Ke Pekan Seramik Ayer Hitam Johor

>> Monday, May 04, 2009

Jika balik kampong, selalunya tidak miss untuk berkunjung ke Pekan Ayer Hitam. Paling tidak lalu saja .. ha ! ha ! Bagi yang suka untuk mengemaskini hiasan dalaman rumah, pastinya pekan ini akan menjadi seperti syurga membeli belah. Tapi awas kantungnya !!! Apabila tiba musim cuti, pekan ini akan jadi sesak seolah-olah berlakunya perayaan tertentu. Sedang kebanyakan kedai hanyalah menjual beraneka jenis pasu, bunga pelastik, kerepek, buah estotika, bantal, cenderahati, patung permainan dan aksesori perhiasan rumah.

Tetapi kini trend telah menular kepada beraneka pilihan hiasan hantaran, bekas hantaran, bunga telur dan cenderahati untuk para pengantin. Mungkin koleksi yang terdapat di sana sememangnya sering di’update’ mengikut trend semasa. Sentiasa ada pelbagai idea rekaan gubahan terkini yang dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan orang Melayu. Daripada segi harga kira orait juga, kecuali kerepek yang aku rasa lebih murah beli dekat kilang kilang yang berdekatan dengan kampungku.

Berbanding dengan yang dahulu yang banyak barangan hasil tempatan seperti pasu ceramik, kini banyak juga barangan yang diimport daripada luar negara. Baru ni aku rembat dua batang tikar bersaiz 7 X 10 = RM45 sebatang, buatan negara China. Malahan barangan yang diimport dikatakan lebih murah pulak berbanding dengan keluaran tempatan. Macamana nie, sudah terbalik kot.

Kepada yang belom pernah berkunjung ke Pekan Ayer hitam, jika datang melalui Lebuhraya Utara-Selatan (exit kelihatan barisan kedai-kedai baru di sebelah kiri, ia dinamakan Bandar Baru Ayer Hitam. Jika teruskan lagi perjalanan, sampai ke sebuah simpang empat yang mempunyai lampu isyarat, masuk ke simpang kiri dan disitulah pekan lama Ayer Hitam. Pekan ini terletak kira-kira 10km dari kampungku.

Walaupun kedai-kedai di pekan lama boleh dikatakan agak usang berbanding di ’Pekan Baru’, tetapi di kedai-kedai seperti kita boleh tawar-menawar harga mengikut kemahuan kita. Memandangkan sewa kedai mereka agaknya lebih murah daripada kedai baru, kebiasannya mereka boleh menurunkan harga jauh lebih rendah daripada pesaing-pesaing mereka di kedai baru. Sebab itu kedai di ’pekan lama’ atau yang asal masih menjadi pilihan.

Kata orang, ini barangkali tips, jika suka untuk membuat survey sebelum membeli apa barangan, dicadangkan survey dulu harga di kedai-kedai baru, kemudian bandingkan pula dengan harga di kedai-kedai lama. Biasanya kita boleh berjimat jika pandai menawar harga. Itupun kalau suka , rajin dan ada masa. Sesetengah kedai pula, tapi bukan kedai yang usang, menawarkan kaedah pembayaran dengan kad kredit.

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posting Terakhir

Posting Popular

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP