Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Coretan Sempena Maulidur Rasul 1437H

Keunikan tahun 2015 ialah, dua kali sambutan Maulidur Rasul diadakan, iaitu pada awal tahun dan keduanya pada akhir tahun. Macamana boleh terjadi, sendiri mahu ingatla.

Namun aku terasa seperti ada yang 'termiss' pepagi cuti Mauliur Rasul 24 Disember lalu. Kalau sebelum ini setiap sambutan Maulidur Rasul, pepagi dipastikan bangun sebab nak berarak dari Istana Kehakiman ke Masjid Putra, Putrajaya. Tapi tahun ini ketinggalan bas nampaknya. Tidak sempat mengikuti mana-mana kontingen lantaran pertukaran tempat kerja mulai 1 Disember 2015.

Tak mengapalah, insyaallah tahun depan pulak. Lagipun dah berpasang-pasang baju free aku dapat pada setiap kali mengikuti perarakan Maulidur Rasul. Yang pentingnya semangat dan penghayatan sambutan yang member kesan kepada diri.

Sekitar Putrajaya, aku berkesempatan menghadiri beberapa program sambutan biasa yang dianjurkan olah pelbagai institusi keagamaan seperti surau dan masjid.

Forum Maulidur Rasul MTMZA
Malam 24 Disember 2015, aku mengikuti forum Maulidur Rasul @ Masjid Besi bersama PU Azman, PU Muhsin dan Ustaz Mohd Redza sebagai moderator.

Forum tersebut sebenarnya mencetuskan pelbagai persoalan untuk difikirkan oleh minda kita. Benarkah kita rindukan baginda s.a.w ? Mengapa perlu rindu kepadanya dan bagaimana boleh terbit rasa rindu sedangkan kita tidak pernah menemuinya ?

Konon cinta dan rindukan Rasulullah s.a.w, tapi sejauh mana sunah dan ajaran yang dibawanya kita patuhi ? Renung-renungkanlah.

Khutbah Jumaat Masjid Selat Melaka
Pada 25 Disember 2015, aku singgah Solat Jumaat di Masjid Selat Melaka. Walaupun tidaklah besar mana, tetapi cantik masjidnya yang terletak di tepi laut ini.

Khatib pula berpesan sempena musimm sambutan Maulidur Rasul antaranya, sebagai tanda kita umat Rasulullah s.a.w di Padang Mahsyar nanti, selalulah berselawat ke atasnya dan sentiasalah mengekalkan diri dalam berwuduk.

Walaupun hari Jumaat, aku rasa yang meramaikan Masjid Selat itu ialah orang luar atau pelancong.

Sambutan Ambang 2016
Mungkin bukanlah sambutan Maulidur rasul, namun disebabkan mood Maulidur Rasul masih kuat terasa, Sambutan Ambang 2016 di Perkarangan Masjid Putra Putrajaya diadakan dengan pengisian menarik sesuai dengan mood Maulidur Rasul.

Antara yang hadir membuat persembahan ialah Kumpulan Nasyid Hijjaz dan Nasyid SMKA Putrajaya. Ia diselang-selikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Reduan.

Majlis berlangsung sehinggalah doa dan alunan Asmaul Husna apabila detik 12 malam berlalu. Kukira aramai orang berada di luar perkarangan Masjid, malah sekitar Putrajaya, kerana mereka menganggap sambutan berkonsepkan hiburan disusuli dengan bunga api diadakan sebagaimana tahun dulu-dulu.

Kuliah Perdana Maulidur Rasul
Kuliah Perdana bersama Ustaz Heryanto Rizal ini diadakan di Surau Jumaat Al-Syakirin SMK P13(1) pada 5 Januari 2016. Nampaknya surau penuh sesak dengan peminat al-Ustaz agaknya. Al-Ustaz yang baru kembai dari Umrah melontarkan perlbagai persoalan untuk kita renung adan amat-amatilah.

Apakah bukti bahawa kita sayangkan Rasulullah s.a.w sedang para sahabat menggadaikan nyawa, berkorban hartabenda, masa dan tenaga demi mempertahankan Rasulullah s.a.w. Bagaimana Zaid Harith bersama Rasulullah s.a.w dibaling batu semasa misi dakwah ke Taif.

Apa impak perasaan sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w kepada Islam sedang Saidina Khadijah menyerahkan harta kekayaan untuk Islam, malah mewasiatkan jika perlu gunakanlah tulang belulangnya untuk Islam. Bagaimana pengorbanan Saidina Abu Bakar selain semasa penghijrahan, juga tokoh korperat yang dermawan.

Cukupkah sekadar kita selesa mengamalkan sunah makan minum keluar masuk tandas sambil asyik bersenang-senang dan berseronok-seronok kesana-sini di atas dunia ini ?"
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah