Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Selamat Tinggal Kontena ?

Dalam meeting AJK Pengurusan KIDaS yang lalu ( 20 Mac ), keputusan di ambil untuk tidak lagi menggunakan kontena. Kontena yang tidak digunakan belum dipastikan hendak digunakan semula untuk tujuan lain, dijual, sedekah or bakar sahaja. Kalau ada proposal, amat dialu-alukan sebab masa PRU12 lalu, ada 'arahan lisan' yang meminta bahawa selepas PRU12 kontena tersebut hendaklah dialihkan segera sebab Tadika hendak dibina ... Tetapi tidak dipastikan se valid mana arahan tersebut selepas PRU12 ? Dalam penyusunan semula kelas nanti, KIDaS perlukan 12 buah kelas sahaja bagi setiap sesi.

Bangunan baru nanti hanya ada 10 kelas sahaja. So sebagai alternatif untuk mengatasi kekurangan ....

a. Dua kelas ( setiap sesi pagi dan petang ) akan terus belajar di kedai yang disewa yang mungkin lebih selesa berbanding dalam kontena.
b. Tambahan dua kelas lagi akan dibina dalam surau, antaranya di berandah sebelah muslimat. Pembinaan dan pengubahsuaian sedang dilakukan sebagaimana gambar berikut ...
Kelas ini akan juga digunakan oleh Surau Al-HIdayah untuk kelas tertentu yang dirancang seperti Klinik Al-Qur'an Dewasa, Klinik Rawatan & Pengubatan Islam, Kelas Tuisyen serta Kelas Fardhu Ain untuk saudara baru.
c. Tahun hadapan KIDaS kita akan hadkan murid hanya dalam bangunan baru sahaja. Harapnya pembinaan SRA dipercepatkan or hantarlah anak ke KAFA / SRI lain ...
Share:

2 Komen:

Sanawi said...

Assalamualaikum,

Saya ingin mencadangkan disini agar kontena terpakai dapat digunakan semula sebagai bangunan tambahan yang boleh direkabentuk semula secara susunan menegak iaitu susunan bertingkat(untuk menjimatkan ruang).Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambah struktur untuk tangga dan koridor. Saya tidak pasti bagaimana saudara mendapatkan kontena2 tersebut, tapi saya percaya sekiranya ia merupakan sumbangan orang ramai maka adalah lebih baik jangan dimusnahkan kerana ia akan menghentikan amal jariah para penyumbang.Carilah jalan utk recycle..

hassan1663 said...

3 daripada 4 konten tersebut telah dijual, satu yang tinggal dijadikan stor ....

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2