penting katanya dapatkan kuasa politik dulu dan ianya bukan agenda persepakatan PR.

Bagaimana PR tanpa PAS dan bagaimana masa depan PAS jika berada di luar dari PR. PAS dan para pendokong Gagasan Harapan Baru tentu juga merasakan perlunya kerjasama bagi membentuk kekuatan dalam menumbangkan BN dalam pilihanraya umum. Sebab itu, walaupun batal hubungan dengan DAP, tetapi PAS mahu kekal dalam PR. Agaknya bagaimana ini boleh dilakukan ?

PKR tidak memainkan peranan menjadi pendamai. Kalau DSAI ada, mungkin tidak begini jadinya. Sebagai jalan selamat mungkin PKR hanya akan menerima DAP dan GBH dalam PR dengan PAS terkeluar. Apakah mungkin PAS dan GHB boleh bersama dalam PR ? Kerajaaan PR Selangor dalam dilemma kerana sekiranya PAS di tendang keluar, apakah PR boleh membentuk kerajaan negeri yang memerintah. Penyelesaiannya tentulah bubar dan pilihanraya semula.

Walaupun sejarah menunjukkan serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak bertahan lama, namun dalam senario politik sekarang sekiranya GHB yang juga serpihan PAS berjaya mendapat tempat dalam PR, mungkin nasib parti serpihan PAS itu berbeza dan PAS akhirnya menjadi jemaah dakwah sahaja.

Yang memimpin GHB pula bukannya calang-calang. Mereka pandai berhujah, telah mempunyai nama, pengaruh dan kekuatan sebagai pengerak dan penghubung PAS dalam PR sebelum ini. Mereka juga tahu kekuatan dan kelemahan dalam PAS. Mulalah dikritiknya PAS dengan bermacam-macam, tak relevan lagi, sehingga mengugut sekiranya PAS tidah berubah dalam 100 hari selepas Muktamar. Daripada dikenakan tindakan tatatertib, apabila keluar keluar dan masuk GHB, maka secara automatik terkeluar daripada PAS. Persoalan Bai'ah pun mereka dah berani perkecil-remehkan.

GST
Ganti Solat Tertinggal ? Great Shopping Time ? Gomen Selalu Tipu ? Gasak Sampai Terduduk ? Itu sekadar gimik atau joke nak meredakan keadaan. Namun persoalannya kenapa sekarang setelah lama lebih 130 negara seluruh dunia telah laksana GST ? Nak cover hutang negara ? Nak tambah income kerajaan dalam menguruskan ekonomi Negara ? Nak cover BR1M, TR1M, SL1M, KR1M… etc ?

Brunei dan Myanmar sahaja di Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST. Sebab sistem telah berjalan, malah lebih daripada 130 negara telah melaksanakannya, tentu banyak kebaikan untuk negara. Aku kira boleh saja diteruskan kerana ia lebih bersistematik berbanding sistem sedia ada atau sebelum ini di mana terdapat ketirisan hasil cukai kepada kerajaan.

Pepandailah berbelanja. Bukan semuanya kena GST. Cumanya soal pemantauan pelaksanaan kepada pengeluar, pengedar, pemborong dan penjual yang mengambil kesempatan tak tentu pasal. Bagaimana pemerintah dengan agensi dan jenteranya betindak dalam hal ini ?

Nampaknya rakyat sudah mula lali dengan GST. Di sebalik banyak juga supermarket yang berjaya absorb 6% tu, tetapi mengeluh memang mengeluh apatah lagi impak kepada rega kuihraya. Kalau ditarik balik mungkin pecah rekod dunia atau buat malu dunia. Dah laksana tetiba tarik balik sedang di negara lain, agaknya ok sahaja. Teruskan sahaja tetapi bukan 6%, sebaliknya kurang lagi kadarnya. Mungkin 2 or 3 % ? Pandangan ulama perlu juga diambil kira bagi mengelakkan apa yang dikata cukai berganda kepada rakyat.


Share:

Aku, Pembentangan Budget 2015 dan …

Seminggu dua menjelang 10 Oktober 2014 mungkin tidak begitu dirasakan. Namun beberapa hari menjelang tarikh Pembentangan Budget 2015 oleh Menteri Kewangan, ramai orang mula menaruh pelbagai harapan, khususnya setelah dikejutkan dengan kenaikan rega petrol sebanyak RM0.20 akibat rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan diesel.

Budget ini akau lihat macam main tarik-tarik. Dari satu sudut dilihat macama ‘menekan’ rakyat, tetapi dalam masa yang sama pelbagai insentif seperti BRIM, PRIMA dan baucer buku diberikan dalam memastikan golongan rakyat tertentu mendapat bantuan. Ini meningkatkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan yang seterusnya bakal memberikan undi dalam PRU14 nanti.

GST
Pada dasarnya aku bersetuju dengan pelaksanaannya. Ia meningkatkan pendapatan kerajaan dengan lebih menyeluruh dan sistematik. Tambahan ia diiringi dengan pemansuhan cukai jualan serta penurunan kadar cukai pendapatan individu. Tetapi 1-3% masih tidak mencukupi, kena tambah lagi.

Cumanya, apa jaminan pihak kerajaan bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga barang yang tidak tidak sepatutnya atau tidak munasabah. Siapa pula boleh bagi jaminan penurunan harga setelah tiada cukai jualan, sebelum dikira pula GST ? Pengusaha mesti menaikkan harga barangan disebabkan kos pengeluarannya telah meningkat.

Sering dikatakan pemantauan serta penguatkuasaaan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan tindakan akan diambil kepada peniaga. Tetapi yang yang sering berlaku, ianya bermusim, secara selective dan tidak menyeluruh.

Menghadapi Kenaikan Petrol
Walaupun cuma RM0.20 seliter, namun kesan berangkainya. Penjual pisang goreng memang tidak mengoreng pisang dengan petrol. Tetapi akibat kenaikan kos mengangkut pisang, mengangkut minyak masak, kenaikan gas memasak, kos plastik dan pembungkus, kos pengangkutan pekerjanya. Kosnya terpaksa ditanggung juga oleh pembeli. Aganya lepas ini RM1 cuma boleh dapat tiga ketul pisang yang telah dibelah tiga dari sebijik pisang.

Persoalannya kenapa naik harga petrol sedangkan harga minyak mentah dunia berada pada paras yang rendah. Kalau dulu antara alasan kenaikan disebabkan rega minyak mentah dunia yang naik. Orang minyak lagi marah ...

Tindakan terdekat, aku pasang alat penjimat minyak. Entahlah, harap berjaya. Katanya teknologi ini telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar kereta dalam usaha mereka untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Keadilan Kepada Warga ?
Sering dikatakan langkah rasionalisasi subsidi petrol adalah untuk berlaku adil kepada rakyat berbanding warga asing atau pelancong yang masuk dan menikmati kadar petrol yang dikatakan murah. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan minyak yang sering berlaku khususnya di sempadan.

Aku akui kerana aku sendiri pernah menyaksikan bagaimana sebuah kereta di Padang Besar asyik keluar masuk mengisi petrol ke dalam tangki petrol keretanya lantaran rega petrol yang lebih tinggi di Thailand.

Berbalik kepada soal penguatkuasaan. Padahal di stesen minyak tersebut ada anggota rela yang bertugas. Apakah itu di luar bidang kuasa RELA ? Paling tidak menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk bertindak.

Bonus Cuma Setengah Bulan Gaji
Ini intipati yang ditunggu oleh penjawat awam sepertiku. Agak kecewa apabila cuma setakat setengah bulan gaji sahaja. Harapan nak ke Beijing kalau dapat bonus sebulan gaji tertangguh lagi ... huhu.

Tidak mengapalah, yang lebih mendukacitakan kedudukan skim perkhidmatan, lain-lain elaun khususnya seperti yang diminta oleh CEUPACS, tiada satu pun yang menyangkut. Bagiku apalah sangat cuti setahun bagi ibu muda ?

Perancangan 2015 Ofisku
Sekiranya apa yang dipohon untuk diperolehi atau dilaksanakan pada tahun 2015 diluluskan, banyak kerja nampaknya menantiku pada tahun 2015 demi meningkatkan pemodenan dan merealisasikan program transformasi Jabatanku.

Apapun aku berharap ianya diluluskan. Mengharapkan produktiviti dan keberkesanann dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, nak meningkatkan hasil karajaan, maka kenalah ditambah dan dipertingkatkan fasilitinya. Motivasi dalam menjalankan tugas akan turut meningkat.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.