26 April 2010. Tersedar dari tidur kekira jam 4.14 pagi. Ketika itu bunyi deringan ‘wake-up call’ telefon serta alarm handphone yang disetkan sebelum tidur semalam. Waktu suboh di sini kekira jam 4.00 pagi. Lepas solat, sambung tidur lagi. Ingatkan nak jalan-jalan melihat persekitaran di sekitar hotel, tetapi hujan renyai-renyai turun pada pagi 26hb April 2010 tersebut. So tengok movie sambil–sambil surf internet dan sarapan dengan mee segera serta campuran kopi 3-in-1 yang dibawa.
Pihak NASE sebenarnya ada membawa bekalan makanan untuk sarapan pagi. Sempat merasa juga sedikit. Makanaan yang dibawa macam nasi goreng, tapi cara penyediaaanya ialah dengan merendam bungkusan plastic nasi tersebut dalam air panas. Katanya beli di Pasaraya Giant, tapi tak pernah pulak melihatnya.
Sebenarnya kehadiran kami di Bandar Hangzhou ialah bagi melawat kilang dan pusat R & D syarikat 3Com pagi ini. 3Com terkenal sebagai pengeluar peralatan sistem rangkaian komputer yang kedua terbesar di dunia. Walau bagaimanapun ada sedikit kesilapan teknikal, sesi lawatan yang sepatutnya selama dua hari, dipendekkan kepada 1 hari sahaja.
Suasana sekitar bangunan yang menempatkan 3Com rasanya macam di Cyberjaya sahaja, tiada bangunan yang tinggi dan tidak sibuk dengan kenderaan. Cuma bezanya tiada kereta yang diletakkan di tepi-tepi jalan seperti di Cyberjaya. Mungkin kebanyakkan mereka menaikki pengangkutan awam, naik basikal atau naik motosikal elektrik.
Salim memberitahu bahawa Senior Engineer pun pergi kerja naik basikal. Berbanding dengan menggaji seorang Amerika, kosnya menyamai menggaji 10 orang China. Cumanya persepsi orang Malaysia ketika ini, barangan buatan atau di buat di China rendah kualitinya, sedangkan semua pembuatan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh HQ di Amerika atau Europe.
Baru diberitahu bahawa 3Com baru sahaja dibeli oleh syarikat gergasi komputer HP. Maknanya selepas ini, tiada lagi jenama 3Com. Sebalik series HP digunakan seperti aHP, eHP, iHP dan sebagainya. Apakah ini trend pada masa hadapan. Siapa pulak yang sanggup membeli syarikat pengeluar peralatan rangkaian lain ketika ini ?
Selain diterangkan mengenai pelbagai peralatan rangkaian seperti router, switch, firewall dan IP storage, juga diperlihatkan bagaimana penggunaan semua teknologi berkenaan dalam kehidupan harian. Antaranya kawalan keselamatan berasaskan pemetaan dalam perisian, capture nombor plet kenderaan, kawalan keselamatan fizikal, membuat sambungan wirelesss dengan TV dan daripada kamera digital.
Jason daripada 3Com juga menjelaskan yang mereka kini dalam proses menukar peralatan dalam Putrajaya Campus Network PCN kepada 3Com menerusi projek seliaan MAMPU. Rasaanya apa yang menyebabkan 3Com mulai digunakan dalam agensi kerajaan ialah kerana kualitinya yang standing tetapi reganya yang lebih murah berbanding dengan yang lain.
Lunch
Berbanding dengan masa makan tengahari di Shanghai, ini jauh lebih baik dan lebih sedap mengikut selera kami. Hampir habis licin kami semua memakannya. Pelayannya pun agak peramah dan mudah tersenyum.
Manakala di luar kedai yang sama, orang ramai beratur panjang membeli makanan tengahari jugak. Selaiansedap, rasanya restoran ini memang tersohor jugak.
The Phoenix Temple
Sebenarnya masjid, tapi tak tahulah kenapa dipanggil Temple. Masjid ini dikatakan telah dibangunkan semasa zaman Dinasti Tang dan merupakan antara yang terawal dibina. Namun pemberian nama Masjid Phoenix hanya diberikan pada tahun 1892.
Jika ikut sejarah dalam buku Rahsia Islam di China karangan Ann Wan Seng, disebutkan bahawa Khalifah Usman Affan pernah menjali hubungan diplomatik dengan pemerintah Dinasti Tang ( 618-909M ). Islam dikatakan mula berkembang kemudiannya, disusuli juga semasa pemerintahan Dinasti Song dan Dinasti Ming selepasnya, sebelum ditindas semasa Dinasti Ching kemudiannya. Pendek cerita, Islam di China terlebih dahulu tiba daripada di Malaysia.
Keadaan bangunan masjid seperti juga di Masjid West Shanghai semalam, dihimpit oleh bangunan lain yang bersebelahan. Tiada ruang laman or landskap khususnya ruang parking seperti typical di negara kita. Teringin juga nak singgah masjid pada awal waktu solat supaya dapat berjemaah bersama dan melihat serta merasai suasana berjemaah bersama mereka.
Keunikan senibina banyak terletak kepada bumbung serta pintu gerbang masuknya sahaja yang merupakan campuran tradisi style Islam dan style China. Tetapi masjid ini telah mengalami beberapa perubahan dan pembesaran sehingga kini termasuk di bawah pemeliharaan pihak pemerintah.
Sempat menemai Dato KP ke Pejabat masjid untuk menyerahkan derma. Terdapat beberapa kelas al-quran berhampiran pejabat. Namun agak terkejut dengan salah seorang petugas dalam pejabat tersebut, seorang wanita kelihatannya tetapi kepalanya tak bertudung pun !!! Terdapat beberapa kedai dan restoran Muslim berdekatan masjid ini. Intai-intai kot-kot ada dijual tasbih cina !!!
Lepas solat singgah di kedai buah-buahan di tempat dimana kenderaan kami parking. Banyak durian dan berdasarkan tandanya, diimport dari Thailand. Manakala pisang dari Filipina. Di China takde ke ketika ini ? Atau di luar musim mereka.
West Lake Lagi
Kalau semalam kami sudah ke West Lake, namun kami kunjungi semula untuk melihat sendiri keindahan pemandangan di sini pada waktu siang. Orang memang ramai di sekitar tasik tersebut.
Selain berjalan menikmati kesegaran udara dan keindahan pemandangan, kami juga berpeluang menaikiki bot besar untuk meninjau suasana taman dari tengah-tengah tasik. Perjalanan dalam bot sekitar 45 minit. Berebut orang naik untuk mendapatkan posisi menarik di atas bot. Kebanyakkan mereka duduk di tepi bot dan ruang tempat duduk dalam bot kosong sahaja.
Pemeliharaan West Lake sebegini merupakan satu proses yang lama dan melibatkan pelbagai dinasti pemerintahan di Hangzou. Kerana itu terdapat juga beberapa binaan seperti temple, monumen dan patung di sini yang berkait rapat dengan sejarah West Lake itu sendiri.
Memang menarik pemandangan ketika itu dengan kehijauan pokok serta pulau-pulau kecil sekitar tasik. Tak hairanlah kalau Marco Polo memuji-muji keindahan Bandar ini dalam catatan perjalanannya pada zaman dahulu lagi. Cumanya kalau panas terik agaknya boleh kelihatan dengan jelas bangunan tinggi-tinggi di Bandar Hangzhou.
Rupanya kami mengambil masa yang agak lama di West Lake, melebihi had masa yang sepatutnya. Mungkin kerana terlalu alpa menikmati kebesaran Allah menerusi keindahan taman di West Lake. Program berikut sepatutnya ke kilang dan ladang teh, namun terpaksa dibatalkan. Kecewa juga sebab tak dapat nak melihat dan bergambar di ladang teh.
Silk Street
Kemudian kami bergegas ke Silk Street untuk membeli kain sutera. Katanya di situ banyak dijual pelbagai corak kain sutera China. Dengan jalan yang sesak, kami sampai kekira jam 6.00 petang dan kedai mulai ditutup. Hairan juga, kenapa 6.00 petang sudah di tutup ? So, kami merancang hendak singgah esok pagi sebelum bertolak kembali ke Shanghai. Ikutkan siignboard, kompleks berkenaan dibuka mulai 7 pagi hingga 6 petang !! Biar betul ... memanglah 7 pagi sudah tinggi matahari di sini.
Dinner
Maka kami pun kembali tempat di mana kami makan tengahari tadi. Mulai terasa letih. Perjalanan van yang tersekat-sekat dalam kesesakan jalan raya menyebabkan keletihan dan terasa mabuk, pening kepala dan hendak muntah-muntah.
Berbanding dengan makan tengahari tadi, orang lebih ramai kelihatan pada waktu makan malam. Hampir habis kami makan makanan yang dihidangkan. Memang kena dengan selera kami semua. Salah seorng ahli rombongan bertanyakan sama ada boleh merokok daslam restaurant ini. Menerusi Ms Hana, pelayan restauran tu kata, Orang Islam di Larang Merokok. Tergelak kami semua !!!
Pasar Malam
Lepas makan malam, kami berjalan-jalan sekitar pasar malam di sebelah belakang restoran tempat kami makan malam tadi. Suasananya tidaklah seperti pasar malam di tempat kita. Gerai-gerai serta kedai tetap di kiri kanannya tersusun elok dan teratur. Pelbagai barangan antik dan esklusif juga boleh diperolehi di sini.
Cuma tengok-tengok lagi, tidak ketemu apa yang dihajati. Tak pandai berkomunikasi nak beli, lagipun kami berpecah dan Ms Hana bersama Dato. Namun Samad anggota rombongan kami sempat membeli beberapa barangan kenang-kenangan dengan menggunakan kalkulator sebagai perantaraan.
Kemudian kami pulang ke hotel. Cantik juga pemandangan sebahagian Bandar Hangzhou dari bilik penginapan. Seharian berjalan hari ini, letih betul. Sebelum tidur, sempat menghantar e-mail ke pejabat dengan menyertakan beberapa kepingan gambar semasa lawatan di 3Com.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
2 hours ago
3 Komen:
kekadang, apabila berada di tempat orang seperti di chengmai, chengrai rasa suasana sangat tenang. tidak ada asap rokok yang menghantui. tapi apabila sampai ke malaysia, terasa serabut kepala dengan sikap para perokok yang pengotor dan tidak bertimbang rasa. hanya mementingkan dri sendiri jer.
heran dengan umat islam melayu, majlis fatwa kebangsaan menghukumkan merokok haram tapi masih ramai yang merokok.
Assalamualaikum Tuan Hassan yang dihormati.
Saya adalah editor di sebuah syarikat penerbitan. Kami ingin meminta izin daripada tuan bagi mengambil sekeping gambar di dalam entri blog ini untuk dimasukkan ke dalam buku terbaru terbitan syarikat kami berkenaan Cina Muslim. Sebagai balasan, kami akan kreditkan url blog tuan di dalam buku ini. Harap mendapat pertimbangan dan kerjasama tuan. Jasa baik tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Kami boleh dihubungi melalui editorialkp@gmail.com
ok, tak ada halangan.
Post a Comment