Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label IBM Interconnect 2015. Show all posts
Showing posts with label IBM Interconnect 2015. Show all posts

23hb Feb : IBM Interconnect 2015 Bermula

Jam 5.15pagi sudah masuh Suboh dan 6.30pagi dah syuruk ! Pergh aku terlajak sampai 8.15 baru bangun setelah suboh tadi. Patut 8pagi dah mula persidangan tetapi aku terlewat sebab janji dengan pihak IBM jam 8pagi nak berangkat ke Arena Persidangan. Sarapan ala kadar dengan roti yangvaku bawa dari Malaysia.

Kami berjaya masuk ke Arena persidangan setelah melalui proses pendaftaran yang ringkas. Nama dah ada, cuma pengesahan sahaja. Aku difahamkan sebenarnya setiap tahun IBM mengadakan persidangan seumpamanya. Namun pada tahun ini, ia merupakan gabungan beberapa persidangan yang diadakan serentak. Mungkin sebab itu terasa besar sangat event ini.

Opening Keynote Speaker
Luas sungguh Arena dimana ucaputama dilangsungkaan. Ia dikatakan memenuhi keseluruhan 20ribu peserta persidangan. Di Arena juga sering diadakan perlawanan tinju taraf dunia serta konsert yang besar-besar.

Persembahan yang sangat menarik dengan menggunakan sepenuhnya teknologi semasa selain mutu bunyi dan suara yang jelas.

Topik perbincangan pada pembukaan itu ialah mengenai interconnect antara perkhidmatan cloud serta success story mereka yang menggunakan teknologi IBM dalam perniagaan serta urusan syarikat masing-masing.

Malah topic seumpamanya juga banyak dibentangkan dalam sesi keynote speaker lain. Sudah tentulah memasing memuji teknologi IBM yang menjadi penyelesai kepada kemajuan dan masalah perniagaan memasing.

Pembentang pun tentunya ditaja sepenuhnya kedatangan mereka di sini oleh pihak IBM. So kena lah cakap yangbaik tentang IBM … huhu

Breakfast & Lunch
Habis sesi pagi, terus ke tempat makan tengahari. Aku terus ke meja special mel kerana memang aku ada menempah makanan halal sepanjang persidangan ini. Makanan disediakan dalam pek-pek khas.

Bagus juga tidak perlu beratur panjang seperti orang lain. Namun makanan yang disediakan ala-ala Indian dan begitu kuat karinya. Kuantitinya pula agak banyak, tidak larat aku hendak menghabiskan.

Begitu juga dengan breakfast. Lebih kurang sama sahaja menunya. Tetapi selalunya breajfast banya buah-buahan. So ambiklah lebih masuk beg … huhu.

Tetapi selalunya lepas makan terus nak ke bilik air. Kerana tak tahan perut, sampai terpaksa buang air besar. Mungkin kuat sangat karinya !!!

Executive Meeting
Tengahari hari pertama, aku ke sesi perbincangan khas dengan pegawai eksekutif IBM di kawasan khemah khas yang disediakan.

Sampai sana, banyak sesi perbincangan sedang diadakan. Luas kawasannya, tetapi berhawa dingin.

Kemudian aku diperkenalkan dengan beberapa pegawai eksekutif IBM dari USA, Australia dan Singapore yang juga ahli dalam perbincangan pada petang tersebut.

Perbincangan lebih kepada untuk pihak IBM mendapat maklumat keperluan bagaimana hendak mewujudkan Zero Downtime bagi system computer di pejabatku. Maksudnya jika ianya down akan ada system lain take-over meneruskan perkhidmatan pengkomputeran kepada orang ramai berurusan dengan pejabatku.

Rupanya ada banyak isu yang berkaitan seperti integrity data, jarak antara dua data centre dan kos. Bagiku kos bukan masalah utama, yang penting perkhidmatan kepada orang ramai tidak tergendala. Sekiranya sering tergendala, orang ramai akan marah sehingga kedudukan menteri akan terancam selain desakan meminta menteri letak jawatan. Ganaznya …

Breakout Session & Pembentanganku
Sessi ini diadakan dalam bilik-bilik kecil berasingan mengikut bidang tertentu seperti aplikasi, data centre, sistem pengoperasi dan teknologi. Masalah sesi ini ialah ianya dijalankan serentak dengan sesi Keynote Speaker. Akibatnya kureng mendapat sambutan. Ini turut disuarakan oleh banyak peserta.

Itulah juga yang berlaku semasa sesi pembentanganku. Aku menyampaikan tajuk pembentangan yang berkongsi pengalaman mengenai, How JP Modernizing By Using Z System.

Sesi berlangsung sekitar 50 minit sahaja. Aku just baca apa slide mengenai jabatanku yang disediakan bersama pihak IBM dan Hetechpadu kemudian mereka sambung teknikal detail mengenal infrastruntur dan system yang dibangunkan.

Pameran Solution Showcase
Diadakan bersempena dengan persidangan ini. Ia memaparkan bagaimana pelbagai syarikat yang sebahagiannya merupakan penaja bersama menyediakan pelbagai penyelesaian dalam dunia pengkomputeran.

Aku berpeluang melihat sendiri beberapa produk baru keluaran IBM yang mungkin berkaitan dengan operasi pejabatku, termasuk storan dan CPU kerangka utama terkini keluaran IBM.

Gambar di atas aku bersama CPU akan datang untuk jabatanku ? ha .. ha ..Ofisku baru saja pasang yang baru, kini dah keluar yang terbaru pula.

Apabila ditanya bila model yang baru kami beli itu akan ‘end-of-marketing’ serta ‘end-of-support’, masih belum diketahui lagi katanya.

Setiap peserta berpeluang memiliki t-shirt segera yang dicetak di booth yang disediakan sebelum bilik pameran. Terdapat pelbagai pilihan corak, namun semua dapat disiapkan dalam masa 10 minit sahaja.

Inner Circle
Sepatutnya aku join sesi ini, dimana kita duduk semeja dengan pegawai eksekutif IBM bagi mengetahui direction atau new technology yang bakal diperkenalkan kepada dunia.

Namun tidak sempat lantaran sibuk mencari breakout session yang sesuai. Macam aku kata tadi, kawasan luas dan jarak sesetangah bilik breakout session terletak berjauhan.

Konsert Interconnect - Aerosmith
Masa malam ketiga, disajikan persembahan ini kepada peserta persidangan secara percuma. Aku just nak tengok bagaimana ianya dilangsungkan.

Tiada apa yang menarik daripada segi persembahan lagu. Tak tahulah sejuh mana terkenanya kumpulan rock tersebut, Aerosmith. Ahli kumpulan pun veteran-veteran. Tak sedap pun lagu-lagunya, sampai aku tertidur.

Sayangnya aku termiss nak tengok persembahan David Copperfields pada malam tersebut sebab tersilap timing.
Share:

21hb Feb :Perjalanan Ke Las Vegas

Setelah membuat persiapan yang sewajarnya walaupun dalam keadaan yang kelam-kabut akhirnya sampailah masa untuk bertolak pergi. Sama ada sibuk dengan tugasan harian, sibuk nak buat visa dan yang paling mencabar ialah sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan anakku yang berlangsung pada 19hb Feb lalu. Malah minggu yang sepatutnya aku cuti, terpaksa hadir juga ke pejabat untuk mempengerusikan meeting demi meeting.

Juga sibuk nak sediakan paper untuk pembentangan sempena persidangan IBM Interconnect 2015 yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Februari di Las vegas, USA. Mungkin inilah sahaja peluangku untuk berjalan ke luar negara lagi, khususnya Amerika. Penyertaan serta perjalananku ditanggung oleh penganjur. Nak harap gomen tanggung, mungkin susah dalam keadaan sekarang.

Bermula Perjalanan
Perjalanan bermula on-time dari KLIA dengan MAS, 11.35 malam. Agak penuh juga penumpang flight. Aku fikir nak tidur sahaja sepanjang perjalanan setelah keletihaan menguruskan dan menjayakan majlis kawin anakku, tetapi payah nak terlelap.

Maka aku layanlah movie yang disediakan atas kapal dan sempat aku menonton beberapa filem yang disediakan. Namun yang memberi kesan dihatiku ialah filem Indonesia berjodol 99 Cahaya Di Langit Eropah.

Komitment kita kepada ajaran Islam dengan mempamirkan nilai murni Islam menjadikan kita adalah agen dakwah dan penyebaran Islam Di Eropah. Tanpa ku sedari mengalir air mataku terharu apabila didedahkan satu demi satu bahawa banyak penciptaan, seni serta binaan di Paris khususnya tersimpan rahsia besar berkaitan dengan Islam seperti ‘Jalan Lurus’ menghala Kaabah walaupun dibina oleh Napolean Bonapert !!!

Tiba Airport Paris
Namun tidak sempat habis filem, flight ku mahu mendarat di Paris. Keluar dari flight kekira 6.15 pagi terus mencari surau atau ruang untuk solat Suboh. Perjalanan agak jauh untuk keluar dari ‘Arrival Area’. Terasa besar sangat airportnya. Mujur banyak escalator.

Lalu ketemu ‘Multi-faith Prayer Room’ atau ‘Meditation Area’. Biliknya tidaklah besar mana, namun beberapa orang sedang sedia untuk solat berjemaah suboh.

Ketemu dengan beberapa Malaysian yang dalam misi pembelian Kapal Selam ke-2 Malaysia ?? Namun mereka menasihatkan untuk aku tidak keluar ke Bandar Paris memandangkan cuma ada 4 jam masa transit.

Lalu ronda-ronda sekitar airport dan kemudian chek-in untuk penerbangan seterusnya iaitu American Airlines di terminal berlainan. Perhubungan antara terminal dengan train yang disediakan seperti di KLIA.

Orang telah ramai berator. Aku cuba check-in dengan kiosk yang digunakan seperti orang lain, tetapi ada masalah lalu terus sahaja ke kaunternya. Aku rasa scanner dia tak boleh baca passport aku bila diminta untuk scan.

Walaupun takde duit Euro, aku gunakan kad kredit untuk membeli beberapa barangan kenangan di Airport Paris. Minimum purchase dengan kad kredit ialah 1Euro !!! Tapi 1Euro = RM5 kot ??

Nak melepasi pemeriksaan keselamatan punyalah siksa. Tinggal pakaian sahaja yang tidak ditanggalkan dan keluarkan untuk pemeriksaan. Mujur ada banyak saluran pemeriksaan.

Kemudian menaikki kapalterbang American Airlines. Kalau selalu barisan tempat duduk ekonomi 3-4-3, tetapi yang aku naikki 2-3-2. Ok juga, Nampak macam lapang.

Berbanding dengan naik MAS tadi, naik MAS lebih stabil. Tidak terasa bila langgar awan berbanding naik American Airlines ni. Aku dibekalkan dengan makanan halal sebagai ditempah sebelum penerbangan lagi.

Airpot Newyork
Since tidak ada entertainment disediakan, aku lebih banyak tidur kali ini. Sedar-sedar aku terdengar ramai penumpang bertepuk tangan kerana agaknya bersyukur sebab flight mendarat di Airport Newyork dengan selamat dan pendaratannya smooth sahaja.

Suhu di Airport New York sangat rendah dan terasa sejuk. Dikatakan suhu luar bangunan mencecah 5 darjah. Kelihatan juga salji di lapangan, tetapi sudah dialihkan supaya tidak menghalang laluan flight.

Sekali lagi terpaksa menempuh pemeriksaan keselamatan yang ‘meletihkan’. Entahlah. Namun sempat juga membeli kenang-kenangan, walaupun reganya mahal. Maklumlah rega airport. Lagipun anakku pesan key-chain di setiap destinasi yang aku singgahi. Huhu.

Flight pula delay 30minit. Setelah masuk dalam flight, delay lagi hampir sejam. Bila diummukan bahawa flight sedang menunggu beberapa barangan penumpang yang belum sampai, ada penumpang yang ‘memboo’ … kuat pulak tu.

Kekira sejam setengah kami lewat daripada masa asal. Dalam flight dikatakan ada perkhidmatan wifi, tetapi rupanaya kena bayar. Huhu … yang free cuma kalau nak sms dan berlanggan dengan salah sebuah telco di USA.

Tiba Las Vegas
So tidur sahajalah dalam perjalanan. Sesadar sudah mendarat di Airport Las Vegas. Dari tempat masuk bangunan airport setelah keluar dari flight, terasa jauh sungguh perjalanan menuju tempat tuntutan bagasi.

Terasa besar betul Airport ini. Dalam perjalanan menuju tempat tuntutan bagasi, kelihatan mesin-mesin perjudian di merata tempat. Setelah ambil bag, terus naik limo menuju ke hotel.

Jam sudah menujukkan jam 10.30 malam. Terasa keletihan setelah kekira 32 jam perjalanan walaupun tarikh tempatan masih 22hb.

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.