Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Selamat Berkhidmat PM Ke-6 ...

Tak tahulah sama ada nak kata suka atau tidak, bagiku biasa saja dan memang telah ditakdirkan Datuk Seri Najib Tun Razak ( Najib ) sebagai Perdana Menteri ( PM ) Malaysia ke-6 mulai 3 April 2009. Tidak juga ku anggap penarikan balik penerbitan dua akhbar terbitan pembangkang serta pembebasan 13 tahanan ISA suatu yang amat dialu-alukan. Malahan ini seperti suatu tamparan kepada Menteri Dalam Negeri.

Namun perlantikannya Najib mengingatkan aku kepada beberapa perkara. Semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran ( Pendidikan ketika itu ), beberapa kali aku ke rumahnya di Taman Duta, sama ada majlis Jamuan Raya or Berbuka Puasa. Kadang tu pergi satu famili lagi. Aku pula menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada beliau pada tahun 1999 rasanya. Gambarnya entah dimana, dah packed dalam kotak ( sebab sedang siap sedia nak pindah ni ).

Dalam satu persidangan UMNO ( tidak ingat bila, tapi ketika itu PPSMI belum dilaksanakan ), dalam ucapan penggulongan, beliau pernah melahirkan impiannya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Arab, untuk sekali gus mengurangkan dan menyelesaikan masalah pelajar yang buta jawi dan al-Qur’an. Sedap bunyinya ketika itu. Tapi ternyata memang begitulah. Apakah yang dimaksudkan ialah J-Qaf ?

Masa aku di universiti dulu ada suatu kenyataan beliau yang mengesa para pelajar memberikan fokus kepada tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak melibatkan diri dalam program ’syura’. Tak pastilah sama ada wartawan atau surat khabar silap cetak. Aku rasa yang dimaksudkan ialah ’usrah’ or qiamullail ? Sehingga pelajar asyik mengantuk dalam kelas dan gagal siapkan assignment yang diberikan.

Satu lagi hal, Ops Lalang tahun 1987. Masa itu berlaku umpama perbalahan kaum berkaitan hak orang-orang Melayu akibat kata-kata Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh yang mengatakan ’Melayu juga pendatang’, seperti bangsa lain serta mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. Akibatnya gelaran Dato’ yang diberikan oleh Sultan Selangor kepada Lee Kim Sai di tarik balik.

Dalam satu perhimpunan membantah oleh UMNO di Stadium TPCA, Najib selaku Ketua Pemuda UMNO ketika itu dengan emosinya memberikan ucapan berapi-api kepada ribuan yang hadir sambil menghunus keris dan berkata 'akan mengambil darah Cina dan India'. Anehnya ekoran daripada ketegangan itu, ramai pemimpin pembangkang, termasuk yang tak ada kena mengena di tahan di bawah ISA. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas khabarnya ke Australia. Dimana beliau sekarang, arwah ?

Yang terkini ialah berita yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan Al-Tanthuya. Kiranya benar apa yang ditulis oleh wartawa Perancis tu, berat nampaknya. Bukan kerankalau penuia barat tulis tu nak diterima 100%, Tetapi sehingga hari ini, aku rasa belum ada sanggahan daripada Najib berhubung dengan tulisan wartawan itu, kecuali kata-kata mereka yang cuba membela dengan mengaitkan bahawa penulis itu diupah oleh musuh politik Najib. Masalahnya bagaimana pandangan negara luar mengenai Malaysia dan kepimpinan beliau ?

Anyway, selamat bertugas kepada PM Malaysia Ke-6, bukan sekadar melengkapkan teori Rahman ( Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib )
Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2