Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Kenangan Di WCIT 2008

Alhamdulillah, aku berpeluang menghadiri World Conference on IT ( WCIT2008 ) di Kuala Lumpur Convention Center ( KLCC ) pada 20 dan 21 Mei 2008 atas tiket ‘ihsan’ daripada MDEC. Just pas masuk, tapi tak dapat apa-apa conference material. Itupun sudah cukup bagus sebab pada asalnya memang namaku termasuk dalam senarai permohonan pejabatku untuk menghadiri conference ini. Namun atas sebab tertentu, tak berjaya. Mungkin lewat dapat kelulusan kot. WCIT...
Share:

Penghormatan Kepada Guru : Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang...
Share:

Kertas Kerja Karnival Jom Ke Surau ?

Tetiba ramai bertanyakan serta minta kertas kertas kerja bagaimana Karnival Jom Ke Surau dianjurkan oleh Surau Al-Hidayah. Mungkin mereka nak jadikan sebagai contoh. Ini suatu pengiktirafan. Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor yang hadir merasmikan program ini memang berhasrat hendak datang untuk melihat bagaimana kami menganjurkan Karnival ini. Ini suatu pengiktirafan. Dalam ucapan perasmiannya pun beliau merakamkan...
Share:

Harga Beras Naik Menggiler ....

Kali terakhir sebelum ini aku beli beras ialah kekira 3 minggu yang lalu pada kadar RM 18 untuk 10 kg. Masa itu sudah kedengaran berlakunya kekurangan beras. Aku tidak kisah sebab nampaknya harga masih macam biasa aje. Tapi bila aku nak beli beras tadi, aku terkejut sebab beras yang sama jenamanya di rangkaian pasaraya yang sama ( walaupun lokasinya berbeza ), sudah menjadi RM 28.89. Yang lain sekitar RM 30. Lebih 50% kenaikan. Giler betul … Apa...
Share:

Akhil Hayy & Waheeda - Kantoi !!!

Pada 11 Mei 2008, berlangsung program Karnival Jom Ke Surau Kali Ke-2 anjuran Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Aku sebagai Pengerusi Surau serta Pengarah Program, kira sibuk sangat pada hari berkenaan serta beberapa hari membuat persiapan sebelum itu. Detail program boleh diikuti di laman web http://alhidayah.saujanautama.net/ atau http://www.saujanautama.net/. Untuk kali ke-4, Ustaz Akhil Hayy hadir lagi bagi mengisi slot ceramah kemuncak pada malamnya....
Share:

Selamat Hari Ibu

Suatu petang sedang aku sekeluarga nak ke pusat membeli belah, anak-anakku bertanya kepada isteriku, “Esok hari ibu, nak beli hadiah apa kat Umi ya ?”. Lalu balas isteriku, "Tak payah beli apa-apalah, tolong Umi kat dapor dan kemas rumah sudah cukup”. 11 Mei 2008 disambut sebagai Hari Ibu di Malaysia dan sebahagian besar dunia, iaitu hari Ahad kedua bulan Mei. Pelbagai sejarah boleh dikorek menerusi internet, bagaimana timbul atau asal-asal Hari...
Share:

Kedatangan Chelsea - Sebenarnya Kita Tidak Konsisten

Pasukan bolasepak EPL Chelsea akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia pada 29 Julai 2008. Kehadiran pasukan tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.Apa yang di ketahui, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat...
Share:

'Berbulan Madu' Ke Kuching Sarawak

Pada 25 April 2008 lalu, aku fly dengan Air Asia ke Kuching. Tiket dah tempah dua bulan dahulu apabila ada offer. So dua orang pergi dan balik termasuk itu dan ini jadi RM 320++. Tarikh ini dipilih 'kononnya' sebagai hadiah hari kelahiran isteriku pada 21 April lalu. Hari 25 April tu aku bercuti. Jam 2.30 petang betolak dari rumah ke stesen Komuter Kuang. Kemudian naik Komuter dan sampai di KL Sentral naik Skybus, RM 8 sahaja. Hampir jam 5.00 petang sampai LCCT. Ramai betul orang, maklumlah dengan adanya Air Asia, now every one can fly. Tapi siapa...
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah