Catatan Misi Korban Kemboja 2025
Alhamdulillah diberikan kesempatan lagi terlibat dalam pengurusan Ibadah Qurban bersama Yayasan Ar-Raudhah di Wilayah Pursat Kemboja tahun ni. Ini merupakan tahun ke-19 pelaksanaan dan tanpa dijangka, tahun ini mencatatkan penyertaan tertinggi berdasar bilangan lembu untuk di korbankan. Rezeki orang Kemboja !! Terima kasih kepada rakan2, kenalan dan sedara mara yang memberi kepercayaan serta mendaftar dengan saya. Doakan saya dan rakan2 sehat walafiat, kuat dan dipermudahkan sepanjang pengurusan Qurban di sana.
6 Jun 2025 : Alhamdulillah selamat mendarat di Phnom Penh. 2 jam je penerbangan dari KLIA. Rasanya dalam flight tadi lebih separuh merupakan Malaysian yang terlibat dengan pengurusan Qurban di Kemboja. Penoh flight. Ada juga jumpa kenalan lama.
Mengapa masih ramai rakyat yang menyertai korban di luar negara termasuk di Kemboja ? Sudah settle ke masalah fakir miskin dinegara kita sendiri. Apa yang tak settle tu ? Atau nak settle setara mana ? Susah2 orang kita, selalu juga makan daging kan ? Dapat juga BRIM, e-Kasih dan Rahmah. Apakah Qurban boleh diguna untuk membasmi miskin tegar dan meningkatkan ekonomi negara ?
Masih ramai juga yang mempersoalkan mana lebih baik, Qurban di negara sendiri ataupun di luar negara ? Masalahnya mereka tak sertai Qurban pun kat tanah air, malah komplen mahal pulak tu !! Setakat bangga surau masjid tempatnya buat berapa ekor Qurban ...
7 Jun 2025 : Alhamdulillah selesai bersama pasukan melaksanakan penyembelihan dalam misi Qurban bersama Yayasan Ar-Raudhah kali ini. Tahniah semua peserta kerana dapat berkorban tahun ini dan terima kasih kerana memilih dan memberikan kepercayaan kepada Yayasan Ar-Raudhah untuk merealisasikan hasrat Qurban kali ini.
Apa yang penting doa agar ibadah korban kita diterima oleh Allah swt, dan daging2 korban dapat dimanfaat oleh umat Islam sekitar, insyaallah.
8 Jun 2025 : Saya ikuti misi Qurban ini bermula sebagai peserta korban biasa dan kemudian join xtvt ziarah untuk melihat bagaimana pelaksanaan Qurban mereka. Yang menjadi minat untuk terus menyertai misi Qurban anjuran Yayasan Ar-Raudhah sebagai sukarelawan ini adalah ianya bukan setakat Qurban !!
Ia juga untuk membantu meningkatkan sosio-ekonomi, pendidikan dan penghayatan terhadap agama Islam kepada umat Islam di sana khususnya dengan terbinanya Madrasah Tahfiz Al-Quran Dan Hadith Ar-Raudhah di Pursat yang diurus tadbir oleh Yayasan Ar -Raudhah.
Madrasah tersebut telah bermula sejak 10 tahun lalu dan kini mempunyai seramai 80 pelajar lelaki dan 120 pelajar perempuan yang menginap sepenuh masa di asrama madrasah. Ada yang telah hafal Quran dan melanjutkan pengajian ke Indonesia, India, Pakistan dan timur tengah.
Untuk survival, Yayasan Ar-Raudhah mengusahakan Kilang Roti, tanaman pertanian, kolam ikan, ladang ternakan lembu dan project anak angkat. Ladang lembu Ar-Raudhah seluas 7 hektar kini berupaya menjadi pembekal lembu utama misi2 korban Ar-Raudhah setiap tahun. Secara tidak langsung ia juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Bagi menampung kos pengajian mereka Yayasan Ar-Raudhah mengadakan program walid angkat, iaitu orang ramai dijemput mengambil pelajar2 ini sebagai anak angkat dengan membayarkan tajaan sebanyak RM100 sahaja sebulan.
Ini peluang untuk beramal jariah kerana masih ada pelajar yang belum mempunyai ‘penajanya’.
9 Jun2025 : Menginap di Osoam Organic Farm. Pursat, Cambodia. Teruja apabila dapat melihat pokok2 durian seperti ni .. buah lebat, besar dan rendang pokoknya.
Rasa nak cabut bawa balik kampung. Katanya, kebanyakkannya jenis Mohtong. Tetapi malangnya belum masak lagi dan kalau dan masak pun, dahlah kena dipetik (bukan tunggu gugur sendiri), buahnya tidak lembik macam kita di Malaysia.
Ini citarasa orang sini. Lebih anih lagi ulas2 durian ini ada yang di bakar, jadilah durian bakar. But no my taste..
9 Jun 2025 : Masa untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada para pelajar dan tenaga pengajar serta Madrasah Al-Quran Wal Hadith Ar-Raudhah yang menjadi markas gerakerja kami sepanjang Misi Qurban Pursat/Battambang tahun ini.
Teruskan perjuangan demi menegakkan Islam di bumi Kemboja. Ada rezeki dan panjang umur, jumpa lagi tahun hadapan. Terima kasih atas layanan dan bantuan yang diberikan.
9 Jun 2025 : Malam ini Diner atas cruise yang merentasi sebahagian Sg Mekong di tengah bandaraya Phnom Penh .. sambil menikmati keindahan malam kiri dan kanan bandaraya. Nampak juga perkampungan atas sampan tadi.
10 Jun 2025 : Pol Pot adalah pemimpin rezim Khmer Merah yang berutal pada 1975-1979, bertanggung jawab terhadap pembantaian beramai-ramai 2 juta rakyatnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri Kemboja demi menegakkan idealismn komunisnya. Rakyat dikerah kependalaman mengusahakan pertanian secara paksaan untuk menjadikan Kemboja negara pertanian sepenuhnya.
Yang menentang dan cerdik pandai seperti kakitangan Kerajaan, guru2 termasuk guru agama @ ulamak dan doktor diseksa serta dibunuh. Itu yang antaranya sempat lari sampai ke Malaysia, aka Makcik Kemboja kot.
Siapa sahaja asalkan kelihatan pintar menjadi mangsa seperti memakai cermin mata atau boleh berbahasa asing, khususnya orang Cina, Vietnam dan Muslim Champa. Implikasinya juga, menyebabkan umat Islam Kemboja dikatakan mulai longgar penghayatan Islamnya.
Penjara Tuol Sleng atau S-21 ini (asalnya sebuah sekolah) adalah satu simbol kengerian di mana dipaparkan gambaran beribu-ribu banduan diseksa sebelum dihukum bunuh.
11 Jun 2025 : Perkampungan orang Islam yang tinggal dalam boat atau sampan di tepi Sungai Mekong @ Phnom Penh, Kemboja merupakan satu fenomena sosial yang mencerminkan kesan sejarah, diskriminasi dan jurang ekonomi terhadap komuniti minoriti Islam – khususnya etnik Champa.
Sempat singgah dan menyampaikan beberapa sumbangan termasuk daging korban kepada 160 keluarga terlibat. Walaupun mereka diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Kemboja, mereka masih menghadapi diskriminasi secara tersirat, termasuk dalam akses kepada peluang ekonomi dan sosial.
Malahan ada isu iaitu tidak mempunyai dokumen pengenalan rasmi, menjadikan mereka sukar mendapat tanah, pekerjaan formal, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

















0 Komen:
Post a Comment