Ekoran daripada kejayaan serta sambutan mengalakkan apabila mengadakannya buat pertama kali pada tahun 2009, pesta tersebut diadakan lagi buat kali ke-2 pada 18 hingga 21 Mac 2010 di Precint 2 Putrajaya, berhampiran dengan Monumen Alaf Baru Kebangsaan. Aku berkesempatan hadir beberapa kali sepanjang pesta berlangsung bagi merasai sendiri pengalaman yang mungkin jarang diperolehi di tempat lain di Malaysia.
Orang memang boleh dianggap ramai setiap kali aku ke sana. Kena parking agak jauh atau pergi awal. Lagi pun ketika ini cuti sekolah. Selain acara berkaitan belon, pelbagai acara lain diadakan serentak seperti menaikki helikopter, glider, memanah, permainan kanak-kanak, mewarna serta pelbagai gerai jualan yang turut dibuka.
Bagaimana Boleh Terbang ?
Pengangkutan dengan belon panas dianggap sebagai antara kaedah pengangkutan yang tertua berjaya dilakukan bagi manusia. Melihatkan belon-belon yang besar-besar tersebut boleh terapung, apa yang membolehkan belon tersebut terbang tinggi dan bergerak ke suatu tempat lain.`
Satu prinsip asas sintifik fizik digunakan iaitu udara panas lebih ringgan dari udara sejuk. Apabila udara dalam belon dipanaskan, maka udara dalam belon tersebut menjadi panas dan ringan. Apabila ini berlaku maka sedikit demi sedikit belon akan terapung. Makin banyak udara yang dipanaskan dalam belon tersebut, maka makin ringan belon tersebut dan semakin tinggi kemampuannya untuk terapung. Prinsip yang agak berlainan digunakan bagi belon 'bergas ringan', dimana gas ringan seperti Helium digunakan untuk menjadikan belon bertambah ringan sehingga boleh terapung.
Belon tersebut terdiri daripada 3 komponen utama, iaitu sampul atau belon itu sendiri, gondola dan alat pembakaran.
Belon
Umpama belon biasa yang kita tiub untuk membesar, bentuknya seakan-akan sama. Belon udara panas mempunyai ruang terbuka pada bahagian bawah kerana udara di sekeliling gondola mempunyai tekanan yang sama dengan udara di sekitarnya. Selalunya belon ini diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan yang hampir dengan penunu pembakar pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
Sebagaimana disebutkan tadi, semakin banyak udara yang dipanaskan dalam belon tersebut, makin ringan belon tersebut. Untuk mengangkat berat 1000 pound memerlukan 65,000 kaki kubik udara panas. Oleh sebab itulah, belon udara panas memerlukan saiz belon yang besar-besar. Bentuk dan corak belon inilah yang menarik perhatian ramai.
Gondola
Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola yang digunakan untuk membawa penumpang. Tidak ramai boleh dimuatkan dalam bakul tersebut, yang sudah tentu materialnya yang ringan bagi memudahkan belon tersebut naik ke atas.
Alat Pembakar
Pembakar yang diletakkan di atas gendola menggunakan gas Propana untuk mewujudkan udara panas ke dalam belon dan seterusnya mengerakkan belon naik ke atas dari permukaan bumi. Pemandu belon akan melakukakan pembakaran demi pembakaran bagi memastikan belon terapung dan bergerak mengikut keperluan.
Sifat udara panas tersebut tidak memungkinkan ianya keluar daripada mulut belon di bawah. Untuk mengawal atau mengurangkan udara panas dalam belon, satu injap dibuka di atas belon bagi membolehkan udara terlepas keluar
Hari Pertama ( 10pagi 18 Mac 2009 )
Pada pagi hari pertama kedatangan bersama dua anakku, hampa sebab tidak kelihatan belon yang dikatakan banyak. Tinggal belon untuk dinaikki, tetapi tiket untuk menaikki belon juga telah habis di jual. So kami cuma lihat belon-belon tersebut. Tiket hanya RM10, tetapi beratur panjang.
Selain daripada itu sempat meround sekitar gerai jualan yang disediakan. Selain pakaian, ada juga jualan peralatan permainan yang boleh terbang seperti kapal terbang, helikopter, layang-layang dengan mengaplikasikan pelbagai prinsip penerbangan. Nampak ada offer kasut jenama Crocs, kami sambar dua unit.
Hari Kedua ( pagi 19 Mac 2010 )
Tidak puas hati tidak dapat lihat belon pada hari pertama, aku datang seorang diri pada awal 7.00 pagi hari kedua. Memang mereka sedang bersiap untuk menaikkan belon masing-masing. Pelbagai jenis dan rupabentuk belon kelihatan disediakan. Kebanyakkannya memaparkan sama ada nama atau logo syarikat yang mungkin sebagai penaja atau pengendali belon berkenaan.
Lori-lori serta MPV terbuka sebelah belakang digunakan membawa pelbagai kelengkapan. Payah juga nampaknya. Tambahan pula, nampak ramai juga yang terlibat dalam menaikkan sebuah belon panas. Sudah tentu kosnya juga tinggi. Apakah mereka bertugas secara sukarela ?
Dapat dilihat dari mula belon dihamparkan di atas tanah, diikat kepada gendolanya, dimasukkan angin bagi mengembangkannya, dimasukkan udara panas dan seterusnya kembang naik keudara. Tapi belon tersebut tidak naik jauh sebab diikat dibumi sama ada kepada pokok atau kenderaan.
Hari Ketiga ( 9.00malam 21 Mac 2010 )Dari Masjid Besi
Pada hari ke-3 aku pergi sebelah malam sahaja iaitu tunggu di Masjid Besi sebaik selesai solat Isyak di sana. Dapat kami lihat beberapa belon yang diterangi cahaya, walaupun agak terlindung. Pemandangan malam tersebut memang menarik, dengan lampu-lampu yang menerangi sana sini, khususnya Jambatan Seri Wawasan.
Kemudian kekira dalam masa 15 minit, pertunjukkan bunga apa di adakan di tengah-tengah air tasek yang berhampiran. Ramai juga orang di Masjid Besi mengambil gambar dari situ dengan tripod masing-masing. Sungguh menarik suasana pada ketika itu. Namun aku rasa aku gagal nak dapat shoot yang paling baik bagi kameraku akibat setting yang kurang tepat.
Hari Keempat ( 8.00pagi 22 Mac 2010 )
Hari terakhir aku datang lagi dengan hasrat dapat tengok belon dilepaskan terbang. Aku memang bertuah pada pagi hari itu. Belon-belon dilepaskan terbang atau terapung ke udara. Sebab hari minggu, orang memang ramai datang menyaksikan belon-belon tersebut.
Dengan berlatar belakangkan bangunan sekitar tapak pesta, pemandangan agak menarik. Agaknya kalau ambil dari jauh, khususnya di tempat tinggi, suasana dan pemandangan yang menarik boleh dirakamkan.
Aku dapati tidaklah mereka pergi jauh sangat. Agaknya sekitar 1 atau 2 kilometer dari tapak pesta, then mulalah mereka terbang rendah dan seterusnya mendarat. Maka berkejarlah lori atau MPV yang mengangkut belon tu tadi bergegas mendapatkannya.
3 Komen:
salam tn hj.....saja nak tanya nih....kamera jenis apa yg tn hj. pakai dan yg berapa M.P....sebab semua gambar-gambar semasa pertunjukan belon udara panas yg tn hj. ambil cantik dan terang....ingat nak beli kamera yg sama mcm tn hj. punya...
Ala ... sebenarnya ada 2 kamera, Gambar malam tu menggunakan Nikon D3000. Selain daripada itu gunakan kamera Lumix Panasonic DMC-LZ8 yang dibeli dengan rega RM399 je, kapasiti rasanya 8.1 Megapixel
Post a Comment