Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kem Bestari Solat 2025

23 Ogos 2025 : Alhamdulillah. Ini cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang. Semoga objektif program, Kem Bestari Solat 2025 yang berlangsung pada 30 dan 31hb Ogos ini tercapai dan peserta mendapat manfaat darinya, insyaallah. Kira2 95 pesera telah mengkuti program selama dua hari ini. Sekitar 65% adalah dari kalangan anak-anak kariah setempat, selainnya daripada luar kariah. Malah ada yang sampai ke Bandar Permaisuri, Setiu lagi.

Oleh kerana ianya pertama kalinya di adakan, memang banyak kelemahan sepanjang pengendalian kurus, sama ada di peringkat pihak Masjid As-Solihin sendiri atau konsultant. Yang paling ketara tiadanya penyelerasan yang baik antara kedua pihak. Sepatutnya malam sebelum pelaksanaan atau sehari sebelum, diadakan mesyuarat penyelarasan. Akibatnya banyak perkara yang tidak selari dan tidak lancar.

Pihak konsultant pulak tidak memanfaatkan sepenuhnya fasliti multimdia dalam menyampaikan kandungan kursus. Ceramah dan buat demo di hadapan, yang belakang tu entah nampak entah tidak. Akibatny hilanga tumpuan dan mesej tidak sampai kepada peserta. Yang dipaparkan sehelai slide dari mula ceramah sampai habis sesi. Kalau bergambar memang macam nampak canggih, konon guna slide presentation, namun hampa !! Beberapa hari sebelum memang minta projekor, tetapi penggunaanaya memang tidak memuaskan.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah