Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Bercuti Di Langkawi ...

3 hb Jun yang lalu, kami sekeluarga berpeluang ke Langkawi. Aku sebenarnya kena menghadirkan diri ke kursus F48 anjuran JPA di Bayview Hotel hingga 7hb Jun. Since cuti sekolah, so bawa semuanya sekali kecuali anak bujangku yang sedang bersiap menghadapi peperiksaan akhirnya di Kolej Taylor. To me Langkawi is a good place for family holiday. Last time kami sekeluarga pergi ialah pada Februari tahun 2001. Antara tempoh berkenaan, aku sempat berkunjung dua kali rasanya atas urusan rasmi, tapi tak sempat ‘ziarah’ mana. Banyak tak banyak, banyak juga perubahan Langkawi sekarang.

Lepas chek-in dan makan tengahari, terus ke Makam Mahsuri. Nampaknya dah diupgrade sehingga menjadi Kota Mahsuri. Kini dilengkapi dengan Muzium Legenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa rumah replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri. Makamnya pun dah diperbesarkan. Kimni ada muzium diodrama kisah Mahsuri. Kira OK juga walaupun dikenakan RM5 sekali masuk untuk dewasa. Cuma kedengaran ada juga khurafat ambil ’berkat’ daripada air telaga Mahsuri. Balik semula Kuah, mula window shopping.

Pekan Kuah tempat membeli belah serta Bazar Mara hanya bersebelahan dengan hotel penginapan kami. Ke Langkawi Fair nampak lengang aje. Impian Samudera katanya murah sikit, but since ada orang kata taukehnya ’keyahudian’, takdelah nak pergi. Tapi tak ade sangat yang dibeli pun. Cokelat, kain batik jawa, t-shirt dan set minuman teh je. Cuti sekolah orang ramai betul, terutamanya di Kedai Hj Ismail Group. Tempat shoping yang awal-awal dulu yang menghadap ke laut sudah takde, sebab ada projek pembesaran jalan. Dulu di situlah beli pinggan mangkuk imported jenama terkenal.

Petang Selasa, ke Dataran Langkawi. Masih macam itu juga, maklumlah helang batu, nak berubah macam mana. Cuma tempat ruangan gerai jualan berdekatan tu masih tak ramai yang berniaga dan nampak macam dah tak terurus sebahagiannya. Burung helang inilah yang memberikan nama kepada Pulau Langkawi iaitu 'Lang' dari perkataan Helang dan 'Kawi' daripada warnanya yang 'reddish brown'. Aku kira ini antara landmark menarik untuk diabadikan kenangan ketika di Langkawi. Tambahan tiada bayaran dikenakan dan terletak dekat jeti ferri.

Hari Rabu ada ruang masa, sewa kereta. Kereta Iswara ’burok’ manual. Ah, siksanya, di tambah alat hawa dingin tak sejuk. Memula nak ke Kereta Kabel, tetapi sebab hujan lebat, lantas melencong ke Underwater World dulu. Di sana yang baru dan kira menariknya ialah peguin dan tayangan filem 3D. Dah besar 3 ekor peguin yang dilahirkan di sana dan dua lagi akan datang. Hidupan lain rasanya sama seperti dulu jugak. Tak pernah ke Aquaria di KLCC, tapi katanya sana lebih besar dan tersusun. Suatu ketika dulu Underwater World ini dikatakan yang terbesar di Asia tenggara, tapi kini dah 'kalah' kot.

Lepas tu ke kabel car yang merupakan satu tarikan baru. Alamak menggigil lutut, kejang otot betis semasa kereta kabel mendaki ke atas, di tambah dengan sedikit berayun oleh tiupan angin dan bergegar semasa melalui tiang di pertengahan perjalanan. Seram sejuk semasa sampai dan berada di atas Gunung Mat Cinchang. Tak sabar nak turun balik, tapi orang tak ramai sebab baru lepas hujan. Pemandangan memang menarik. Cuma terfikir dengan ketinggian begini, macam mana dia orang buat dulu, berapa ramai agaknya yang terkorban.


Lepas tu pusing sekitar Oriental Village yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Rasanya ini tempat tarikan baru jugak. Banyak kedai-kedai yang melambangkan pelbagai negara, khususnya restoran. Tak sempat tengok gajah serta bermain dengan arnab hidup sebab dah tutup. Lepas itu balik sambil menikmati pemandangan pantai serta pelabuhan kapal layar. Singgah di Beras Terbakar. Nampak takde perubahan sangat, kecuali rumput di tapak beras terbakar tu dah hampir keseluruhan menutupi permukaannya.

Khamis 7 Jun, 11.00 pagi merupakan acara penutupan kursus. Lepas itu pack barang dan terus shoping buat kali terakhir dan akhirnya ke jeti untuk kembali ke Kuala Perlis. Berbanding dulu, kini kompleks jeti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai makan dan pelbagai kedai lain untuk 'last-minute' shoping sementara menunggu ferri tiba. Atas kertas katanya perjalanan 45 minit, tapi rupanya hampir 1 jam 15 minit. Dapat naik kereta semula terasa segar dan tak sabar nak kembali ke Saujana Utama. Bertolak kekira jam 5.00 petang dan sampai rumah jam 10.15 malam.
Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2