Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Kami Cinta Rasulullah ?

Mengikuti Ceramah Khas Maulidur Rasul : Kami Cinta Rasulullah s.a.w tadi malam yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Farkhan al-hafidz. Katanya, disebalik saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul, banyak tentang peribadi Nabi s.a.w yang kita tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu sebenarnya.

Contohnya nama-nama anak, nama isteri, pak sedara serta para sahabat baginda.

Banyak tentang sunnah nabi yang kita tidak tahu, apatah lagi hendak amalkan mahupun konsisten mengamalkannya. Sedangkan kita terus2an mengaku sayangkan dan cintakan Nabi ? Menurut al-Ustaz lagi, mencintai Rasulullah juga bermaksud mengetahui apa keinginan hatinya yang mahu seluruh manusia kembali Allah. Inilah kemuncak dakwah, mahu menyempurnakan keinginan hati Rasulullah s.a.w.
Share:

Perginya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad

Hadir memberikan penghormatan terakhir buat Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 84 tahun di Hospital KJP Kajang, akibat paru2 berair. Jenazah telah solatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat zuhor oleh kira 500 umat Islam dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas.

Anak sulong beliau mengimamkan solat jenazah tersebut.

Terkenal dengan penulisan termasuk cerpen dan novel seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge yang memberikan kritikan terhadap suara dan hak warga desa dan petani dalam novel, sehingga dianugerahi Sasterawan Negara Ke-2 tahun 1982.

Malah beliau merupakan warga pertama Malaysia yang menerima status Professor Emeritus dalam negara.

Walaupun dipalit kontraversial menerusi novel satira politik, Shit @ PukiMak @ PM sehingga hendak ditarik balik Anugerah SNnya, beliau membuat kejutan apabila bertanding atas tiket PAS menewaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Dr Abdul Hamid Othman di kerusi Parlimen Sik pada pilihan raya umum 1999 dengan kelebihan 478 undi membolehkannya menjadi MP selama sepenggal sehingga 2004. Namun beliau tidak bertanding lagi atas faktor kesihatan.

Melihatkan hadirin yang hadir memberikan penghormatan terakhir, tidak ramai kelibat VVIP politik. Seperti ada sesuatu yang tidak kena sedangkan arwah merupakan insan berjasa. Malah arwah dikatakan merupakan ahli PAS seumur hidup walaupun pada tahun 2012, beliau pernah menyarankan agar PAS dan UMNO bersatu demi survival Umat Islam.

Apakah kerana beliau meninggal dunia bukan di kampung halamannya di Sik Kedah ? Berbanding di Bandar Baru Bangi yang 'tidak ramai' mengenalinya ?

Semoga Allah mengampuni dosa2nya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan di kalangan para solihin. Al-Fatehah.
Share:

Pertunjukan Akrobatik & Kesesakan Jalanraya Beijing

Menyaksikan pertunjukan akrobatik yang menarik, dipersembahkan dalam pelbagai variasi oleh mereka yang rata2 berusia kurang dari 20 tahun, kecuali pemandu motosikal didalam sangkar ( tidak ramai pemandu motorsikal di Beijing ).

Dikatakan mereka dari daerah pendalaman telah diambil berlatih khas sejak berusia 3 atau 4 tahun tanpa mengikuti persekolahan seperti orang lain.

Untuk setiap persembahan mereka dibayar sekitar RMB200-300, kecuali pemandu motorsikal elektrik dalam sangkar yang dibayar RMB 800-1000. Dengan sehari dua kali persembahan, ia menjadi punca rezeki mereka.

Namun masalah timbul apabila mereka telah melepasi usia 20 tahun sedangkan mereka tidak memiliki sebarang kelulusan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Kesesakan Jalanraya
Sepanjang berada di Beijing, setiap keluar pagi, balik malam dan pergerakan dari satu tempat lawatan ke satu tempat lain, terpaksa meredah kesesakan jalanraya yang membosankan.
Padahal jalannya lebar-lebar, bertingkat2 dan banyak lane.

Lebih teruk daripada KL rasanya. Terasa macam rugi masa pulak. Berpadananlah dengan Beijing mempunyai penduduk kira2 28juta orang serta 7 juta kenderaan berdaftar.

Bila banyak kereta maka menyumbang kepada pencemaran asap. Maka muncullah pelbagai kenderaan elektrik yang kiut-miut, juga hasil galakan kerajaan. Target mereka kini, go global.
Share:

Zoo Panda, Masjid Fayuan dan Masjid Huashi

Jauh2 datang ke Zoo Beijing nengok Panda sedangkan yang di Zoo Negara tak tengok pun lagi. Padahal Pak Menteri school-mate tu dah cakap, rakyat Malaysia tidak perlu susah2 ke Beijing semata2 nak tengok panda. Jimat duit, boleh guna ke benda lain.

Haiwan yang menjadi lambang World Wildlife Fund itu boleh hidup sehingga 30 tahun dan dikatakan hanya terdapat 1,600 ekor di seluruh dunia ketika ini.

Alhamdulillah, daripada 8 ekor panda di sini, 7 daripadanya aktif dan menghiburkan gelagatnya.

Masjid Fayuan & Huashi
Selain daripada Masjid Nunjie, kami dibawa singgah di Masjid Fayuan ( juga dipanggil Masjid Dewai ) dan Masjid Huashi.

Kedua-dua masjid ini mula dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming yang dianggap sebagai zaman keemasan Islam di Cina setelah mula dibawa masuk oleh Sahabat Rasulullah s.a.w, Sa'ad bin Abi Waqas yang dikirim Kerajaan Khalifah Uthmaniah pada tahun 616M di Canton.

Kejatuhan Dinasti Ming ( 1368 - 1644 ) yang diganti oleh Dinasti Qing ( 1644 - 1911 ) mula memperlihatkan tekanan dan sekatan kerana penglibatan bersama puak Ming untuk mengembalikan semula kekuasaan Ming yang dilihat sebagai pemberontak kepada penguasa Qing. Malah semasa pendudukan tentera Jepun, banyak masjid diruntuhkan.

Masjid Fayuan ( mula dibina 1414 ) menampakkan campuran senibina China Arab-Islam dengan ruang solat utamanya mampu menampung kira2 300 orang jemaah.

Manakala Masjid Huashi pula ( tidak diketahui bila mula dibina ), kini dengan gaya senibina Dinasti Qing, dianggap ke-4 terbesar di Beijing.

Malangnya apabila kami singgah di sana ( silap faham kot ), kami 'orang luar' dilarang solat dalamnya. Malah ada jemaah wanita yang sedang solat ditolak2 dihalau keluar.

Maka solat di luar sahajala. Group leader buat aduan kepada Persatuan Muslim China.

Share:

Tiananmen Square & Forbidden City

Berkunjung ke Tiananmen Square yang mengingatkan kita kepada peristiwa protes rakyat China yang dipelopori oleh mahasiswa pada tahun 1989.

Protes ditujukan terhadap ketidakstabilan ekonomi dan korupsi politik yang kemudian merebak menjadi demonstrasi pro-demokrasi yang memang merupakan suatu yang asing di China.

Lebih dari 3,000 orang meninggal sebagai akibat tindakan dari pasukan bersenjata.

Forbidden City
Kota Larangan atau Forbidden City merupakan istana rasmi bagi 24 orang maharaja China bermula semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing, terletak ditengah-tengah kota Beijing, China.

Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi hampir seribu buah bangunan dan 9ribu bilik ( termasuk 8ribu lebih bilik gundik maharaja ), taman dan tasik. Pembinaan kota ini disertai oleh seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh kasar. Setelah siap, mereka dibunuh supaya tidak boleh meniru dan mengetahui rahsia Istana.

Apabila berlaku penaklukan kuasa asing, barangan berharga Istana seperti artifak dan kerja seni sempat dipindahkan ke Taiwan yang kini dijadikan Muzium Forbidden City Taiwan. Istana ini menjadi contoh senibina rumah China tradisional, pengaruh budaya dan kini dijadikan sebagai Muzium Istana mulai 1920 serta diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987.

Tentang Gundik
Agak mengecewakan yang kami hanya dibawa masuk setakat dua lapisan Forbidden City, daripada 7 lapisan. Tak dapat tengok bilik gundik maharaja China dulu2 yang dikatakan sampai 9,999 orang, berdasarkan bilik gundik di Forbidden City. Namun bilangan sebenarnya hanya sekitar 8,500 orang. Maharaja sendiri pun tak ingat, walaupun itu satu kebanggaan dan untuk 'keseronokan' sahaja.

Sebagai gundik, mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan istana termasuk gaji tetap dan keluarga mereka dianggap mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat. Pemilihan dibuat 3 tahun sekali dari ribuan calon berusia belasan tahun menerusi beberapa saringan. Selain cantik, yang berpunggung besar ada advantage sebab dipercayai mampu melahirkan zuriat lelaki. Lelaki dianggap tinggi darjatnya masa itu. Selain itu gundik juga merupakan hadiah daripada kakitangan istana sebagai cara membodek Maharaja agar dinaikkan pangkat.

Penggiliran dan pemilihan gundik bersama raja berbeza mengikut maharaja. Ada yang lebih dari seorang dalam sesuatu masa dan yang pandai melayan pula akan menjadi favourite raja. Sebaliknya jika 'prestasi' gundik tidak memuaskan, mereka akan dihantar ke biara. Setiap gundik yang hamil diberi pilihan sama ada inginkan anak itu atau digugurkannya.

Bagi memastikan petugas istana lelaki tidak mejalin hubungan sulit dengan gundik Raja, mereka akan 'dikasi'. Dikatakan yang Laksamana Cheng Ho, utusan Maharaja China yang pernah dihantar sebanyak tiga kali ke Melaka juga tidak terlepas daripada dikasi.
Share:

The Great Wall, Main Ski & Salji

Alhamdulilah, diberikan kesempatan oleh Allah menyempurnakan hajat dan keinginan menjejakkan kaki di salah satu 7 Keajaiban Dunia, suatu yang begitu diimpikan sejak bangku sekolah lagi.

Tembok Besar Negeri China dibina merentasi Timur China dan Barat China sejauh kira-kira 6,200km oleh beberapa Dynasti memerintah China, bermula pada abad ke-7 secara terpisah dan kemudian saling dihubungkan.

Setiap pemerintahan dynasti menyumbang kepada pembinaan Tembok tersebut bagi menghalang serang musoh, khususnya orang Mongolia dan Manchu.

Pembinaan terhenti setelah akhirnya orang Manchu berjaya memasukki Beijing semasa Dynasty Ming sekitar tahun 1600an. Kini tembok ini berfungsi sebagai kawalan imigresen.

Walaupun hanya sempat mendaki tangga dan menyusuri beberapa ratus meter tembok berkenaan, terasa kagum dengan struktur susunan batu binaan yang kelihatan agak kemas dan kukuh berbanding kemajuan teknologi pembinaan pada zaman dulu2, ditambah pula kedudukannya yang terletak di atas tanah pergunungan.

Persoalannya juga, berapa ramai rakyat China yang telah dikerah untuk membinanya serta mati tertimbus atau ditimbus di bawah binaan tembok ?

Main Salji
Tak semena-mena, dapat main snow dan ski hari ni. Rezeki, walaupun tambah duit sikit. Pertama kali dalam sejarah hidup !!

Susah rupanya main ski ni, padahal tengok orang lain tu nampak mudahnya. Tergolek-golek macam buah nangka gugur, sakit belakang dan punggung dibuatnya.

Walaupun kesejukan namun berpeloh-peloh juga badan. Probably kalau praktis betul2, tentu menyeronokkan.

Musim sejuk di Beijing tahun ini dikatakan datang lebih awal daripada yang dijangkakan. Kos persediaan datang ke sini jadi meningkat kerana menghadapi cuaca sejuk juga menyeksakan.

Kena ada kasut khas, stokin, sarung tangan, jacket, long journ dan topi yang khas. Tapi beli di Beijing jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia.

Share:

Menjejak Kaki Ke Beijing

Kali kedua menjejaki tanah besar China, tidak termasuk Hong Kong dah Macau. Kali ini ke Beijing dengan harapan dapat menjejaki kaki ke Tembok Besar Negeri China.

Istana Musim Panas menjadi kunjungan pertama. Cuaca sejuk sangat2 sampai beku air Tasik Kunming, tasik buatan yang merentasi pemandangan dipinggir Istana yang terletak di atas Bukit Logevity.

Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.

Pembinaan bermula tahun 1750 sebagai taman diraja untuk anggota keluarga cuti berehat dan berlibur.

Rekabentuk sekitar mengingatkan kepada suasana West Lake di Hangzhou yang pernah dikunjungi tahun 2011.

Masjid Niujie
Singgah di Masjid Niujie, sebuah masjid bersejarah di Beijing yang terletak di 'perkampungan Muslim' terbesar dengan kira2 13,00 umat Islam.

Ia juga kini masjid dan terbesar tertua, asal dibina pada tahun 996 tetapi mengalami pelbagai renovasi.

Masjid ini menjadi titik awal kemasukan Islam di China. Waktu solat yang tertera di luar masjid ialah waktu solat berjemaah bersama imam, yang sedikit lewat daripada waktu masuk sebenar.

Daging Palsu?
Niujie juga bererti Jalan Kambing, dimana di kawasan ini terkenal dengan jualan daging serta masakan kambing halal yang 'asli', dimport dari Mongolia. Satu juadah istimewanya ialah sate buah.

Namun tidak berkesempatan disebabkan queue yang panjang untuk mendapatkannya serta membayarnya kerana terletak dalam sebuah Supermarket Muslim.

Dikatakan asli sebab terdapat kejadian daging sate yang dijual ditempat lain bercampur dengan daging lain termasuk tikus.
Share:

Sambutan Maulidur Rasul 1439H

Walaupun buat pertama kalinya dapat bersalaman dengan DYMM Yang Dipertuan Agung, namun agak berdukacita kerana tidak dapat mendengar ucapan baginda untuk dijadikan buah tangan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tadi malam.

Mungkin ini sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang paling 'sempoi' pernah dihadiri.

Sambutan dengan tema "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Selalunya diadakan perarakan, tetapi dikatakan dibatalkan pada saat-sata akhir, mungkin kerana faktor cuaca.

Namun sebagaimana biasalah, asyik jumpa saja rakan-rakan lama yang sering hadir dalam majlis seperti ini.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah