Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Magic Of The Night 2014

Bersempena dengan Floria Diraja Putrajaya 2014, berlangsung acara Magic Of The Night 2014. Kali ini merupakan kali yang ke-4. Namun kalau dahulu ia diadakan bersebelahan atau berdekatan dengan tapak Floria Presint 2, namun pada tahun ini ia diadakan jauh berasingan. Floria di tapak barunya di Precint 4, manakala Magic Of The Night di Marina Putrajaya Presint 5.

Kalau dulu kelihatan menarik dengan berlatar belakangkan Masjid Besi atau Jambatan Wawasan, namun kali ini agak kureng sikit. Sudahlah agak jauh sikit. Namun bagus juga sebab mengurengkan kesesakan jalan raya. Acara berlangsung setiap malam dari 14 malam sehingga 22 Jun 2014. Aku sempat hadir pada malam 21hb sahaja, sekadar nak menguji kamera aku sahaja.

Tidak macam Floria Diraja Putrajaya 2014, kemasukan ke sini adalah percuma. Mungkin tahun hadapan kot. Kalau Floria 2014 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, Magic Of The Night 2014 pula dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.

Memang cantik mempersoanakan. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat apabila menyaksikan 15 buah bot berhias pelbagai bentuk yang berlayar satu demi satu memperagakan diri kepada penonton. Memang kreatif mereka menghias bot mereka dengan penuh warna warni.

Bot berhias berkenaan juga mengetengahkan ikon, produk pelancongan dan kebudayaan dengan mengggabungkan kegemerlapan lampu, rona warna serta seni reka bentuk yang popular di negeri masing-masing. Agaknya siapa yang mewakili negeri memasing, Kementerian Pelancongan Cawangan negeri-negeri ?

Pada malam tersebut diumumkan juga pemenang pertandingan antara bot berhias tersebut. Bot Johot telah menang bagi kategori paling kreatif dan paling popular. Popular menerusi undian secara on-line. Tetapi memang nampak meriah, terang benderang dan kreatif bot Johor ni.

Manakala bot Pulau Pinang menang ketegori keseluruhan. Ia memaparkan tarikan utama Pulau Pinang seperti Jambatannya, Bot Naga serta pelbagai lagi. Tempat kedua adalah Terengganu dan k e-3 adalah Sarawak. Menarik juga. Kalau aku yang jadi juri, payah juga nak pilih pemenang.

Perarakan bot diakhiri dengan pertunjukan bunga api. Nampaknya aku masih gagal mendapatkan pemandangan yang menarik untuk shoot bunga api.

Tak kan nak tunggu setahun lagi ?
Share:

Festival Floria Putrajaya 2014

Kalau tahun-tahun lepas di adakan di Presint 2, berdekatan dengan tapak Pasar malam, tetapi tahun ini diadakan di lokasi baru yang terletak di Presint 4. Mengapa dipindah ? Mengelakkan kesesakan dan gangguan kepada kegiatan pasar malam dan pasar tani di situ pada setiap Selasa dan Jumaat ? Atau berkait rapat dengan memudahkan kawalan lantaran bayaran tiket RM3 dikenakan bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak pada tahun ini untuk menyaksikan Floria ?

Aku sebenarnya tidak dapat betul-betul masa yang agak tenang untuk berkunjung ke Floria 2014 kali ini, lantaran kesibukan dengan urusan lain walaupun pada hujung minggu. Jadi aku singgah dalam perjalanan pulang dari pejabat waktu petang. Maka tidaklah banyak masa sangat.

Memasukki pintu utama, keunikan susunan payung berwarna-warni menghiasi jalan masuk begitu mempersonakan. Agak kreatif. Tetapi ada orang kata macam kat luar negera. Entah Negara mana entah ...

Secara umumnya aku dapati kawasan pada tahun ini tidaklah seluas seperti pada tahun-tahun sebelum ini. Semuanya tertumpu kepada satu kawasan di tepi tasik berdekatan Jambatan Seri Saujana.

Kalau dahulu ianya agak terbentang meluas. Siap terpaksa melintasi jalanraya.

Bahan pameran pun nampaknya lebih menuju kepada tema bunga sebagai penghias utama dalam taman. Mungkin ini memudahkan tarikan dan penglibatan syarikat swasta dalam mempromosi serta memperagakan hasil usaha mereka.

Dengan ini barangkali diwujudkan taman bertema yang melibatkan Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia.

Tak dapat nak aku cerita atau gambarkan suasana satu tema demi satu tema yang lain. Cukuplah jika dipaparkan gambar-gambar berikut sahaja. Kata orang sekeping gambar sudah menceritakan seribu perkataan.

Cumanya sebagai peningkatan daripada penganjuran sebelum ini, Floria Putrajaya kini berstatus Diraja. So kena panggil Floria Diraja dan setiap tahun akan dirasmikan oleh baginda DYMM Yang Dipertuan Agung.

So pihak penganjur tidaklah boleh buat lekeh-lekeh Floria ini bagi memastikan ianya setanding dengan Floria diraja antarabangsa.

Pameran Kuching
Ini mungkin antara tarikan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Sudah banyak kali pameran Kuching diadakan di Putrajaya, tetapi aku tidak pernah berkesempatan untuk hadir.

Teringin nak datang pada hari pertama lagi, namun tidak berkesempatan. Dalam dewan khas ini, dipamirkan pelbagai jenis kuching.

Aku datang dah agak petang, banyak kuching yang tidur. Agaknya kepenatan seharian melayan pengunjung yang tidak putus-putus.

Lagipun sudah tidak banyak kuching yang dipamirkan dalam sangkar.

Jualan
Memang standar, gerai jualan berkaitan pertanian dan pokok bunga turut disediakan. Nampak banyak juga gerai yang dibuka. Tetapi biasala, aku dah agak yang harganya tentu lebih mahal berbanding dengan kalau pergi terus ke nursery tepi-tepi jalan. Sebab itu aku tidak begitu kisah sangat untuk mengunjungi gerai jualan tersebut.

Imam Muda Azhar dan Persembahan Nasyid
Malam 19 Jun aku datang sema-mata nak tengok ‘persembahan’ tazkirah Imam Muda Azhar serta nasyid dari Kumpulan Saujana dan Fareast.

Suatu pengisian yang baik bagiku khususnya tazkirah yang diberikan oleh Imam Muda Azhar, mengenai kepentingan mencari ilmu.

Persembahan kumpulan nasyid pula bagiku, walupun hanya beberapa buah lagu disampaikan, juga tidak mengecewakan. Mungkin kerana sistem sound yang tip-top.

Malangnya tidak ramai yang memenuhi ruangan tempat duduk pentas utama bagi menyaksikan ‘persembahan’ tersebut. Tak minat ? Tidak popular ?
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah