Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Catatan Perjalanan Di China – Hari Ketiga

27 April 2010. Seperti juga semalam, dikejutkan dengan bunyi deringan ‘wake-up call’ telefon serta alarm handphone di setkan sebelum tidur semalam. Lepas solat, sambil tengok TV buka internet dan update tentang perjalananku di su.net. Hendak update blog atau facebook nampaknya tidak boleh sebab di blok oleh pemerintah. Kenapa pemerintah di China blok laman-laman tersebut ?

Facebook dan blog dianggap media untuk bebas bersuara. Sedangkan penduduk hanya dikehendaki mendengar dan membaca dari media yang dikawal pemerintah. Pendapat dan pandangan luar tidak dibenarkan sama sekali. Diskusi terbuka perlu ditegah terutama dengan dunia luar. Yang tidak setuju dengan pemerintah bukan setakat boleh dipenjara, tetapi pandangan mereka diserang dan disekat lantaran bimbang pemikiran-pemikiran yang bebas yang berasal dari luar berleluasa masuk dan mempengaruhi masyarakatnya.

Kemudian turun sekitar jalan-jalan di sekitar hotel. Agak tertarik dengan penggunaan basikal di bandar Hangzhou ni. Pelbagai peringkat menggunakannya yang mungkin boleh dilihat daripada segi pakaiannya. Seronok juga, selain exercise, mengurangkan pencemaran bunyi dan asap serta kesesakan jalanraya. Mungkin atas factor ini, mereka nampaknya sihat-sihat belaka.

Nampaknya mereka ada menyediakan sistem tersendiri menerusi penggunaan basikal ni. Dengan menggunakan kad bercip, mereka boleh unlock dan lock basikal di tempat yang disediakan. Agaknya ada bayaran sewa yang dikenakan. Kemudian apabila sampai tempat yang dituju mereka boleh sambung perjalanan dengan sistem basikal yang sama. Bayangkan kalau di Malaysiaku Tercinta, tentu tidak berbaloi dengan vandalismenya.

8.30pagi kami checkout kerana selepas ini kembali ke Bandaraya Shanghai semula. Kami singgah semula ke Kompleks Membeli Belah dekat Silk Street. Ramai juga orang di sana, tapi agak mahal juga reganya. Tapi Ms Hana kata di sini gerenti 100% sutera asli. Kemudian cari di gerai-gerai di tepi jalan.

Dapat rega yang murah sikit dan penjual juga kata 100% asli, kata Ms Hana. Walaupun corak kurang menarik pada pandanganku, namun belasah ajelah. Alang kepalang belilah selai dua, sekurang-kurangnya ada kenangan.

Lama sangat membeli, sudah agak lewat. Dekat dengan tempat parking kenderaan yang membawa kami, terdapat gerai or kedai makan Muslim. Teringin juga nak rasa gerai-gerai seumpama itu. Sedangkan sebelum ini asyik-asyik makan di Restoran besar aje. Kemudian terus bergerak ke Shanghai.

Dalam perjalanan baru disedari bahawa di tepi-tepi lebuhraya Hangzhou-Shanghai, terdapat banyak rumah-rumah dengan rekabentuk seperti di atas. Maksudnya satu blok rumah ditepai ladang atau dalam taman perumahan dengan mengandungi sehingga 3 dan 4 tingkat. Khabarnya mereka merupakan daripada satu keluarga dengan beberapa generasi keturunan dan boleh dianggap orang atau keluarga yang berada. Lagipun China menghadkan sepasang suami isteri hanya boleh memiliki seoranag anak.

Manakala di suati R & R, kami makan buah seperti di atas, Tahu tak apa nama buah tersebut ? Rasanya agak masam-masam dan lembut seperti ... seperti agak yeak ? Ulat !!

Lunch Lagi Di Shanghai

Letih juga perjalanan hampir 3 jam. Di Shanghai, kami terus berhenti untuk lunch di sebuah restoran Muslim. Ok juga makanannya. Tak dapat tangkap apa jenis nama masakan kerana setiap kali makan, setiap kali itu menu berubah. Ikut orang yang order ajelah.

Namun agak tertarik dengar keadaan tandas dalam restoran tersebut. Bersih dan bau pun wangi sahaja. Yang mengejutkan ialah adanya iklan jualan iphone China pada dinding pintu tandas berkenaan. Daripada diconteng-conteng, elok juga lekatkan dengan iklan yang berwarna-warni.

Muzium Sutera
Kemudian kami bergegas ke Muzium Sutera yang dinamakan Jiangnang Silk Museum. Kami difahamkan muzium seumpama ini banyak kedapatan di bandar-bandar di China yang dikendalikan secara swasta sebagai tarikan pelancong luar. Selain memaparkan bagaimana kain sutera dihasilkan, mereka turut menjual barangaan berasaskan sutera.

Sutera adalah fibre atau gentian protin natural, dalam bentuk yang boleh ditenun sehingga menjadi kain atau tekstil. Sutera terbaik dihasilkan daripada kempompong yang dihasil daripada lava ulat sutera malberi. Dikatakan kain sutera kelihatan seperti bergemerlapan lantaran bentuk struktur prisma segitiga yang menyebabkan kain sutera membias cahaya yang datang daripada pelbagai sudut sehingga menghasilkan corak atau warna berbeza. Betul ke ?

Fabrik sutera dikatakan pertamanya dihasilkan di China kira-kira pada 3,500 BC, lama tuh !! Masa tu banyak digunakan oleh golongana maharaja. Rahsia sutera China kemudiannya tersebar ke luar apabila penduduk China berhijrah keluar sehingga ke dunia Eropah. Malah ‘Silk Road’ atau Laluan Sutera yang wujud pada 139 BC merupakan laluan perdagangan terpanjang yang menghubungkan China Timur dengan Laut Mediteranean, dengan sutera ketika itu menjadi komoditi yang sangat bernilai sehingga membawa kepada nama laluan tersebut.

Setibanya di Jiangnang Silk Museum, kami disambut oleh seorang wanita ( lupa nama ) yang memberikan penerangan mengenai bagaimana kain sutera dihasilkan dalam bahasa Inggeris.

Ulat sutera ternakan dibunuh dengan dicelup ke dalam air mendidih atau dicucuk dengan jarum sebelum keluarnya rama-rama dewasa bagi mendapatkan seluruh kepompong terungkai menjadi sehelai benang yang tak terputus.

Kemudian kami ditunjukkan kepada mesin yang digunakan untuk menggabungkan menjadi benang sutera daripada banyak kepompong untuk menjadi kain yang lebih kuat. Bayangkan, setiap kepompong boleh menghasilkan antara 1 - 2km benang sutera.

Bagi menunjukkan betapa kuat dan lasaknya sutera, kami diminta menariknya beramai-ramai di beberapa penjuru. Memang gagah walaupun nampak seperti kapas sahaja.

Kemudian kami ditunjukkan cara sutera diregangkan sehingga membentuk gumpalan atau lapisan untuk melampiskan sutera. Kaedah ini banyak digunakan untuk dijadikan isi comforter agaknya.

Seterusnya kami dibawa ke tempat jualan di barangaan berasaskan sutera. Maklumlah tempat tumpuan pelancong, reganya pun standard pelancong. Tapi corakknya nampak lebih menarik berbanding dengan di Hangzou tadi. Takpe, tengok-tengok sahaja. Keluar daripada Muzium Sutera, hari telah hampir gelap.


The Shanghai Bund
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di The Bund. The Bund adalah sebuah kawasan tumpuan pelancong yang mahsyur dengan keindahan bangunan lama dan baru disekitarnya, yang terletak di tepi muara Sungai Huangpu.

Terdapat banyak bangunan bersejarah dengan pelbagai corak senibina yang kini menempatkan pelbagai pasaraya, bank dan syarikat perniagaan dari serata dunia. Memang ramai sungguh pelancong ke sini semasa kami singgah. Tambahan berangin dan sejuk terasa.

Manakala di sebarang The Bund, pemandangan malamnya sunguh cantik. Jelas kelihatan beberapa bangunan menarik seperti The Shanghai World Financial Tower dan Oriental Pearl Tower.

Oriental Pearl Tower dengan fungsi utamanya telekomunikasi, pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada ketinggian 468m pada tahun 1994 hingga 2004. The Shanghai World Financial Tower dengan ketinggian 492m ( 101 tingkat ), merupakan yang tertinggi di China ketika ini mengatasi Petronas Twin Tower kekira 40m.

Terkilan juga sebab tak berpeluang naik bangunan tersebut. Main tengok jauh sahaja. Ciri yang membezakan dengan bangunan lain ialah bentuk lubang trapezoidal di bahagian atas bangunan yang menempatkan pelantar tinjau pada ketinggi 472m bagi menjadikannya pelantar tinjau tertinggi di dunia. Ia dibina oleh sebuah syarikat dari Jepun.

Hebat juga Shanghai ini, banyak bangunan pencakar langitnya. Bersebelahan dengan Shanghai World Financial Centre sedang dibina satu lagi bangunan iaitu The Shanghai Tower ( setinggi 632m ) yang bakal menjadi yang tertinggi di China, tetapi kedua tertinggi selepas Burj Khalifa Dubai ( 828 m ).

Check-Inn Hotel
Seharian berjalan teraasa amat letih dan tak sabar nak berehat di hotel penginapan. Rupanya hotel penginapan tidak berapa jauh. Cuma jalannya saja yang pusing-pusing dan banyak trafic light. Ruang ditingkat receptionist sangat menarik dan esklusif.

Sampai bilik tingkat 18, buka sahaja TV, mesej greeting daripada pihak hotel dipaparkan. Tidak pernah merasa layanan begitu selama ini. Remote control TV yang digunakan pula nampaknya agak spesifik untuk kegunaan TV dalam hotel sahaja. Seperti di Hangzhou, capaian internet dalam bilik pun free. Apakah ini standard hotel penginapan di Shanghai ?

Sana sini, termasuk di hotel penginapan nampaknya promosi Shanghai World Expo dilakukan begitu meluas. Sebenarnya pada asalnya trip kami ialah semasa World Expo ini, tetapi disebabkan kesukaran hendak dapat tempahan hotel dan flight, maka tidak dapat diadakan.

Nanjing Road
Aku Tanya Ms Hana apa nama tempat ini. Beliau kata People’s Square. Entahlah, macam lain saja berbanding yang aku lihat dalam internet. Tapi jalan dimana kami bersama melalui ialah Nanjing Road.

Sungguh sibuk walaupun sudah 8 malam. Kegiatan jual beli di kedai membeli belah juga sedang rancak. Tapi kami sebenarnya sedang mencari restoran Muslim.

Tetiba kami dikejutkan seperti berlakunya pertengkaran antara orang awam dengan pihak penguatkuasa yang meronda menggunakan kenderaan khas. Tanya Ms Hana, dia pun tidak pasti apa yang berlaku. Tapi rasanya pertengkaran antara si ulat dengan pihak penguatkuasa Shanghai.

Syukurlah Dilahirkan Sebagai Muslim
Jumpa satu restoran Muslim, Restoran Shanghai Islamic Hong Changxing. Tapi macam tak nampak ciri kemuslimannya. Tapi apa ciri seorang Muslim di China ? Pakaian pekerja wanitanya langsung ‘out’.

Lantas teringat senikata lagu sebuah lagu irama nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpula Algebra dengan senikata oleh Ustaz Dr Asri ZAinal Abidin, bahawa ‘Islam di China mestilah bangkit’. Apakah maksud Ustaz Dr Asri ? Teringat juga kepada penampilan jemaah Negara China semasa mengerjakan Haji tahun lepas.

Apakah berbeza keadaannya bagi orang Islam di kawasan pendalaman berbanding bandar besar seperti di Shanghai. Sedangkan Islam di China telah bertapak awal, namun sejuah mana Dinasti pemerintah serta dasar komunis menghapuskannya. Tetapi kalau nak bandingkan, orang Islam di tengah bandaraya Kuala Lumpur pun dahsyat dan daring-daring !!!

Namun bersyukur kerana dilahirkan sebagai Muslim. Dengan jutaan orang di bandaraya Shanghai, bayangkanlah kalau dilahirkan di tengah-tengah bandaraya ini. Entah sampai entah tidak Hidayah Allah. Oleh itu bersamalah pertingkat dan pertahankan Islam yang ada pada diri. Perkembang dan perjuangkanlah kepada keluarga, masyarakat, negara dan seantareo dunia.

Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah