Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kak Di Ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu

Hari Sabtu 29 Disember 2007 yang lalu, aku ke Kuala Kubu Bharu untuk mendaftarkan anakku bagi memasuki Program Persijilan Darul Quran-UIA Tahfiz al-Quran Sesi 2007/2009. Anakku telah menghadiri temuduga memasuki program ini seminggu sebelum SPMnya bermula. Aku pun pada mulanya tidak tahu apa-apa berkaitan dengan temuduga tersebut, ’Abah, cikgu suroh pergi temuduga’. ’Oklah’, kataku. Cuba juga carik di laman web Darul Qur’an, tapi entah kenapa, tak ’jumpa’. Cuma pesanku jika penemuduga bertanya kenapa nak masuk program ini, jawablah ’kerana ibu saya sangat berharap agar seorang anaknya menjadi hafiz atau hafizah’. Rupanya betul ditanyakan soalan itu. Antara yang dilakukan semasa temuduga ialah menghafal satu muka ayat Al-Quran dalam masa sejam bagi menguji kemampuan menghafaz Al-Quran.





Semasa taklimat pendaftaran barulah diberitahu betapa specialnya program ini. Darul Quran JAKIM telah menerima 1,764 permohonan dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,122 calon dipanggil untuk menghadiri temuduga yang diadakan di seluruh negara. Kekira 200 orang telah terpilih yang terdiri daripada pelajar aliran sains serta berasaskan keputusan peperiksaan percubaan SPM selain penglibatan dalam ko-kurikulum. Tapi tak tahu berapa yang menerima tawaran pada hari tersebut. Daripada sekolah anakku, 10 orang dipanggil temuduga dan 6 orang berjaya dipilih, tetapi sekurang-kurangnya 2 orang menolak.

Semasa 18 bulan mengikuti program ini nanti, pelajar dikehendaki menghafal 30 juzuk al-qur’an. Aku terkejut ...mampukah anakku ? Terdapat 3 sesi dan setiap sesi perlu menghafal 10 juzuk. Sekiranya tidak lulus dalam setiap sesi, khususnya sesi ke-2, pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian. Selain hafazan, ada beberapa subjek turut dipelajari dan ada ujiannya.

Sepanjang pengajian, pelajar akan diberikan makan, tempat tinggal dan wang saku RM 125 setiap bulan. Kira ada biasiswa sebab ada perjanjian perlu ditandatangan. Bayar masa daftar hanya RM 442 sahaja, termasuk untuk pakaian seragam. Tapi yang bestnya kalau tak ’mampu’ boleh keluar dengan just bagitahu, tiada denda. Datang bersambut janganlah hendak ’berhenti’senyap-senyap, begitulah diberitahu semasa taklimat. Kata ’penaklimat’ juga, selalunya kekira 75 hingga 80% berjaya menamatkan program. Yanglainnya ’cabut’ setelah result SPM keluar.

Setelah tamat di Darul Quran, yang berjaya boleh melangkah terus ke UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, kejururawatan, ekonomi dan pergigian . Maknanya program ini ke arah melahirkan profesional yang hafiz. Doktor yang hafiz 30 juzuk, jurutera yang hafiz atau ahli ekonomi yang hafiz. Tapi anakku minat Law dan Syariah ? Jika ada reezeki, berkemungkinan juga ke luar negara. Argh ...jauhnya. Sudahlah abangnya sekarang di Kanada.

Majlis perasmian penerima pelajar baru dibuat di Dewan. Selain ucapan prasmian, diadakan upacara membaca ikrar serta penyerahan simbolik anak kepada Darul Quran. Selepas majlis, jamuan makan tengahari dan disusuli dengan pendaftaran asrama. Lepas solat zuhor, pulanglah kami. Nak kata sedih sedihlah juga walaupun memang dah biasa terpisah dengan anak yang belajar di SAM Bestari USJ sejak tingkatan Satu hingga Lima. Masuk Darul Qur’an sekurang-kurangnya boleh ngelak daripada menghadiri PLKN yang turut bermula hari ini. Suasana persekitaran darul Quran memang menyejukkan mata memandang dengan kehijauan gunung, tasik serta susunan banagunan yang tidak crowded. Semoga anak-ku berjaya mengharungi cabaran menghafal 30juzuk. Amin ...

Pada hari tersebut jumpa pulak beberapa kenalan yang menghantar anaknya juga. Mereka ialah Ustaz Zainuddin yang sering ceramah di Surau Al-Hidayah, ex-ofismate yang duduk di Merbau Sempak ( walaupun beli rumah di SU2 ), rakan ’seperjuangan’ masa di U dulu, Dr Izani ( dari Kelantan ) serta Rosdi ( jurutera Telekom, duduk di Kg Melayu Subang ) yang hantar anak sedara.
Share:

19 Komen:

Anonymous said...

Tahniah kerana membuat keputusan menghantar anak ke program persijilan tahfiz UIA/JAKIM tu. Anak saya pernah mengikut program yang sama lima tahun yang silam, tetapi beliau keluar selepas result SPM diketahui, dan mampu hanya menghafaz 10 juzu sepanjang 5-6 bulan berada di sana. Saya mendapat makluman, ada pelajar yang mampu hafaz dalam masa 9 bulan. Amazing. Cuma yang sedikit ralatnya pada masa itu ialah "pressure" yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini untuk CONFORM dengan budaya dan tingkah laku piawai pelajar-pelajar senior. Ramai juga yang keluar kerana tidak tahan dengan peer pressure. Dari segi pelajaran, its quite relaxed because the students are free to do their own revision and memorization outside from formal lecture hours, and formal lecture hours are not that much. Cuma pressure dari rakan sebaya itu yang saya rasa banyak membunuh semangat pelajar.

Anonymous said...

Alhamdulillah... Tahniah!
Satu usaha & pencapaian yg amat baik. Sy juga pernah menghantar anak sy ke situ dan alhamdulillah tamat 30 juzu' Al-Quran dan skrg tahun kedua UIAM buat Engineering. Mungkin sy blh beri sedikit komen agar anak sdra Hassan lebih baik dari anak sy insyaAllah.

Tentang pressure dari senior/peers, sy rasa itu suatu perkara biasa, lebih2 lagi kat Darul Quran. Peranan kita ibubapa ialah selalu memantau, bertanya kabar, tiupkan semangat, selalu berikan yg positif dan bimbing anak tu sungguh2... dan yg paling penting doa serta solat hajat yg berterusan dari kedua2 ibubapa... InsyaAllah anak sdra akan berjaya.
Cabaran kedua dan lebih BESAR ialah selepas habis 30juzu' dan berada di luar DQ. Itu yg tersangat mencabar bagi anak2 kita nanti...
Di dalam suasana DQ, insyaAllah anak kita boleh maintain hafazannya. Di UIAM, mmg ada kumpulan dan 'program' para hafiz/hafizan ini untuk terus mengulangkaji hafalan mereka, tapi suasana & kawan2 mungkin akan melalaikan mereka. Inilah cabaran bagi pelajar tersebut dan juga ibubapa...
Sebab, diwaktu itu mereka sibuk dengan pelajaran dan usaha untuk ulangkaji agak susah...berlainan dengan mereka yg aliran agama, mungkin mereka lebih banyak masa dan suasana lebih baik dari aliran sains/engineering/medic etc.
Saya juga ada seorang lagi adik perempuannya yg sedang belajar di Maahad Tahfiz Sains Kelantan, tingkatan 4, msh belum khatam lagi... itu juga suatu cabaran kerana ingin melahirkan golongan profesional yg hafiz...
Apapun, sama2 kita usahakan, berjihad moga jenerasi pelapis kita akan jauh lebih baik dari kita, memilikki Al-Quran dalam diri & jiwa mereka, serta akan memimpin ummah ke arah yg lebih mentaati & mengabdikan diri kepadaNya... bi iznillah
-abg Khalid

Anonymous said...

Jika saya berada di tpt saudara, saya akan rasa bahagia yg teramat sgt kerana mampu mendidik anak yg boleh memberi kebahagiaan di dunia & akhirat. Semoga anak saudara menjadi model kpd ramai remaja melayu yg sudah ramai rebah.

Unknown said...

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Tuan sekeluarga terutama kpd Kak Di. Teruskan usaha, betulkan niat dan banyak berdoa. Insya ALlah.

Anonymous said...

salam
saya kne hantar anakbuah ke darul quran ahad nie..
tapi x komfem jalan nak ke sana...
mcmana nak ke sana klu dari kL ye?
tq...

Anonymous said...

kalau nak ke QG daripada KL .. katakan masuk tol jalan duta ... terus aje dan keluar tol rawang. Lepas bayar tol, jalan sikit jumpa trafik light ambil ke kanan. Kemudian terus sahaja, masuk pekan baru Rawang ikut Signboard untuk ke utara ( spt Sg Choh, Serendah, Rasa, Kuala Kubu Bharu or Ipoh )... Nanti akan jumpa Sign Board masuk ke kanan untuk ke Kiala Kubu Bharu .... terus saja then akan jumpa DQ disebelah kanan setelah 3 or 4 km perjalanan drp sipmang masuk tadi ...

Anonymous said...

jadi,,macam mana ngn anak encik skang bole ke bawak,ana ada adik nak ikut program ni, tapi ana takut de tak ble bawak sebab program ni bukan hafal quran je,ada plajaran len kan,dan ia jugak takde klas mengulang mcam tahfiz swasta.. dan takut jugak dua2 pon tak dapat kejar..

hassan1663 said...

alhamdulillah, dah grad dan sekarang sambung belajar di Matrik UIAM sejak Jun 2009 ...

Anonymous said...

salam saya engineering student.lepas habis belajar saya nk smbg kat sana .agak2 blh tak walaupun dah tua?????

hassan1663 said...

Saya tak pasti sama ada DQ ada program untuk lepasan ijazah atau dewasa. Mungkin boleh hubungi mereka

Anonymous said...

salam,sye nie dalam dlema,sma ada nk perg ke x nk utk tmuduga tu,bab2 mghfl nie sye kurang sket,dah la bacaan x brapa lancar,tu la rse mcam tkut nk pegi tmudga tu...agk2nya,patut x sye cube tmuduga tu???

Anonymous said...

anon 4:
kalau tak silap had umur untuk DQ sehingga 21 tahun sahaja.

anon 5:
cubalah temuduga.solat hajat mohon Allah permudahkan dan beri kesempatan dapat masuk,banyak manfaat dan kebaikan dunia akhirat daripada buat hal-hal dunia lepas SPM.

Anonymous said...

xde tempat penginapan ke yg berdekatan dengan DQ??

hassan1663 said...

Kat Pekan Kuala Kubu Baru rasanya macama takde hotel or rumah penginapan, boleh search Kalumpang Resort.

Unknown said...

Ada tak homestay atau hotel bajet murah area DQ..anak sedara ada exam hari isnin ni kat sana

hassan1663 said...

Try google aje Homestay Kuala Kubu Bharu ... ada rasanya

Unknown said...

alhamdulillah.. anak diterima..lulus temuduga DQ..daftr 30 april ni..kat sana ada byk omstay..boleh watsap mrk..semua prblnjaan ditanggung yayasan selangor.. betul ke...anak dpt twrn biasiswa bila kita jwb terima utk pengesahan..syukur sgt..saya berhasrat utk dia dalami ilmu alquran dan alhadis. .diploma..lps tu sambung ijazah n master d bumi madinah UIM

hassan1663 said...

Dulu memang betul, tapi sekarang saya x pasti. Anak saya sudahpun tamat pengajian perubatan di UIA dan kini bertugas di Hospital Kota Bahru

Unknown said...

Anak saya dari sek men aliran biasa, tapi berminat nak masuk darul quran, bila tengok syarat kena credit dalam bahasa Arab, terus terdiam dia.. Boleh ke darul quran menimbangkan syarat kemasukan pelajar dari aliran sains yg tidak ada bahasa Arab.

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah