Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Restoren Kotak Kalam Kuantan

Berkesempatan singgah ke restoren ini awal bulan bebaru ni. Ia terletak di Jalan Sisek, Kuantan berhadapan dengan Hotel Vistana dan Seri Malaysia. Kotak Kalam dalam pertuturan orang Kelantan @ Besut bermaksud Kotak Pensel.

Konsep serta keunikan restoren ini adalah suasana yang cuba ditonjolkan berupa suasana persekolah dulu-dulu. Kekira dekorasinya boleh mengimbas kembali alam persekolahan zaman dulu bagi generasi baby boomer.

Kami yang hadir sekeluarga yang bercadang untuk beli dan potong kek untuk merayakan hari kelahiran salah seoarang ahli keluarga kami jadi kecewa. Sekadar order beberapa slice kek cheese lemon. Sodap menyengat rasanya !!

Walaupun terdapat beberapa sudut yang nampak macam usang, mungkin sekadar nak mengekalkan suasana persekolahan, namun kaedaannya bersih. Servise pun OK.

Makanan yang disediakan lebih kepada makanan western. Yang diorder pun agak cepat sampai.

Cubalah keunikan cita rasa yang berbeza di restoren Kotak Kalam. Walaupun tidak Nampak tanda halal JAKIM diperagakan, namun nampak pekerjanya semua melayu-Islam.

Restoren ini juga pernah disinggahi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Share:

Coretan Sempena Maulidur Rasul 1437H

Keunikan tahun 2015 ialah, dua kali sambutan Maulidur Rasul diadakan, iaitu pada awal tahun dan keduanya pada akhir tahun. Macamana boleh terjadi, sendiri mahu ingatla.

Namun aku terasa seperti ada yang 'termiss' pepagi cuti Mauliur Rasul 24 Disember lalu. Kalau sebelum ini setiap sambutan Maulidur Rasul, pepagi dipastikan bangun sebab nak berarak dari Istana Kehakiman ke Masjid Putra, Putrajaya. Tapi tahun ini ketinggalan bas nampaknya. Tidak sempat mengikuti mana-mana kontingen lantaran pertukaran tempat kerja mulai 1 Disember 2015.

Tak mengapalah, insyaallah tahun depan pulak. Lagipun dah berpasang-pasang baju free aku dapat pada setiap kali mengikuti perarakan Maulidur Rasul. Yang pentingnya semangat dan penghayatan sambutan yang member kesan kepada diri.

Sekitar Putrajaya, aku berkesempatan menghadiri beberapa program sambutan biasa yang dianjurkan olah pelbagai institusi keagamaan seperti surau dan masjid.

Forum Maulidur Rasul MTMZA
Malam 24 Disember 2015, aku mengikuti forum Maulidur Rasul @ Masjid Besi bersama PU Azman, PU Muhsin dan Ustaz Mohd Redza sebagai moderator.

Forum tersebut sebenarnya mencetuskan pelbagai persoalan untuk difikirkan oleh minda kita. Benarkah kita rindukan baginda s.a.w ? Mengapa perlu rindu kepadanya dan bagaimana boleh terbit rasa rindu sedangkan kita tidak pernah menemuinya ?

Konon cinta dan rindukan Rasulullah s.a.w, tapi sejauh mana sunah dan ajaran yang dibawanya kita patuhi ? Renung-renungkanlah.

Khutbah Jumaat Masjid Selat Melaka
Pada 25 Disember 2015, aku singgah Solat Jumaat di Masjid Selat Melaka. Walaupun tidaklah besar mana, tetapi cantik masjidnya yang terletak di tepi laut ini.

Khatib pula berpesan sempena musimm sambutan Maulidur Rasul antaranya, sebagai tanda kita umat Rasulullah s.a.w di Padang Mahsyar nanti, selalulah berselawat ke atasnya dan sentiasalah mengekalkan diri dalam berwuduk.

Walaupun hari Jumaat, aku rasa yang meramaikan Masjid Selat itu ialah orang luar atau pelancong.

Sambutan Ambang 2016
Mungkin bukanlah sambutan Maulidur rasul, namun disebabkan mood Maulidur Rasul masih kuat terasa, Sambutan Ambang 2016 di Perkarangan Masjid Putra Putrajaya diadakan dengan pengisian menarik sesuai dengan mood Maulidur Rasul.

Antara yang hadir membuat persembahan ialah Kumpulan Nasyid Hijjaz dan Nasyid SMKA Putrajaya. Ia diselang-selikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Reduan.

Majlis berlangsung sehinggalah doa dan alunan Asmaul Husna apabila detik 12 malam berlalu. Kukira aramai orang berada di luar perkarangan Masjid, malah sekitar Putrajaya, kerana mereka menganggap sambutan berkonsepkan hiburan disusuli dengan bunga api diadakan sebagaimana tahun dulu-dulu.

Kuliah Perdana Maulidur Rasul
Kuliah Perdana bersama Ustaz Heryanto Rizal ini diadakan di Surau Jumaat Al-Syakirin SMK P13(1) pada 5 Januari 2016. Nampaknya surau penuh sesak dengan peminat al-Ustaz agaknya. Al-Ustaz yang baru kembai dari Umrah melontarkan perlbagai persoalan untuk kita renung adan amat-amatilah.

Apakah bukti bahawa kita sayangkan Rasulullah s.a.w sedang para sahabat menggadaikan nyawa, berkorban hartabenda, masa dan tenaga demi mempertahankan Rasulullah s.a.w. Bagaimana Zaid Harith bersama Rasulullah s.a.w dibaling batu semasa misi dakwah ke Taif.

Apa impak perasaan sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w kepada Islam sedang Saidina Khadijah menyerahkan harta kekayaan untuk Islam, malah mewasiatkan jika perlu gunakanlah tulang belulangnya untuk Islam. Bagaimana pengorbanan Saidina Abu Bakar selain semasa penghijrahan, juga tokoh korperat yang dermawan.

Cukupkah sekadar kita selesa mengamalkan sunah makan minum keluar masuk tandas sambil asyik bersenang-senang dan berseronok-seronok kesana-sini di atas dunia ini ?"
Share:

Menyusuri Sungai Melaka

Masa belajar sejarah Melaka di sekolah dulu-dulu, Sungai Melaka dikatakan merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.

Masa belajar di SM Sains Melaka sekitar 1981-1982 pula, Sungai Melaka kelihatan macam terbiar sahaja. Malahan Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini. Namun kini ianya telah dibangunkan semula bagi mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka,

Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka ditransformasikan sehingga kini, banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.

Transformasi tersebut turut meliputi usaha mengindahkan dan menaiktaraf beberapa jambatan, pemeliharaan perkampun tradisional Melayu iaitu Kampung Morten serta laluan pejalan kaki sepanjang sungai Melaka yang dinamakan River Boardwalk.

Bagi menggalakkan pelancongan atau menyaksikan keindahan Sungai Melaka yang telah ditransformasikan, perkhidmatan bot khas Melaka River Cruise telah diperkenalkan. Ia dikatakan mulai dperkenalkan pada tahun 2008.


Aku berpeluang menaikinya pada petang 25 Disember 2015 yang lalu setelah beberapa kali hasrat tidak kesampaian sebelum ini.

Harga tikernya pelbagai, mengikut kategori orang awam, pelajar, warga emas serta berbeza bagi orang Malaysi dan bukan Malaysia. Perjalanan bukanlah menyusuri sepanjang Sungai Melaka, namun sekadar sebahagian sungai dari muaranya sepanjang 6 kilometer dengan mengambil masa hampir satu jam.

Sepanjang perjalanan, kami diterangkan oleh pre-recorded voice dalam dwi-bahasa, keadaan serta apa yang menarik di kiri dan kanan sungai yang sedang kami susuri. Ia turut diselangselikan dengan music irama tradisional dan lama-lama.

Di atas bot yang pelbagai rupabentuk, dapat dinikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Terdapat juga bangunan-bangunan yang dihiasi dengan pelbagai mural yang tentunya mempunyai maksud yang tersendiri

Menarik juga pemandangan kiri dan kanan sungai walaupun air sungainya masih berbau busuk macam air longkang. Malah dikatakan ada kawasan tertentu, terdapat biawak membiak dan bersantai di bawah mural bangunan. Apakah disebabkan pembuangan sampah di kiri dan kanan sungai.

Dalam pelayaran juga, bot akan melalui 7 buah jambatan yang ditandai namanya pada setiap jambatan tersebut. Antaranya Jambatan Kampung Morten, Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Mungkin ada sejarah tersendiri nama-nama tersebut.

Tertanya juga, dimana pokok Melaka, pokok yang dikatakan darinya Melaka memperoleh namanya oleh Parameswara ketika satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja ?

Tapi melaka ada monorail, macam pernah dengo ? Memang dalam perjalanan kelihatan sebahagian railnya. Tapi kenapa sudah terhenti perkhidmatannya ?
Share:

Teruja di Museum 3D Langkawi

Teruja dengan satu tarikan terbaru di Langkawi, Museum 2D Langkawi di Oriental Village Langkawi. Bangunan 3 tingkat yang menempatkan Museum itu telah mula dibuka pada 7 Februari 2015 terletak bersebelahan dengan terminal CableCar.

Kini dikatakan merupakan museum 3D terbesar di Malaysia malah dikatakan kedua terbesar di dunia dengan kira-kira 200 artwork 3D yang dihasilkan oleh pelukis negara Korea. Mengapa korea ? Mereka sahajakah yang ada teknologi ini ?

Mungkin sebab tiket masuknya RM38 bagi dewasa, tidak berapa ramai yang masuk berbanding orang yang beratur dan lama menunggu giliran nak naik skycab.

Sebenarnya setiap satu gambar, diberikan panduan posisiti dimana gambar hendak diambil. kekandang kita tidak tahu apa maksud gambar tersebut, ambil sahaja. Lepas ambil gambar, baru tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan.

Terfikir juga, apa kaedah lukisan digunakan sehingga menghasilkan seolah-olah gamabar dalam bentuk 3D.

Bagus juga tidak ramai, mudah nak mengambil gambar kenang-kenangan di dalamnya. Cerita banyak pun tak guna, lihat sahajalah antara gambar dan aksi yang sempat dirakamkan.

Nampaknya ramai juga orang kenamaan dan selebriti telah hadir di sini dan mengabadikan kenangan bersama-sama.

So, kalau ke Langkawi, jangan lupa singgah di sini. Berbaloi ...

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.