Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Oh Liverpool ku ...

Tak tahulah entah macam mana jadik minat kat Kelab Bola Liverpool. Teringat masa Form 1 di asrama SMS Kluang Johor dulu, roomate katil sebelah school player, Hishamuddon namanya. Dia selalu beli majalah ‘Shoot’ tapi dia bukannya peminat Liverpool , Entah-entah masa tu Notingham Forest !!! Tapi selalu belek-belek majalah tu, jadi minat. Kenapa Liverpool tidak yang lain entahlah ... I just don’t care sapa pemiliknya, sponsornya malahan kekadang tu pengurusnya sendiri. Yang penting tengok pemainnya beraksi atas padang. Memang banyak asam garam, pahit maung, drama dan kejayaan yang menjadikan Liverpool semakin spesial kepadaku. Teringat nama-nama dari Kevin Keegan, Ian Rush, Kenny Daglish, John Barnes dan Micheal Owen. Rakaman dalam bentuk VCD pencapaian untuk beberapa tahun kebelakang turut menjadi simpanan. Sesekali seronok juga menontonnya .... khusunya game yang Liverpool bangkit selepas ketinggalaan dalam perlawanan 'penting'. That is the beauty of Liverpool ... Sakit hati menonton Malaysia kalah tak sama dengan kepedihan apabila Liverpool kalah.

Tetapi kegagalan DIG untuk membeli kelab Liverpool kepada American ( George Gillett dan Tom Hicks dengan £470million ) dianggap sungguh mengejut dan menyedihkan. Harapan nak gugurkan nama jenama arak kat jersi Liverpool sekarang barangkali musnah sama sekali. Rasanya ada sentimen anti-Islam yang menyebabkan DIG tewas dalam perebutan membeli Liverpool ... sedangkan sebelum ini DIG seakan hampir pasti memiliki kelab tersebut.
Share:

5 Komen:

Anonymous said...

Sdr Hassan, sedikit kesilapan fakta: DIC (Dubai International Capital) yg proposed nak beli LFC. Bukan DIG. DIG (Dubai Investment Group) adalah sister company kpd DIC. Holding Company kpd DIC dan DIG adalah Dubai Holding (DH). DH adalah investment arm kpd Kerajaan Diraja UAE.

Bulan Oktober 2006, DIG telah membeli 40% kepentingan dalam Bank Islam Malaysia Berhad dgn harga RM800 juta++.

Saya juga adalah peminat setia liverpool selama 22 tahun. Saya berkongsi kekecewaan dgn Sdr Hassan coz DIC tak jadi beli LFC. Apakan daya.....

hassan1663 said...

OK, TQ. Ian Rush nak datang Malaysia, tapi tiket paling murah RM200 ....

Anonymous said...

Dipetik dari Blog Isma251174:-
Esok 22hb feb 07 3.30am:- game maut abad ini Barca vs Liverpool. Kebetulan la pulak aku cuti esok coz uruskan beberapa perkara. So, takder hal la nak berjaga. Kena pakai jersey REDS+kain pelikat ditemani kopi tongkat ali+biskut kering-semangat tuhh!!

hassan1663 said...

tak sangka dan sungguh mendebarkan but very entertanining game ... yealah menag bolehlah kata entertaining, kalu kaloh .. monyok aje ... hopefully kat Anfield nanti dapat kawal daripada tidak dibolosi sudah cukup ...

Anonymous said...

https://www.facebook.com/groups/liverbirdfootballclubmalaysia/

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah