Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Beberapa Kematian 2019 Yang Mengesankan

7 Disember 2019 : Kasmah Sahwi @ Kluang, Johor
Selalunya apabila dapat hadir ke Majlis Perjumpanan Raya & Tahlil Tahunan Keluarga Hjh Meah dan Abdul Salam, akan ada sesi bergambar ramai. Tetapi entah kenapa tidak pada Raya yang lalu, sedangkan ia berlangsung di rumah arwah Kasmah binti Sahwi yang pulang ke Rahmatullah 4.20 petang kelmarin, Khamis 5 Disember 2019 di Hospital Daerah Kluang.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, mengampuni dosa2nya, diterima amal bakti dan dimasukkan dalam golongan orang beriman, serta diberikan kekuatan buat keluarga Ayahanda Dasuki bin Salam atas pemergian arwah.

7 Oktober 2019 : Ahmad Shakir @ Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor
Tak banyak kenangan bersamanya setelah 10 tahun berhijrah dari Saujana Utama. Cuma teringat masa zaman kecik2 dulu sering berjemaah ke Surau Al-Hidayah yang terletak di hadapan rumahnya. Kali terakhir bertemu Ogos 2018, tolong2 amikkan gambar semasa Kenduri Kawin kakaknya. Terima berita keadaannya dari ayahandanya 5hb lalu dan bercadang nak ziarah semalam, rupanya tidak berkesempatan, sebaliknya ziarah jenazahnya sahaja.

Moga Allah beri kekuatan kpd Ustaz Dr Mohd Zaki dan Ustazah Kak Wan Noriah sekeluarga utk menghadapi ujian ini.... Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Ahmad Shakir bin Mohd Zaki, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.

23 September 2019 : Mohd Fauzi Raveendran @ Shah Alam, Selangor
Baru sahaja mula mengenali En Mohd Fauzi Raveendran bin Abdullah ( kanan sekali digambar ), Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Data Guru, Sektor Pengurusan Sekolah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Projek Model Data Kementerian. Semalam, menerima berita kematian beliau setelah dikatakan tiba-tiba rebah ketika sedang beriadah di Bukit Gasing Petang Jaya kerana serangan jantung. Belau yang sering menyertai aktiviti ‘hiking’ dikatakan seorang yang berdedikasi, amanah dan sangat bertanggungjawab khususnya mengenai data2 guru. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar buat KPM.

Berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam tadi serta menyaksikan persemadiaan arwah di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam. Semoga Allah menerima amal ibadah dan segala amal baktinya, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan para solehin. Al-Fatehah.

26 Ogos : Nor Danial Mohd Nor @ Taman Hussain Onn
Pemergiannya sungguh mengejutkan dan amat terasa akan kehilangannya. Sdra Nor Danial Mohd Nor dari PADU, KPM dianggap tulang belakang dalam Projek Data Raya KPM, khususnya dalam teras yang sama2 kami anggotai. Banyak yang belum selesai dan masih dalam dalam 'buku catatan' beliau. Terima kasih atas sumbang bakti.

Ya Allah, dikau cucurilah Rahmat keatas rohnya, ampuni dosa2-nya, terimalah amal ibadah dan amal jariahnya, serta muliakan tempat kembalinya, diluaskan kubornya dan ditempatkan bersama2 para solehin.

25 Ogos 2019 : Samuri Omar @ Taman Wira Jaya, Pt Raja, Batu Pahat, Johor
Awal pagi sebelum suboh dikejutkan dengan berita kematian Pak Sedara, Sdra Samuri Omar di Hospital Batu Pahat. Terkilan juga sebab tak berkesempatan ziarah arwah yang dikatakan sakit sejak Ramadhan lalu. Pemergiannya mungkin dirasai ramai kerana kebaikannya, penglibatan dengan kerja2 masyarakat, kemuliaan serta kesungguhan beliau dalam mengeratkan silaturrahim kaum kerabat sehingga menjadi antara penggerak utama Perhimpunan Generasi Kasani semasa Aidil Fitri beberapa tahun lalu.

Beliau juga merupakan 'peon' paling lama bertugas di SK Pt Kadir, iaitu sejak pertengahan 1970an. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya, diampuni dosa2-nya, diterima amal ibadahnya, dimuliakan tempat kembalinya, diluaskan kubornya dan ditempatkan bersama2 para solehin.

8 Jun 2019 : Rahmat Mohd Yusof @ Shah Alam
Tidak ingat bila dan berapa kali pernah jumpa dia setelah sama2 meninggalkan SMS Johor, Kluang selepas SPM. Hari ini dapat tahu, ex-roomate Sdra Rahmat bin Mohd Yusof telah meninggal dunia ketika tidur merehatkan diri petang semalam.

Allah, mudahnya .. Semoga Allah mengampuni dosanya asbab Ramadan yang baru dilalui, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

30 Mei 2019 : Mohd Yunus Sungip @ Sungai Cincin Gombak
Tiba ajal menjemput ketika Ramadan. Allah lebih menyayangi bapa sedaraku Tn Hj Mohd Yunus Sungip yang dijemput kembali menghadap Illahi Isnin lalu setelah 2 minggu dimasukkan hospital dan disemadikan bersebelahan kubur isterinya yang telah pergi terlebih dahulu 19 tahun lalu.

Ya Allah ampunilah mereka berdua, jadikanlah kubur2 mereka sebagai taman syurga, berbahagialah mereka, cucurilah Rahmat ke atas roh mereka serta tempatkanlah mereka dikalangan para solihin. Moga Nabil Yunus dan Bieha Yns serta anak2 arwah lain dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam meneruskan legasi bapa mereka.

1 Mei 2019 : Ustaz Dato’ Seri Abu Hassan Din @ Kg Batu Muda, KL
Perginya seorang lagi ulamak yang disegani ramai. Sekadar sempat ziarahi untuk memberikan penghormatan terakhir di rumah arwah Dato' Seri Abu Hassan Din Al-Hafidz pagi tadi.

Walaupun sering muncul di kaca TV, teringat kenangan bersamanya sebelum ni. Semoga Allah mengampuninya dan merahmati rohnya serta dikurniakan syurga buatnya. Al-Fatehah.












Share:

Jualan Gudang Utusan

Hasil tangkapan di Jualan Penutup Gudang Utusan Publication And Distributor Sdn Bhd tadi. Sedih pulak dengan penutupan Utusan.

Apakah kerana pengaruh media sosial atau kerana konsep dan kandungannya. NST, Berita Harian dan Metro pun khabarnya sedang bergelut untuk survive.

Ternanti bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dapat meneruskan penjualan Utusan yang telah berusia 80 tahun dan Kosmo 15 tahun pada tahun 2020 nanti.

Moga rakan2 yang berada dalam industri penerbitan buku dan suratkhabar dipermudahkan urusan dalam meneruskan kelansungan hidup masing2.
Share:

Renungan Dari Majlis Maulidr Rasul Al-Manar 2019

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita.”

Sahabat Baginda bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang Mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah s.a.w ).” (H.R Muslim, Ibn Majah, an-Nasa’ie dan Imam Malik)
Share:

Bala 15 Akibat Perkara

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah a.a.w bersabda: “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat). 5. Anak derhaka terhadap ibunya. 6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. 7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Arak sudah diminum secara berleluasa. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan. 15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. ( H.R Tirmidzi )
Share:

Catatan CIO Convex 2019

8 Okt 2019 : Menghadiri Persidangan Kali Ke-4 'Public Sector CIO Convex' 2019 yang merupakan perhimpunan tahunan Ketua Pegawai Maklumat agensi kerajaan, rakan strategik daripada industri serta pakar tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan tentang teknologi, inisiatif dan pelbagai kaedah dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam ucapan perasmiannya berkata, kemajuan ICT seharusnya membolehkan agensi kerajaan bergerak lebih pantas dalam merancang dan memberikan perkhidmatan mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Tak sangka Masuk TV walaupun sipi je.





Share:

Pelancaran Hari Akademia 2019

16 Mei merupakan Hari Guru di Malaysia bagi menghargai pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah.

Namun kumpulan pendidik yang dikenali sebagai pensyarah, seolah-olah dilupakan. Oleh itu bagi menghargai sumbangan kumpulan akademia institut pendidikan tinggi kepada negara dan masyarakat,

Kementerian Pendidikan mengisytiharkan 5 Oktober bersempena dengan Hari Guru Sedunia Unesco, bermula hari ini sebagai Hari Akademia Malaysia.

YB Menteri Pendidikan dalam ucapan Perasmian Sambutan tadi menyeru warga akademia untuk sama2 turun ke lapangan bagi mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah rakyat.

Sudah tiba masanya para cendikiawan turut menjadi "cendekiawam” yang bergelumang dengan isu-isu masyarakat dan sama-sama membimbing mereka serta mencari solusi kepada semua permasalahan rakyat, memberi perkhidmatan kepada rakyat dan membawa mereka keluar daripada kegelapan.






Share:

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

12 Ogos 2019 : Bermulalah misi Ziarah Qurban Pursat Kemboja 11-15 Ogos 2019 Yayasan Raudhah bersama sukarelawan serta wakil Agensi daripada Jabatan Kerajaan, Masjid, Surau serta Syarikat Korporat yang melibatkan lebih 360 ekor lembu korban. Mengapa Kemboja menjadi pilihan ?


Telah habis ke lembu di Malaysia atau telah settle ke fakir miskin mendapat bahagian daging korbannya ? Di Airport tadi, dibanjiri rakyat Malaysia dengan misi yang sama. Apakah kerajaan Kemboja tidak menyedarinya dan apakah sikap kerajaan Kemboja terhadap warga umat Islamnya ?

Singgah lunch di rumah Mufti Pursat yang terletak atas air di pinggiran Tasik Tonlesap yang juga merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Beliau menjadi penghubung penting bagi Yayasan ar-Raudah dalam membantu masyarakat Islam di Pursat Kemboja.

Malangnya Mufti ada urusan lain dan tiada di rumah yang juga merupakan sebuah kedai peralatan menangkap ikan. Suatu pengalaman yang unik sambil melihat perkampungan pingiran tasik yang rata2 mengharapkan generator dan sistem solar untuk bantuan elektrik.

OTW ke hotel penginapan, singgah di satu perkampungan Muslim bagi menyempurnakan penyembelihan korban pertama bagi group kami yang melibatkan 7 ekor lembu dihadapan Masjid Al-Hidayah yang sedang dalam pembinaan bangunan barunya. Kesempatan diambil bagi menyampaikan beberapa sumbangan.

13 Ogos 2019 : Berpeluang menyembelih sendiri lembu korban. Payah nak dapat pengalaman begini di tanah air tercinta. Kena langkah mayat tukang sembelih .. hehe. Namun teknik melapah disini nampak macam ringkas dan tak memerlukan ramai orang. Kat Malaysia pun sama sebenarnya, cuma ramai yang tolong2 nak amik berkat.

Bersama penduduk muslim dalam Majlis Kenduri Aqiqah dan Penyampaian Sumbangan berupa barangan makanan asas harian serta pakaian kepada kira2 100 keluarga di Kg Andung Chrum. Kawasan ini merupakan kali pertama dikunjungi oleh Rombongan Yayasan Ar-Raudhah dan kami diberi layanan terbaik.

13 Ogos 2019 : Tak tahulah apa nama kampung kunjungan terakhir Ziarah Korban hari ni, jauh terperusuk dengan jalan tanah merah yang bersekali-sekala berombak @ macam naik kuda untuk van kenaikan kami mengelak lubang jalan.

Hanya kami bertiga dan peserta ziarah lain masuk hotel kepenatan. Namun akhirnya tiba di satu perkampungan Muslim dengan 30 keluarga yang kebetulan ketika itu anak2 sedang mengaji di pondok burok. Bagaimana kehidupan harian mereka agaknya dan mengapa di sini penempatan mereka ?

14 Ogos 2019 : Hari terakhir di Svay Pak, Pursat. Selain daripada menyelesaikan baki2 lembu korban, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Islam setempat, pelajar madrasah serta sumbangan sebanyak RM160,000 kepada pembinaan bangunan tambahan Madrasah Tahfizul Quran Wal Hadith Ar-Raudhah.

Semoga penduduk Islam ini terus kuat menghadapi masa depan mereka selain bantuan doa dan material dari kita sedara seIslam.
Setelah berpenat dengan jadual padat ziarah korban, kembali semula ke Phnom Penh dan disajikan pulak kerehatan menikmati keindahan sun-set serta makan malam ala barbeque di atas cruise yang merentasi pertemuan Sungai Mekong dan Tonle Sap.

Lebih 10 tahun lalu, masyarakat Islam di Svay Park, Pursat Kemboja hanya pada namanya Islam. Jauh sekali diterjemahkan dalam amalan dan kehidupan harian. Justeru, Yayasan Ar-Raudhah terpanggil untuk membantu 'memulihkan akidah' mereka. Selain itu, bantuan diberikan untuk kemajuan dari segi pendidikan, sosioekonomi dan taraf hidup seperti menerusi penyediaan telaga air termasuk pam air, pembinaan bangunan madrasah tahfiz, menyediakan ustaz pembimbing, buku, kitab dan juga kilang roti menerusi saham wakaf daripada rakyat Malaysia.

Ketika menyusuri Sg Mekong semasa xtvt cruise, terkejut melihatkan satu kawasan yang terdapat banyak sampan berpenghuni di tebing sungai berlatar belakangkan sebuah hotel mewah. Rupanya mereka inilah yang dikatakan sebagai masyarakat sampan, tinggal dalam sampan lantaran kemiskinan dan tidak mampu memiliki rumah sendiri di atas tanah.

Dikatakan juga ramai dikalangan mereka adalah Muslim dan mereka juga antara mangsa kekejaman Pol Pot yang lari dengan sampan mereka ke negara jiran.

15 Ogos 2019 : Berpeluang melawat Museum Tuol Seng yang asalnya merupakan sebuah sekolah tinggi, tetapi telah dijadikan penjara yang menempatkan hampir 20,000 tahanan yang kemudiannya dibunuh ketika di zaman pemerintahan kejam kuku besi Regim Pol Pot di Kemboja dari tahun 1975 hingga 1977. Entah mengapa, sasarannya adalah kakitangan kerajaan, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang tampak 'intelek'.

Ia juga memberi kesan kepada jumlah umat Islam di Kemboja, sama ada turut terkorban atau lari ke negara lain termasuk Malaysia. Berpeluang bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat, kini berusia 49 tahun dan aktif menjual buku pengkisahan pengalaman beliau dalam kawasan museum.

Sebelum kembali ke tanah air, rombongan Ziarah Korban Ar-Raudah di bawa ke Central Market untuk slot shopping 'barangan local'. Seperti kebanyakan kedai2 di Kemboja, mereka menerima pembayaran dalam USD. Kira mudah, USD1 = RIEL 4,000 @ RM 4.00 dan kami dinasihatkan bawak wang dalam USD sebab money changer tidak terima RM.

Kini Ar-Raudah cuba membantu daripada segi pertanian serta pembinaan asrama pelajar. Kebersamaan 4H3M dalam program Ziarah Korban mereka kali benar2 memberi peluang melihat dan menyaksikan sendiri hasilusaha yang telah dan sedang dilakukan. Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada Fb Yayasan Ar-Raudah. Sesamalah kita membantu sedara seislam kita, juga sebagai saham akhirat kita.

Pengalaman mengikuti Ziarah Korban Pursat Kemboja bersama Yayasan Ar-Raudhah meninggalkan kenangan dan pengalaman begitu berharga. Semoga Allah berikan kekuatan kepada umat Islam di sana, dipermudahkan urusan untuk terus bangkit. Semoga dipanjangkan umur dapat kesana lagi.

Share:

Perginya Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafidz

Perginya seorang lagi ulamak yang disegani ramai. Sekadar sempat ziarahi untuk memberikan penghormatan terakhir di rumah arwah Dato' Seri Abu Hassan Din Al-Hafidz pagi tadi.
Walaupun sering muncul di kaca TV, teringat kenangan bersamanya sebelum ni khususnya dalam program-program yang dikendalikan oleh Surau Al-Hidayah Saujana Utama sekitar 2006-2008.







Semoga Allah mengampuninya dan merahmati rohnya serta dikurniakan syurga buatnya. Al-Fatehah.
Share:

Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Putrajaya

Menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Putrajaya yang diadakan sendiri di kediaman Ahli Parlimen Putrajaya semalam.

Pada Ramadhan kali ini YB telah bermurah hari menyumbang bahan2 untuk morey, beberapa gulong tikar sejadah serta wang tunai kepada semua Surau di Putrajaya.

Selain daripada itu, sumbangan tajaan juadah berbuka puasa juga akan dibuat kepada semua surau sekitar Putrajaya secara bergilir setiap hari.

Ini bermakna Majlis Berbuka Puasa percuma di Food Court P8 yang telah idadakansaban tahun oleh beliau, tidak lagi diadakan pada tahun ini.

Sebaliknya diganti dengan buka pose di surau2 yang ditajanya, setiap malam 3 buah surau. lhamdulillah.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah