
Kendatipun 30 Mei 2009 adalah hari atau kuliah terakhir dalam program Kursus Haji Bersiri Anjuran Masjid Al-Amin Kg Merbau Sempah yang aku ikuti, tetapi kelas pada 23 Mei 2009 ku kira merupakan yang terakhir yang sempat bagiku untuk menghadirinya. Kursus tersebut bermula pada 14 Februari 2009 dan kelas dijalankan setiap hari Sabtu antara 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Daripada 14 kali kelas, kiranya aku cuma gagal hadir dalam 2 kelas sahaja. Ini melayakkan...