Pada petang Jumaat 7 Ogos 2009, aku berkesempatan jalan-jalan tepi pantai yang dikira tersohor di bumi Kelantan Darul Naim, iaitu Pantai Cahaya Bulan atau PCB. Suatu ketika dulu dipanggil sebagai Pantai Cinta Berahi. Semasa PAS memerintah Kelantan, ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan untuk memberikan imej lebih baik katanya, PCB jugak.
Pantai Cahaya Bulan terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Dinamakan Pantai Cinta Berahi dahulu dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia Ke II, yang menderita kerana cintanya tidak berbalas.
Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Tapi aku dapati pantainya tidaklah secantik mana. Tidak seperti yang aku bayangkan sebelumnya, walaupun banyak resort berhampiran. Pemandangan pantai ini sepatunya menarik kerana terdapat deretan Pokok Ru dan Pokok Kelapa di sepanjang pantai, tapi entahlah ...
Terdapat beberapa kelompok keluarga berkelah ketika itu. Tapi tak ramai yang mandi-manda. Kalau mandi pun macam budak-budak dengan memakai pelampong lengan. Ada juga orang menunggang kuda serta memancing. Selainnya hanya main pasir dan bersiar-siar ambik gambar. Di beberapa kawasan terdapat batu-batu besar seolah-olah hadangan bagi mengelakkan pantai daripada terus terhakisi.
Di suatu tempat, berdekatan dengan menara tinjau, ada sederet gerai-gerai menjual pelbagai makanan laut. Tetapi petangtu aku berkesempatan tengok orang jual ubat yang di selang selikan dengan pertunjukan ular. Ramai juga orang dan menjadi tumpuan pulak pada petang itu. Persembahan ular mungkin sebagai daya tarikan, tapi ubat-ubatan yang dijual tu sejauhmana keberkesanannya. Tapi ramai juga orang membelinya. Mungkin sekadar memberikan penghargaan atas persembahan ular yang menjadi sedikit hiburan petang tersebut.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
3 hours ago
2 Komen:
PCB adalah pantai cinta berahi @ pantai cahaya bulan. Pantai cinta berahi sebenarnya dari perkataan pantai cinta berehi (suka) .berehi bermaksud ramai pasangan yang bercinta akan datang ke pcb ni untuk memadu kasih asmara. tu lah dinamakan pcb yang sebenarnya.
manakala tempat pendaratan jepun dahulu ialah di pantai pulau pak amat berhampiran dengan pantai sabak bukan di pcb.
wassalam
Assalamualaikum sdr HAMAS.
Sdr sekarang jawatan apa dan gred M berapa? sekadar ingin mengetahui sekranya ini bukan terlalu peribadi oleh sdr. ini kerana anak saya sering melawat blog sdr sejak "mula bertemu " blog sdr 2 minggu yang lepas. anak saya ni sekarang berada di um tahun akhir.
zi, bandar baru bangi
Post a Comment