Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar. Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin. Injuksi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap pemimpin Pakatan Rakyat di sini sebagai terlewat.
8.30 pagi : Orang ramai mula berhimpun bagi mengiringi ADUN Pakatan Rakyat yang dijangka tiba sekitar jam 9 pagi. Walau bagaimanapun perhimpunan telah dihalang dengan pagar polis yang berkawal sejak semalam. Wartawan dari seluruh media termasuk luar negara turut kelihatan Tak ketinggalan para bloggers. 8.50 pagi : Pintu pagar SUK di blok dengan trak FRU.
9.05 pagi : FRU siap siaga untuk menyambut ketibaan para ADUN dan EXCO yang dijadualkan untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri didalam Pejabat SUK. Ada tak kurang dari 50 anggota FRU lengkap berpakaian ala-ala "Robocop" ssiap dengan Shield, Rotan, Senapang untuk Bom Asap dan jugak Senapang Peluru Getah.
Jam 9:20 pagi YB Lee Boon Chai ( MP Gopeng ) tiba dan memberikan sedikit kenyataan tentang jadual para ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat hari ini. Kedengaran penyokong Pakatan Rakyat pakat laungkan "Hidup Pakatan Rakyat..!" dan ada yang menyampuk "Pakatan Rakyat B***H..! dan beberapa kata-kata makian pada Pakatan Rakyat.
Hampir 50 meter dari Bangunan SUK, bermulalah kejadian yang tak diingini. Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar dengan merempuh Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang membentuk benteng bagi menjaga keselamatan para pimpinan Pakatan Rakyat.Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.
10.01pagi : Nizar dan para wakil rakyat Pakatan yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Namun kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.
10.06 pagi : Di mahkamah tinggi, dua peguam dari dua pihak sedang berada di dalam bilik mahkamah. Sudah hampir 20 minit. UMNO menghantar orang orangnya mengganggu YB PR dari memasuki dewan untuk memberikan kesempatan mendapatkan keputusan dari mahkamah.
10.15 pagi : Dun mula bersidang dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki .
10.18pagi Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.
10.20 pagi : 1000 orang sedang memerhatikan persidangan. FRU terus mengawal pintu masuk SUK di sertai oleh beberapa orang yang dipercayai ahli UMNO.
10.23pagi : Usul pertama yang dibentangkan menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.25pagi Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.10.31pagi: Sivakumar bergerak ke Ibu Pejabat DAP yang terletak berdekatan untuk mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan selanjutnya yang bakal diambil. Semua ADUN dan pimpinan rakyat juga bergerak ke Pejabat DAP untuk sidng akhbar. Beberpa insiden kecil berlaku di hadapan pejabat kerana kumpulan samseng melayu yang berkumpul di KOPITIAM milik pimpinan umNO. Mereka membaling gelas, bekas rokok dan batu kepada penyokong dan pimpinan PR.

10.35 pagi: Persidangan sudah bersurai berikutan pembubaran DUN dan MB Nizar akan bertemu Sultan untuk pengesahan. Kawasan persidangan tadi di kepung oleh orang ramai untuk mengelak sebarang usaha mengganggu. 10.45 pagi Injuksi diperolehi oleh BN dari Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini, tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang
10.50pagi: Ngeh berkata, "It is a very sad day. We have descended into a police state."
10.57pagi: Nizar meminta orang ramai supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau mengesa mereka untuk tidak menmbulkan sebarang masalah kepada mereka yang telah cuba menghalang tindakan beliau dan ADUN lain daripada memasuk pejabat negeri sebelum ini.
0 Komen:
Post a Comment