Mencerap Gerhana Bulan Penuh
Hadir ke Balai Cerap Universiti Sultan Zainal Abidin, Merang Terengganu untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana bulan penoh menerusi peralatan teleskop yang canggih2, berbanding melihat secara direct dengan mata kasar. Langit yang cerah pada awalnya dengan bulan yang jelas kelihatan, tetiba awan tebal melindungi bulan sejak mula bayangan bumi kelihatan di atas bulan.
Takde rezeki nampaknya nak lihat betul2 gerhana-penuh masa ‘peak-time’.
Namun penantian agak berbaloi apabila awan mula beralih setelah berlaku gerhana-penuh dan dapatlah lihat dengan jelas buat seketika bulan yang masih merah itu. Alhamdulillah. 
  
Bila lagi next gerhana bulan penoh ? Dengan perkiraan yang betul, jangkaan sebenarnya dapat dibuat kerana perjalanan segala yang dilangit telah ditakdirkan oleh Allah ada kadar, orbit atau menurut fitrah tertentu yang telah manusia dapat membuat perkiraan berdasarkan ilmu astronomi.
Gerhana bukan sebab ada bala atau malapetaka yang bakal berlaku, namun ianya peringatan daripada Allah yang Maha Berkuasa supaya manusia akur dengan fitrah, hukum dan ketentuan Allah. Sekiranya ada penyimpangan, kebinasaan akan mendatang.
 

0 Komen:
Post a Comment