Bersempena dengan Sambutan Hari Landskap Negara 2010 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 27 Feb hingga 7 Mac 2010, aku sempat berkunjung ke Karnival Industri Landskap di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 6 Mac 2010. Sambutan dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak lepas dengan mengambil jenama 1 Malaysia, sambutan mengambil tema '1 Malaysia : Negara Taman'.
Menjadi hasrat penganjur untuk menjadikan landskap sebagai satu faktor yang mampu menjadi wadah perpaduan untuk manfaat bersama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Malahan landskap boleh menjadi perantara bagi memperkasakan proses integrasi dan interaksi sosial masyarakat menerusi pembinaan taman awam dan rekreasi seluruh negara.
Agak menarik juga mengunjungi karnival yang diadakan di Bandar baru Bangi ini. Pelbagai pameran dan jualan pokok-pokok untuk mengindahkan landskap sekitar rumah. Kalau hendak diikutkan hari macama nak dibeli aje semuanya. Tapi kalau beli banyak-banyak pun, nak ditanam kat mana pulak.

Mungkin kerana aku pergi sudah hari kedua akhir karnival, nampak banyak jualan dengan potongan harga. Kata penjual mereka tak mahu bawak balik pokok-pokok tu, sebab itu dijual dengan harga diskaun.



Mungkin berikut adalah beberapa yang agak istimewa sepanjang karnival tersebut. Pertamanya pokok anggur siap berbuah elok aje, tapi buahnya kecik aje. Teringin nak tanam juga, tapi pokoknya agak mahal, bimbang sekejap saja hayatnya kalau tanam kat rumah.
Kemudian pokok bonsai ketot dengan rega RM 680 !!! Ada yang hendak beli ke ? Pokok ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kepercayaan orang cina.
Ada pulak pokok mengambil nama sempena dengan wataka kartun Walt Disney Mickey Mause. Entah macaman boleh dinamakan dengan nama tersebut. Dikatakan pokok ini berasal dari Benua Afrika dan unik sebab ada dua warna bunga iaitu kuning/hijau dan merah serta menjadi minat atau tarikan burung.

Bagi peminat orkid, tentunya menjadi kemaruk dengan pelbagai orkid yang dipamer dan dijual di sini. Tapi tidak menarik minat isteriku untuk membelinya. Lagipun biasalah, reganya pun agak mahal.

Aku memang agak tertarik dengan pokok-pokok lada yang segar-segar serta buahnya yang banyak. Tapi kalau banyak sangat macam gambar di atas tu, nak buat apa pulak. Semuanya merah, boleh bagi-bagi jiran-jiran kata isteriku. Ok juga, ini sebagai suatu cara mengeratkan silaturahim dengan jiran setempat selaras dengan konsep 1 Malaysia... ha ! ha !
Set taman ini berharga dari RM 1,800. Isteriku sudah berangan nak ambik satu ... nak letak manalah kataku !!! Kalau rumah sendiri takpe juga.

Lihatlah betapa semangatnya, pulang dari karnival terus diselesaikan pokok-pokok untuk hiasan sekitar rumah. Yealah, kalau tidak pada hujung minggu, mana ada masa hendak diselesaikan.
Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands
4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.
Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025
Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.
Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025
Lembu2 sado yang menjadi piihan ...
Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh
Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut
Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025
Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.
Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan
Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.
Karnival 1 Malaysia 1 Halal
Lain benar bunyinya, 1 Malaysia 1 Halal. Semuanya hendak di jenamakan sebagai 1 Malaysia juga. Kalau dahulu Islam Hadhari, kini Islam Hadhiri seperti tenggelam. Apakah mana-mana instutusi yang bernamakan atau temakan Islam Hadhari menjadi serba salah ketika ini.
Tetapi ku kira agak menarik juga karnival 1 Malaysia 1 Halal 1 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Februari ni. Pertamanya ia menjadi satu aktiviti masjid, since diadakan di perkarangan Masjid Negara. Ramai juga mengunjungi karnival tersebut ketika aku berada di sana pada petang 28 Februari.
Di samping gerai-gerai jualan yang telah sah mendapat pengiktirafan sijil Halal JAKIM, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri beberapa contoh barangan yang diperbuat daripada kulit serta bulu babi. Rupanya banyak sumber tidak halal dalam kandungan sesuatu produk, tidak setakat kulit dan bulu babi.
Antara lain termasuklah penggunaan tulang-tulang haiwan, tumbuhan, sintetik, semulajadi dan kimia. Makumat serta bahan opameran daripada Jabatan Kimia agak menarik dan tidak putus-putus dikunjungi ramai.
Walaupun barangan makanan yang menyertai karnival ini mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM, namun kadangkala halal tidak mestinya berkhasiat. So, kenalah pandai memilih. Ciri penting lain ialah hendaklah bersih dan selamat. Ini sifat universal dan sesuai juga untuk penganut agama lain. Yang lebih peting konsep halal tersebut ialah keseluruhan proses pengeluaran sesuatu produk. Bukan setakat bahannya sahaja.
Tetapi aku kira produk halal tempatan memang banyak dan tidak semuanya menyertai karnival dengan membuka booth pameran di sini. Mungkin kerana itu turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Isteriku mengambil kesempatan membuat pemeriksaan. Semuanya ok, cuma biasalah ... obesiti !!!
Antara produk yang ku kira agak menarik ialah air atau jus sarang burung. Sarang burung memang sudah dikenali sebagai penawar kesihatan yang banyak khasiatnya. Pengasas pengeluran jus tersebut adalah seorang muallaf tempatan berbangsa Cina. Katanya memang sukar bagi Bumiputera Melayu hendak mendapat kepakaran dalam industri sarang burung.
Salah satu target barangan yang hendak diperolehi ialah keluaran Permata Hijrah. Namun produk tersebut habis terjula dengan harga yang memang istimewa. Tak ada rezeki nampaknya. Lagipun orang memang ramai di kaunter Permata Hijrah. Siap beratur ambil giliran lagi.

Nampaknya janda Ustaz Akhil Hayy pun tidak ketinggalan mengambil bahagian membuka gerai menjual pakaian serta alat kosmetik. Bukan main lagi bergaya nampaknya. Aku mulanya tidak perasan, tetapi anak-anak ku yang bagitahu.
Pada ketika ini juga diadakan karnival Sure Heboh TV3. Aku kira karnival yang diadakan di Masjid Negara itu boleh menjadi saingan atau diupgrade ala-ala Sure Heboh di diadakan di merata negara, khususnya di masjid-masjid yang besar.


Kembara Cuti CNY2010 - Kausar Masuk MRSM Langkawi
Sebenarnya Kembara Cuti CNY2010 ku adalah kerana hendak mendaftarkan Kausar anak bongsuku ke Tingkatan 4 MRSM Langkawi. Pada asalnya Cuti CNY2010 hanya nak rehat kat rumah saja sebab nak elak serabut terperangkap dalam jem di jalan raya, khususnya di Lebuh Raya. Tetapi nampaknya takde pilihan. Dapat tahu pun kira-kira 2 minggu sebelum mendaftar, maka kecohlah cari hotel. Flight tentunya tinggal tiket yang mahal. Maka bawak kenderaan sendiri ajelah.
Berdasarkan kepada keputusan SPM, rupanya MRSM Langkawi ni among the top in SPM. Wau !!! Tetapi kalau sekadar menumpang kemasyuran, sedangkan keputusan yang kita perolehi tidak memberikan sumbangan kepada pencapaian tersebut, maka kuranglah bermakna walaupun berada di sekolah terbaik pencapaiannya.
Memang serba salah juga pada asalnya sama ada hendak menerima tawaran MRSM Langkawi atau tidak. Lagipun keputusan rayuan Sekolah Berasrama Penoh hanya akan diumumkan pada 23 Februari 2010. Harapan untuk dapat KISAS masih meninggi. Tetapi mengenangkan sekiranya dah dapat MRSM, nama kita tercicir secara automatik dalam perkiraan pengambilan kedua SBP, maka terima sajalah. Takut yang kejar tak dapat dan yang dikendung keciciran.
Pagi 16hb kami singgah di MRSM Langkawi sebab nak jelaskan yuran serta beli pakaian rasmi MRSM. Payah juga nak cari pakaian MRSM, sebab warnanya lain dari yang lain dan kedai biasa takde dijual. Yuran pulak dia suroh bank-in tetapi agak keliru dengan penjelasan yang diberikan sebab tidak menyatakan akaun bank mana. itu yang bayar tunai di pejabat MRSM je. Pagi tu juga, anak dan isteriku bertemu dengan tiga orang ex-student SMK Saujana Utama yang kini berada dalam Tingkatan 5. Oklah, sekurang-kurangnya anakku sudah ada kenalan.
Ketika di Pejabat, sempat berkenalan dengan Pengetua MRSM Langkawi yang kelihatan sedang mencapai usia pencen. Orang Muar Johor rupanya. Bersih dan tersusun rapi suasana di Pejabat.
8.15pagi 17hb kamipun pergilah ke MRSM lagi. Orang sudah ramai, parking pun jauh dari dewan pendaftaran. Sampai sahaja kami didekati oleh beberapa para pelajarnya untuk bersalaman, menghulurkan bantuan dan memberikan panduan tunjuk arah. Nak kata sebab kami naik kereta Mercedes ( perasan !!! ), tidak juga sebab orang lain pun nampaknya begitu juga layanannya.

Proses pendaftaran berjalan lancar. Pendaftaran juga melibatkan pelajar tingkatan tingkatan 3 lama di MRSM Langkawi serta dari MRSM lain. Aku difahamkan daripada 120 pelajar, kekira separuh daripada pelajar MRSM lain dan pelajar baru. Yang tidak mencapai straight A dalam PMR 2009, kena pindah ke MRSM lain atau keluar. Betul ke ?


Selepas daftar di dewan kami ke asrama pula untuk daftar asrama dan bawa barangan ke asrama. Spot check dilakukan untuk memastikan pelajar tidak bawa peralatan atau barangan yang tidak dibenarkan di bawa ke asrama.

Sebilik empar orang dan setiap pelajar dibekalkan dengan katil single, tilam, kabinet besi dan meja study serta kerusi. Anakku sebilik dengan pelajar PJ, Shah Alam dan Kangar. Salah seorang darinya rupanya menginap di Rumah Penginapan Koperasi MRSM ( apartment 3 bilik ) dengan harga cuma RM150 sahaja. Lain kali boleh book. Tapi katanya kurang selesa sebab tidak dimaintain dengan wajar.


11.30 pagi kami dengar taklimat di Dewan. Kompom !!! Pengetua menjelaskan bahawa MRSM pernah jadi no 1 seluruh negara bagi SPM 2007 dan 2008. Warga MRSM mengharapkan agarnya prestasi ini dapat diteruskan. Nampaknya banyak peluang lain terbuka sebaik selesai SPM nanti seperti Perubatan UITM, UTP dan pelbagai lagi yang memulakan pengajian sebaik sahaja tamat SPM, sementara menunggu keputusan diumumkan. Namun Pengetua mengingatkan supaya pencapaian setiap semester hendaklah sekurang-kurangnya 3.0 termasuk trial SPM baru berpeluang mendapat tawaran yang akan diberikan nanti.

Selepas taklimat Pengetua, diadakan diskusi bersama Cikgu Angkat yang dipanggil Homeroom. Dalam majlis itu semua pelajar dan ibubapa dikumpulkan dalam satu kumpulan dan berbincang apa sahaja berkaitan hal ehwal pelajar dan sekolah. Rupanya dalam homeroom anakku, anakku sahaja yang pelajar baru MRSM. Yang lain pelajar lama tingkatan tiga di MRSM Langkawi dan MRSM lain. Jadi aku dan isteriku sahaja yang banyak bertanya, sebab mereka telah tahu.

Sejak dari sekolah darjah satu sampai ke tingkatan 3, kausar tinggal di rumah bersama keluarga. Kini tibalah masa berpisah jauh pulak tu, seberang laut !!! Mana tak sedihnya. Tapi sebab abang dan kakak-kakaknya juga sekolah asrama, tentunya dia ingin merasa atau menjejakki langkah abang dan kakaknya.

Duduk MRSM Langkawi ini problemnya ialah jauh dari rumah dan cara mudah nak pergi dan balik Putrajaya hanyalah Kapal Terbang. Nak sesekala jalan ziarah, kena fikir atau plan panjang sebab masa dan kosnya agak tinggi !!!


MRSM Langkawi merupakan MRSM ke-25 dibina. Bangunannya siap dibina dan mula mengambil pelajar pada Februari 1999. Kompleks sekolahnya dikatakan yang termahal ketika itu iaitu berharga RM60 juta. Pembinaannya diilhamkan oleh ex-PM, Tun Mahathir. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.






