Dalam banyak-banyak negeri, mungkin Melaka negeri yang paling banyak Muzium. Sama ada muzium terbuka atau tertutup, free atau berbayar. Kalau bayar pun murah aje, khususnya yang di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka atau PERZIM.
Bebaru ni sempat menziarahi beberapa muzium yang berhampiran di Banda Hilir dan juga tidak jauh daripada hotel penginapan sempena menghadiri bengkel berkaitan dengan tugas ofisku. Malah muzium tersebut terletak berhampiran sahaja antara satu sama lain.
Muzium Setem Melaka
Kembali kenangan semasa berkunjung ke Muzium Setem Melaka. Masa kecik2 dulu, mengumpul setem pernah menjadi hobi. Sampai nangis2 bila setem dalam album kena curi masa di asrama sekolah menengah.
Hasil kerjasama Pos Malaysia dengan kerajaan Melaka, maka terhasillah Muzium Setem Melaka pada tahun 2007 dengan tagline - KeranaMu, Dunia Menjadi Indah. Betulah tu …
Setem bukan setakat tanda bayaran telah jelas untuk penghantaran surat, ia juga melambangkan suatu negara, bangsa dan rakaman keindahan alam semula jadi serta peringatan peristiwa penting tertentu.
Terletak di Jalan Kota,Banda Hilir, dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dengan tiket RM 5 dewasa dan RM3 kanak2.
Teruja dengan koleksi pameran yang pelbagai, memandangkan setem dianggap semakin pupus di sebabkan penggunaan email sekarang serta cetakan ‘Setem Telah Jelas’.
Dari setem pertama di dunia ( Penny Black, 1840 ), setem pertama di Malaysia, setem yang tidak sempat digunakan ( setem Malayan Union ) serta koleksi setem tahun 1955 sehingga 2003. Cuma dukacita sikit, ingatkan setem pertama di dunia yang dipamirkan adalah setem yang real ori …
Semakin lama usia setem, semakin ianya bernilai. Terasa macam nak start semula hobi mengumpul setem. Nak cari buku album setem di mana agaknya sekarang ?
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Memorial ini terletak berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan berhadapan Dataran Pahlawan di mana Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan negara sekembalinya Rombongan Merdeka dari London, pada 20 Februari 2956.
Bangunan ini dibina pada tahun 1911 sebagai Kelab Melaka, untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan semasa zaman penjajahan Inggeris.
Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai, sehinggalah pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan dalam mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanah air. Malah perasmian pembukaan memorial itu dilakukan Tunku Abdul Rahman sendiri pada 31 Ogos 1985.
Bandingkan gambar di ats dengan di bawah. Baju di kiri adalah yang dipakai oleh Tuanku Abdul Rahman semasa peristiharan dansambutan kemerdekaan pertama, manakala di kanan adalah meja yang sama digunakan.
Agak teruja dengan paparan perjalanan kemerdekaan bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan demi penjahan silih berganti, perjuangan pembebasan serta kebangkitan rakyat sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pelbagai barang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar, peti undi, keris, cop mohor dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Kiranya ia ‘lubuk’ yang menyimpan pelbagai maklumat mengenai sejarah kemerdekaan negara
Kereta di atas merupakan kenderaan yang digunakan oleh Tuanku Abdul Rahman semasa peristiharan kemrdekaan.
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 9.00pagi sampai 6.00 petang secara percuma.
Muzium Kesultanan Melaka
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak dalam replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina bagi menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah untuk membangun semangat dan kegemilangan empayar kota Melaka suatu ketika dahulu.
Walaupun diperbuat daripada kayu, istana tiga tingkat ini agak besar, luas dan utuh binaannya. Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya turut dipersembahkan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.
Sedikit terkesan dengan diaroma pertarungan Hang Tuah dan hang Jebat. Kalau tidak Karma Wijaya membuat fitnah atas Hang Tuah, takdelah Sultan yang tanpa usul periksa arahkan Bendahara untuk jatuhi hukum bunuh Hang Tuah.
Kalau Hebat tahu Bendahara berbohong dan sorokkan Hang Tuah, takdelah Hang Hebat mengamok menuntut bela. Kalau gitulah yang juga digambar dalam filem, terasa betapa naifnya Hang Tuah.
Disebalik diperkatakan, sama ada Hang Tuah wujud atau hanya sekadar mitos, mungkin kenaifan Hang Tuah membuatkan ramai generasi sekarang tak menghiraukan kewujudannya.
Satu hal menarik di sini dipaparkan gambaran pelaksanaan beberapa hukum Islam termasuk hukum hudud pada awal kerajaan Melaka.
Bermakna hukum hudud pernah dilaksanakan di Malaysia suatu masa dahulu.
Bapa: Hampir pengsan, menggeletar lihat anak bawah MPV
20 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment