Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label harun din. Show all posts
Showing posts with label harun din. Show all posts

Pengajaran Beberapa Kematian 'Terdekat'

Semasa aku berkunjung ke Langkawi pada minggu lalu, terpampang satu baner iklan kuliah Dhuha oleh Al-Ustaz Datuk Dr Haron Din di Perkarangan Kompleks Haji Ismail Group yang baru. Dah lama juga tidak ikuti ceramah beliau secara live. Namun pada hari yang ditunggu, beliau tidak muncul dan sebaliknya digantikan oleh seorang penceramah dari Kolej Universiti Insaniah. Dikhabarkan al-Ustaz dimasukkan IJN bagi menjalani rawatan jantung. Aku serta ratus hadirin mungkin agak kecewa dengan keadaan ini.

Namun pagi keesokannya petang, terima pula berita yang Al-Ustaz Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah berada dalam keadaan koma selama dua hari. Aku agak terkejut lantaran tidak mendengar pun berita yang beliau sakit. Mungkin kerana aku sudah lama tidak mengikuti perkembangan beliau.

Aku pernah beberapa kali ke ‘tempat’ Almarhum Datuk Harun Taib lama dulu-dulu, iaitu di Markas Tarbiyyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Beliau merupakan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Terengganu selama tiga penggal daripada sejak pilihan raya 1999 hinggalah 2008. Bagaimanapun beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 tahun lalu dan tempatnya digantikan oleh anaknya yang kemudian memenangi kerusi DUN Manir.

Ketika berada dalam saf kepimpinan Dewan Ulama sehinggalah menjadi Ketuda Dewan Ulama PAS, beliau sering dilihat mengeluarkan banyak kenyataan yang mungkin sama ada kurang disenangi oleh pendokong parti PAS atau mencabar daya pemikiran pendokong PAS, khususnya berkaitan dengan mengkaji semula penglibatan partinya dalam Pakatan Rakyat. Tidak banyak kenyataan berkaitan politik semasa kerana bagiku sifat beliau lebih kepada sebagai murabbi atau pendidik orang ramai.

Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat amatlah banyak. Semoga ruhnya ditempatkan Allah bersama para Syuhada yang turut memperjuangan Aqidah, Iman dan Islam

Dr Abdul Karim Zaidan
Yang terkini pula ialah kematian Sheikh Dr Abd Karim Zaydan pada 27/1/201, pada usia 97 tahun. Beliau merupakan ulama pakar dalam bidang Fiqh, Usul Fiqh dan Usul Dakwah dan dari Iraq yang menetap di Yaman.

Baru aku teringat, pelbagai kitab yang sering menjadi rujukan dalam perbincangan usrah atau kuliah maghrib, antaranya Usul al-Dakwah.

Hassan Basri Jiranku
Namun sebelum itu pada petang 20hb Januari 2014, aku dikejutkan dengan berita kematian jiranku Hassan Basri semasa di Saujana Utama. Katanya sakit kanser perut. Aku memang sudah mendengar berita yang beliau sakit sebelum ini. Namun semasa berkunjung ke rumahnya bagi menghantar kad jemputan akhir tahun lepas, beliau tiada di rumah untuk aku singgah ziarah. Terkilan juga, sebab tidak sempat jumpat sebelum beliau pergi.

Yang agak melucukan ialah Tok Siak Surau Al-Hidayah membuat pengumuman di pembesar suara Surau Al-Hidayah Saujana Utama dengan meyebut namaku sebagai telah meninggal dunia. Nasib baik aku datang menunjukkan diri semasa pengurusan jenazah jiranku itu di Surau Al-Hidayah. Pada kesempatan ini dapatlah bersua dengan kawan-kawan dan jiran lama.

Sempat bertanyakan anak bungsunya yang 'hyperaktif' kekira berusia 7-8 tahun. Siapa tu, sambil tanganku menunjukkan kubur ayahnya. Abah katanya. Tanyaku lagi, "Tak sediah ke ?", dia diam sahaja.

Tn Haji Mahayuddin JPJ
Yang terkini ialah kematian orang pernah rapat denganku ketika bertugas di Pejabatku, iaitu sejak beliau bertugas di Akademi Pengangkutan Jalan Melaka iaitu Tn Hj Mahayuddin, khususnya semasa menjalankan tugas Pengarahnya yang sedang cuti sakit.

Beliau yang baru dinaikkan pangkat, sempat bertugas kembali dari JPJ Kota Bharu di Ibu pejabat selama dua minggu. Beliau merupakan seorang anggota yang sangat baik, berdedikasi dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Apakah pengajaran bagiku terhadap beberapa kematian tadi. Kematian orang yang dianggap ‘dekat denganku’. Semoga Allah ‘menerima’ mereka dan ditempatkan di kalangan para solehin. Terasa kematian semakin hampir bagiku. Malah sudah disebut pun namaku sebagai telah meninggal dunia !!!! Sering terasa takut, apabila mengenangkan begaimana keadaan dan nasibku di alam barzakh nanti.

Mengapa masih perlu takut, sedangkan selalu diyakini bahawa mati adalah pasti bagi semua mahluk Allah yang hidup. Ia adalah suatu perjalanan kepada kehidupan yang lebih luas dan panjang. Tentunya kerana merasa sentiasa masih belum bersedia atau masih terlalu cintakan dunia ini. Oh Tuhan ...
Share:

Tn Guru Dato' Dr Harun Din Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w

Ketika sesi soal jawab pada penghujung menyampaikan Kuliah Perubatan Islam pada 21 Julai 2008, satu soalan bertanyakan ‘Berapa kalikah Tn Guru mimpi bertemu dengan Rasulullah’ … tetiba Ustaz terdiam dan dalam keadaan sebak-sebak beliau cuba meneruskan membaca soalan ‘apa pesanannya kalau ada kepada umat Islam’ … Sambil meminta maaf, ustaz terus ‘sebak’ lalu beralih kepada soalan berikutnya. Pada penghujung kuliah pada 28hb Julai 2008 lalu pula, dikemukakan soalan ‘Minta maaf kerana bertanyakan mengenai Ustaz bermimpi Rasulullah’. Ustaz kata tidak mengapa dan tidak salahkan pertanyaan tersebut.

Seingatan aku daripada apa yang ustaz jawab, dapat aku simpulkan yang ustaz mengakui pernah bermimpi beberapa kali bersama dan bertemu Rasulullah s.a.w. Malangnya aku tidak dapat merakam keseluruhan kuliah pada 28 Julai lalu, alat perakam MP3 aku ‘memori full’. Mungkin tidak diizinkan Allah. Kalau tidak, aku dapat membuat transkrip semula. Harap-harap dapat beli VCDnya next week, tapi 1 VCD Cuma 1 jam rakaman sedangkan ketika itu dan lebih 1 jam 30 kuliah, 2 keping kot ?

Apa yang Ustaz kesalkan dalam beberapa mimpi tersebut, beliau seolah-olah tidak memanfaatkan suasana ketika bersama Rasulullah, seperti ketika Rasulullah s.a.w ‘memberikan kuliah’, ustaz seolah-olah ‘mengintai dari luar’ sahaja. Satu ketika Rasulullah s.a.w lalu berhampiran, Ustaz‘ selamba’ aje. Siapalah diri beliau yang begitu kerdil untuk bersama Rasulullah s.a.w, kata ustaz lagi.

Malah Ustaz masih ‘lekat’ dalam ingatannya, bagaimana wajah Rasulullah s.a.w apabila dapat berhadapan bertemu muka sambil memegang erat tangannya. Ustaz yakin itulah Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis jika mimpi bersama Raulullah, memang mimpi itu benar. Cuma beliau keberatan hendak mengkisahkan mimpi tersebut dibimbangi timbul sifat tidak baik pada dirinya atau cerita bertokok tambah. Maksud hadis lagi, sesiapa yang berdusta tentang Rasulullah s.a.w, api nerakalah yang selayaknya.

Menurut seorang sahabatku yang lama berguru dengan Ustaz, ini pertama kali dengar kisah beliau mimpi bersama Rasulullah s.a.w. Namun Ustaz pun tidak menjelaskan bila mimpi bersama Rasulullah s.a.w itu berlaku.

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.