Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Bersama Tn Kadhi Kuala Selangor - 26 Mei 2007

Bukan nak menikah lagi, tapi Sabtu 26 Mei jam 3.15 petang, Tn Kadhi Kuala Selangor Ustaz Idris bin Ramli singgah sebentar di Surau Al-Hidayah selepas majlis akad nikah di salah sebuah rumah di Cemara 7. Turut hadir selainku ialah Sdra Rosli Mohd Hussain ( Naib Pengerusi ), Sdra Fakaruddin ( Ketua Teknikal Pembinaan KIDaS ), Tn Hj Omar ( 'Siak' Al-Hidayah ) dan Us Dr Mohd Zaki ( ahli qaryah serta house-mate Tn Kadhi semasa ngaji di Mesir ). Perbincangan berlangsung kira-kira 45 minit dan Tn Kadhi kemudian ke Puncak Alam untuk majlis akad nikah di sana. Antara yang di sentuh & dibincangkan :-

a. Perbincangan strategi mendapatkan tanah tambahan di tapak Dewan MDKS. Pelan tapak yang dipohon diberikan semula untuk pihak JAIS Kuala Selangor ajukan kepada JAIS Shah Alam. Justifikasi keperluan dimaklumkan walaupun terdapat perancangan pembinaan SRA.

b. Tentang ada ura-ura ada tapak tanah sekolah agama bersekali dengan masjid di Saujana Utama. Pihak penduduk ( AJK KIDaS kot ? ) akan dimaklumkan apabila orang JAIS turun melawat tapak nanti. Berita ini mengejutkan semua wakil Surau Al-Hidayah yang hadir .... kita tunggu dan lihat sahajalah.

c. Permohonan mendirikan tambahan bangunan bagi maksud untuk digunakan oleh KIDaS akan dimajukan kepada MDKS tanpa 'sign' JAIS Kuala Selangor sebab Surau Al-Hidayah sendiri yang hendak membangunkannya. Nasihat beliau supaya mengikuti peraturan serta keperluan peruntukan undang-undang.

d. Memaklumkan bahawa AJK Surau Al-Hidayah adalah seperti yang dicadangkan dan dianggap kekal AJK sedia ada. YB Dato' Amiruddin telah 'sign' merestuinya, cuma tinggal menunggu watikah daripada MAIS. Nasihat beliau, jangan risau dan 'pandai-pandailah'. Sekurang-kurangnya perkara ini meredakan teka-teki sebelum ini.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah