Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Pengalaman LIMA 13

Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition atau LIMA yang diadakan pada tahun 2013 atau LIMA 13 merupakan edisi ke-12 penganjurannya. Wah sudah lama juga jika mengambilkira diadakan pada setiap dua tahun. Selalunya diadakan pada penghujung tahun cuti sekolah bulan Disember ... tetapi bagi edisi ke-12 telah diadakan pada 26-30 Mac 2013. Aku hanya hadir untuk sesi yang dibuka kepada orang awam iaitu pada 29 dan 30 Mac sahaja.

Aku yang tidak pernah menghadiri sebarang pameran LIMA sebelum ini telah bernekad sejak tahun lepas untuk tidak melepaskan peluang untuk hadir pada kali ini. Maka segala tempahan penginapan serta pengangkutan pergi dan balik aku tempah awal-awal lagi.

Rupanya aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal juga lantaran ketika LIMA 13 berlangsung, juga berlangsung Putrajaya Hot Balloon Fiesta serat kenduri majlis kahwin anjuran bapa sedaraku. Argh … sejak pindahke Putrajaya, aku tidak pernah terlepas peluang mengunjungi Fiesta Belon Panas Putrajaya !!!

Ternyata memang LIMA 13 begitu dinantikan oleh ramai peminatnya. Bas penoh, nak dapat tiket feri terpaksa beratur panjang sejak awal pagi. Jeti Kuala Perlis serta gerai makanan penuh sesak dengan orang ramai sejak suboh lagi, pelbagai bangsa serta peringkat umur termasuk pelancung luar Negara.

Tak tahu bagaimana keadaannya pula di Airport. Selalunya ketika musim ini, harga sewa kereta, hotel penginapan dan homestay meningkat. Harga makan juga dikatakan sama naik.

Apa yang istimewanya LIMA sehingga begitu ramai pengunjungnya ? Malah media massa mendakwa bahawa penganjuran LIMA 13 lebih baik dan terbaik berbanding penganjuran sebelum ini. Baik daripada segi jumlah exhibitor, perjanjian jual beli atau lebih ramai pengunjungnya. Aku pun tak tahu nak komen sebab tidak pernah pergi sebelum ini.

Hari Pertama – Sekitar Porto Malai
Sebaik tiba, aku terus ke kawasan pelabohan Porto Malai untuk ke Pameran Maritime. Nak check-in hotel penginapan tadi pun masih terlalu awal dan mungkin tidak ready lagi. Kelihatan agak ramai orang yang datang, kena jauh parking.

Memasukki kawasan pameran ialah beberapa pesawat milik TUDM dan Agensi Maritime negara.

Aku kurang bernasib baik sebab bukan time pertunjukan penggunaan perslatan tersebut dalam melaksanakan operasi. Cuaca tengahari panas sungguh, terasa membakar muka.

Pameran Maritime
Aku kira Agensi Maritime Malaysia telah berkembang maju jika dilihat dengan dengan pemilikan pelbagai pengangkutan dan kelengkapan penguatkuasaan yang dipamerkan. Ini termasuklah helicopter dan bot peronda.

Aku sempat naik dan meninjau kapal penguatkuasa Maritime berharga RM13 juta buatan Turki. Dikatakan kita ada 6 seumpamanya yang mana 4 buah di buat Turki dan dua lagi di Malaysia untuk proses pembelajaran dan pemindahan teknologi.

Selain untuk meronda ia juga boleh bertempur. Telah banyak melaksanakan pebagai operasi penguatkuasaan di laut termasuk yang 'off-record' , bahaya tu ….

Pameran Kapal Perang
Banyak kapal perang kelihatan jauh di sekitaran perairan Porto Malai. Kenapa letak jauh-jauh, tak dapatlah pengunjung melihat dengan lebih dekat. Takut rosak, sensitif atau penuh rahsia ?

Baik tak payah berada di situ. Aku juga terlepas waktu feri berlayar mendekati kapal-kapal perang tersebut.

Kemudian terus berjalan melalui jeti yang agak panjang sebelum bertemu dengan beberapa kapal perang yang berlabuh termasuk kapal selam milik kerajaan Malaysia.

Kapal Selam Malaysia
Frust sangat-sangat sebab hanya boleh dilihat daripada jauh saja kapal tersebut timbul sebahagian di permukaan air dan berlabuh. Kapal selam itulah yang dulunya pernah timbul kontraversi cerita yang kononnya kapal tersebut tidak berupaya menyelam. Tak tahulah setakat mana kebenarannya.

Menurut pegawai yang bertugas, katanya sudah banyak jam ianya menyelam dan menjalankan operasi di perairan negara.

KD Jebat
Kapal Diraja ( singkatan KD ) Jebat adalah antara KD TLDM milik Malaysia yang berupaya untuk berperang. Memang kelihatan besar, tetapi dikatakan bukanlah yang terbesar yang dimiliki oleh Malaysia.

Walaupun telah berusia 14 tahun ia masih gagah digunakan. KD Jebat mempunyai seramai 150 crew dan baru pulang dari sebulan operasi di perairan Lahad Datu, Sabah khususnya dalam isu pencerobohan yang sedang hangat sekarang.

Aku berpeluang naik dan menyusuri apa yang terdapat dalam kapal ini, termasuk bilik kawalan pemanduan, bilik kawalan electrical dan mekanikal, klinik sehingga termasuk bilik airnya sekali. Senjata tempur banyak diletakkan di bahagian atas dan luar kapal.

Dengan kawasan laluan yang agak sempit serta serabut wayar sana dan sini, bagaimanalah kehidupan crew agaknya. Nasib baik sejuk dan nyaman dalam kapal tersebut.

Selepas itu, aku ke kapal perang milik Bangladesh iaitu BN Delshwari yang dikatakan tiba setelah satu minggu belayar dari Dacca. Ada dua lagi, tapi tak larat aku naik tengok.

Sebelum pulang ke hotel, aku singgah di suatu tempat tinggi yang dikatakan menarik untuk melihat pertunjukan udara yang sedang berlangsung ketika itu.

Orang agak ramai dan susah pula nak dapatkan tempat parking kereta. Daripada kedudukan ini, jelas kelihatan kawasan pameran berdekatan Lapangan Terbang Langkawi.

Hari Kedua – Area Lapangan Terbang Langkawi
Pagi lagi selepas sarapan aku bergegas ke Lapangan Terbang Langkawi bagi mengunjungi pameran LIMA yang diadakan di sana. Dewan Pameran Mahsuri terletak di sebelah lapangan terbang dan sebahagian landasan digunakan untuk pemeran pelbagai pesawat.

Pergi pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Pukol 9.00 pagi dah sampai di tempat parking sedangkan pintu masuk buka mulai 9.30pagi.


Ramai sudah orang menunggu, namun masuk mengikut kumpulan. Mungkin untuk elakkan kesesakan semasa pemeriksaan di pintu masuk bahagian dalam.

Pameran Statik Pesawat
Pamerana ini melibatkan pelbagai jenis kapal terbang, helikopter atau pesawat sama ada digunakan di dalam atau luar Negara. Ini mungkin pulohan pesawat yang terdiri daripada kapal perang, penyelamat dan cargo.

Memang kena berpanas, tetapi antara satu pesawat dengan yang lain disusun berdekatan dan tidaklah terasa penat sangat apabila mengunjungi dari satu pesawat ke pesawat yang lain.

Sambil membaca keterangan yang disediakan, boleh bertanya kepada petugas yang berkenaan. Selain ambil gambar, ada jua yang dibenarkan untuk naik untuk mengalami sendiri suasana sehingga kepada tempat duduk pilot.

Kebanyakkan pesawat adalah daripada negara kita sendiri serta negara seperti Singapura, Australia, Indonesia, Thailand dan Russia.

Melihat pesawat Singapura F-16D bersebelahan dengan Sukhoi dan F/A-18D TUDM Malaysia, nampak daripada segi kecangihan macam pesawat tentera udara Singapura lebih canggih berbanding Malaysia. Entahlah.

Pertunjukan Udara
Mungkin ini yang menariknya. Walapun jauh di udara, berpanas dan terpaksa mendongak ke atas. Beberapa jenis pertunjukan di udara diadakan sama ada secara solo atau berkumpulan.

Bising bingit ruangan udara Langkawi pada hari itu, ditambah dengan ulasan selari penuh semangat oleh DJ bertugas di Lapangan Terbang Langkawi.

Sepanjang pertunjukan semalam 1jam 30 minit, nampaknya tak adelah kapal terbang komersial lain turun naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Walaupun agak sukar, aku cuba merakamkan detik pertunjukan udara oleh beberapa pesawat pada hari tersebut dengan kamera yang aku bawa.

Akhir sekali pasukan juruterbang dari Indonesia menemui orang ramai. Sambil mengedarkan beberapa cenderahati, orang ramai sempat juga berbual dengan mereka.

Kapal U.S Air Force
Entah macamaan selepas pertunjukan udara, kami dibenarkan mengunjungi kapal terbang perang USA yang agak besar dinamakan U.S Air Force. Ia terletak paling jauh sekali dan menuju ke sana melalui kapal perang yang lain.

Memang agak menakjubkan ruang dalaman kapal U.S Air Force dan aku pun turut beratur untuk mengalami sendir pengalaman berada dalam cok-pit pemandu.

Menurut askar yang bertugas, katanya 2 hari mereka terbang dari pengkalan tentera mereka di Hawaii dan USA mempunyai kira-kira 200 unit kapal terbang perang seumpamanya.

Berada dalam cokpit tidaklah lama, sekadar untuk bergambar. Melihatkan keliling butang kawalan serabut juga. Tapi menurut juruterbang, kawalan pemanduan adalah automatik. Entah, tak faham nak sebut.

Dewan Pameran Mahsuri
Ini merupakan bahagian terakhir aku lawati, sejuk dan nyaman terasa setelah berpanas di lapangan terbang tadi. Walaupun orang ramai dan dewan nya besar, namun alat penghawa dinginnya cukup menyegarkan.

Dalam dewan ini dipamerkan pelbagai pameran komersial pesawat udara dan laut daripada syarikat dalam dan luar negara.

Termasuk juga pameran daripada university tempatan yang menawarkan kursus yang berkaitan. Tak sangka juga banyak bidang pengajian berkaitan dalam university tempatan sekarang ini.

Nampaknya industri pembinaan kapal laut telah ada penerajunya di Malaysia, begitu juga bagi penyelenggaraan pesawat atau kapal terbang. Boleh tahan hebat juga kepakaran tempatan.

Rumusan ?
Walau bagaimanapun aku dapati LIMA13 tidaklah best sangat sebagaimana yang aku jangkakan. Mungkin aku tidak berhasrat untuk datang lagi, khususnya pada LIMA 2015. Tetapi kalau datang juga kena pastikan plan betul-betul dan yang penting dapat melihat sendiri aktiviti pertunjukan yang dianjurkan.

Dua hari satu malam sudah mencukup dimana Hari Pertama untuk bahagian Laut dan Hari Kedua untuk di Dewan Mahsuri dan Lapangan Terbang. Shopping hanya masa petang hingga malam dan ambil flight balik lewat malam pada hari kedua atau hari terakhir.

Untuk menerokai LIMA juga kena sanggup berpanas terik sambil berjalan kaki. Ini kerana jarak antara tempat parking dengan pintu masuk yang jauh serta jalan dari satu bahan pameran ke bahan pameran yang lain.

Kalau sakit kaki or ghout, lupakanlah. Tak nampak plak orang berkereta roda. Jika perlu bawalah alat peneduh seperti payong, topi serta pakai losyen sub-burn dan bawak air mineral. Mungkin boleh juga beli air di tapak pameran. Kalau dalam Dewan Pameran Mahsuri tu memang sejuk nyaman la …
Share:

Pembukaan UTC Mini Bandar Baru Sentul

Mungkin kerana PRU13 semakin hampir, keperluan untuk memperbanyakkan pusat seperti Urban Transformation Centre atau UTC semakin 'mendesak'. Setelah Melaka, Pudaya raya ( dikenali sebagai UTC Sentral ) dan Ipooh, kini muncul pula UTC Mini Bandar Baru Sentul. Kenapa 'mini' ? Mungkin bagi membeza atau tidak menidakkan peranan UTC Sentral yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Pada 16 Mac yang lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini pertama bertempat di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul.

Bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi sebagai UTC Mini pada 4 Mac lalu itu, menempatkan beberapa jabatan kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.

Kemudahan lain yang disediakan termasuk perpustakaan awam, klinik kesihatan dan pergigian, pasar basah dan barang kering, gelanggang futsal dan pusat sukan taekwando.

Kompleks itu dipilih sebagai UTC mini kerana keadaan persekitarannya yang mempunyai kapasiti kepadatan penduduk tinggi meliputi kawasan kediaman serta pusat perniagaan selain kemudahan pengangkutan awam. Ia juga sebagai nilai tambah kepada bangunan yersebut yang mungkin sebelum ini kurang dikunjungi selain daripada pasar untuk membeli ikan dan sayur. Sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kompleks itu menjadi UTC mini.

Sebagaimana aku katakan sebelum ini, sejauh mana konsep UTC ini dapat memperkemaskan sistem penyampaian kerajaan supaya rakyat lebih mudah berurusan, menjimatkan masa khususnya pada waktu malam serta hujung minggu. Ini kerana dalam satu segi, MAMPU sendiri menggalakkan penggunaan perhubungan atau urusniaga secara on-line.

Tetapi jika hendak memberikan nilai tambah kepada pusat komuniti tersebut, ada relevannya. Apakah mampu bertahan lama dan apakah benar-benar berbaloi selain daripada memperkukuhkan agenda politik disebalik pengwujudannya kepada parti pemerintah ?

Bagi kementerian serta agensi kerajaan ini merupakan peluang baik dalam mengurangkan kos pembangunan kerajaan untuk membina lebih banyak bangunan pejabat baru. Khabarnya dua lagi UTC mini akan dibangunkan iaitu di Keramat Mall dan Dataran Angkasa Lembah Pantai. Manakala UTC berikutnya adalah di Pahang yang dijangka dibuka awal April nanti.

Petikan dari NST Online
Share:

Maulidur Rasul Dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jilani

Semasa berada di sekolah menengah, aku sering diperdengarkan kisah-kisah mengenai kemulian dan kegungan Sheikh Abdul Qadir Jilani yang dianggap sebaai wali Allah. Namun kisah-kisah itu kemudiannya berlelu peegi sehinggalah aku teringat kembali ketika menyertai Majlis Maulidur Rasul dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jilani di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya pada 16 Mac lalu. Ribuan yang hadir begitu mengujakan perasaanku, di sebalik alunan selawat, qasidah serta ceramah yang diadakan.

Sheikh Abdul Qadir Jilani kembali kerahmatullah pada tahun 561H, malam Sabtu, 11 Rabi’awal ketika berusia 91 tahun. Maknanya hampir tarikh dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Mungkin jarang diadakan sambutan besar haul atau memperingati kematian seseorang. Takde sambutan haul kewafatan Rasulullah s.a.w, sebaliknya hanya sambutan kelahiran Rasulullah s.a.w. Bagi orang kebanyakan, mungkin sekadar mengadakan tahlil arwah bagi ulangtahun kematian ahli keluarga mereka.

Pengaruh Sheikh Abdul Qadir boleh dikatakan sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terang seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini. Hinggakan setelah kematian beliau, anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan tarekat Qadiriyah yang masih terkenal hingga hari ini. Beliau juga meninggalkan banyak hasil karya dan penulisan buku.

Kisah Ibu Bapanya
Seorang pemuda tampan yang sedang duduk di tepi sungai lalu mencapai sebiji buah epal yang sedang hanyut dipermukaan air. Selepas memakannya, lantas teringat yang ianya tentu milik seseorang, sepatutnya meminta izin dahulu dan perlu untuk beliau meminta halal daripadanya.


Setelah lama berjalan mudik ke hulu, kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal di tepi sungai. Beliau berfikiran bahawa kemungkinan buah epal yang di makan tadi adalah dari salah satu pokok yang condong di tepi sungai. Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun untuk minta halal.

Tuan punya kebun berkata bahawa beliau hanya akan mema'afkan jika pemuda tadi memenuhi permintaannya iaitu menjadi khadam selama 2 tahun. ku. Pergh, hanya makan sebijik epal dendanya jadi khadam selama dua tahun ? Sanggup pulak tu !!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun, maka pada hari terakhir pemuda tadi meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun tadi berkata akan halalkan jika berkhidmat selama 2 tahun lagi. Dipersetujui juga oleh pemuda tadi sehinggalah dua tahun lantas mohon izin untuk pulang.

Namun tuan kebun tadi berkata yang beliau akan halalkan jika pemuda tersebut setuju mengahwini anaknya seraya menjelaskan bahawa keadaan dia buta, tuli dan kudung. Aduss ... Pemuda tadi akhirnya bersetuju juga untuk memenuhi syarat terakhir tadi demi menebus kesalahannya kerana memakan sebiji epal. Bagaimana jika anda berada di tempat pemuda itu ?

Hari perkahwinan tiba dan setelah selesai aqad nikah, pengantin lelaki dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan. Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar menunjukkan dia bukan buta. Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam dan dijawabnya dengan lunak, bermakna buka bisu.

Lantas pemuda tadi bertemu dengan tuan kebun yang kini bapa mertuanya untuk mendapatkan penjelasan. Bapa mertuanya menjelaskan bahawa beliau bersyukur kerana dari awal lagi sudah mengetahui kejujuran dan kesalihan anak menantunya, sebab itu memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anaknya.

Kata tuan kebun tersebut, puterinya buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara yang haram. Bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji atau mengumpat orang lain. Kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram. Masya’allah.

Kelahiran
Daripada kedua pemuda yang jujur dan puteri istimewa kepada tuan kebun tadi, lahirlah Sheikh Abdul Qadir Jilani. Macam kisah dalam lirik lagu ‘Mencari Pasangan’ oleh Rabbani. Tak tahulah kalau yang dimaksudkan adalah kisah ini. Mereka adalah Abu Salih Jangi Dost keturunan dari cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hassan dan Ummul Khair Fatimah keturunan dari cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hussain.

Abdul Qadir dilahirkan pada tahun 470H dan telah menunjukkan keistimewaanya sejak kecil lagi. Antaranya pada bulan Ramadhan, beliau dikatakan tidak menyusu badan ibunya disiang hari, sebaliknya hanya menyusu pada waktu malam sahaja. Menujukkan kematangan, bijak dan pintar di waktu kecil lagi,. Tidak suka bermain-main seperti kanak-kanak lain pada usia kanak-kanak.

Kisah Kejujurannya
Menurut suatu kisah lain, Sheikh Abdul Qadir telah memanjat ke atas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah. Apabil diceritakankepada ibunya mengenai perkara ini, lantas ibunya berkata, “Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi ilmu pengetahuan”. Lantas Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para alim ulama di sana, lantaran pada ketika itu Baghdad merupakan pusat ilmu dunia.


Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.

Dalam perjalanan beliau bersama sekumpulan kafilah ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang menyerang. Seorang daripadanya menanyakan kepada beliau, berapa wang yang dimilikinya. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya.

Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu dan akhirnya bertaubat daripada perbuatan merompak.

Keistimewaan Lain
Terdapat banyak keistimewaan lain atau kisah menarik mengenai Sheikh Abdul Qadir Jilani yang boleh digelar sebagai kekasih Allah kerana nasihat-nasihat, zikir dan solawat serta penyerahan mutlaq beliau kepada Allah s.w.t termasuk, sejarah beliau yang telah mengislamkan lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi serta lebih 100,000 orang penyamun, pembunuh, perompak telah bertaubat melalui tangan beliau dan berubah menjadi orang yang alim dan taqwa.


Sehingga umur 51 tahun, tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak berfikir hendak kahwin. Setelah beliau berumur 51 tahun hasil bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah nabi Muhammad s.a.w, beliau pun berkahwin. Beliau mempunyai 49 orang anak, 27 lelaki dan 22 orang perempuan daripada 4 orang isteri. Semua isteri beliau merupakan isteri yang baik dan taat kepada beliau. Malah empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana ilmu pengetahuannya.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.