Nama Maher Zain mungkin sudah tidak asing lagi di negara kita. Kemunculan beliau dengan album pertamanya, ‘Thank You Allah’ telah meledakkan satu fenomena baru di dalam industri muzik dunia termasuk di Malaysia. Lagunya-lagu ketuhanannya begitu diminati ramai, khususnya anak muda. Buat pertama kalinya beliau telah datang ke Malaysia membuat persembahan pada Oktober 2010 atas dasar promosi album dan amal kebajikan bersama Raudah Sakinah. Ini diikuti dengan kunjungan kali kedua beliau pada Disember 2010.
Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, Maher Zain kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan persembahan bertaraf konsert live, Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind, yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011. Jika pada kunjungan pertama aku tidak sempat beli tiketnya yang begitu laris, pada kunjungan kali kedua pula tiketnya agak mahal. Kali ini, iklan aje boleh beli secara on-line, aku terus book ticket. Kerana book awal, tiket aku pun ‘diupgrade’ setahap. Kira orait juga.
Maka tercapailah hasrat untuk menyaksikan konsert beliau di Stadium Melawati Shah Alam pada malam kedua, 26 Februari 2011. Jika sebelum ini hanya berpeluang mendengar lagu beliau menerusi CD dan TV serta melihat beliau di internet, surat khabar, majallah dan youtube, kali ini aku berpeluang melihat secara live !!!
Walaupun konsert bermula jam 8.30 malam, namun kami pergi awal sikit sebab nak mengunjungi gerai-gerai yang mengadakan jualan sempena Karnival Maher Zain serta hendak elakkan kesesakan, sama ada atas jalan raya atau surau yang disediakan untuk solat Maghrib. Ternyata jam 6.30 petang orang sudah ramai mengunjungi gerai-gerai sambil ada persembahan pentas oleh kumpulan nasyid tempatan Unic ( atau Unique ).
Sudahlah sesak dengan orang ramai, surau kecil yang terletak di tepi padang letak kereta sebelum tangga ke stadium bergelap apabila bekalan elektrik terputus. Tetapi di sebelah atas berdekatan stadium juga disediakan khemah tempat solat.
Lepas solat bersesak pulak nak masuk. Orang memang ramai. Paper hari katanya jumlah penonton hadir pada malam pertama ialah 7,000 orang. Kalau malam kedua pun 7,000 orang, bermakna jumlah penontoh 14,000 dan jika di dharab dengan RM100 seorang bermakna jumlah kutipan sebanyak RM 1,4 juta !!! Berbaloi ke ? Boleh untung ke ?
Sebaik hampri bermula konsert, orang memang ramai memenuhi setiap tempat duduk dalam stadium. Tapi aku rasa tidaklah 100% berisi. Agaknya 97% berisi sebab kelihatan juga tempat duduk yang kosong, terutama tempat duduk rega mahal-mahal. Tapi katanya jualan tiket telah habis !!! Biasalah, dibeli tapi tak dapat hadir.
Konsert dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan In-Team yang menampilkan semua 3 orang ahlinya serta dua bekas ahli iaitu Syah dan Suhaimi. Anak-muda Inteam inilah yang banyak bertanggungjawab membawa Maher Zain ke Malaysia lantaran syarikat merekalah yang bertindak sebagai pengedar tunggal album Maher Zain di Malaysia. Sebanyak 150,000 keping CDnya telah terjual di Malaysia sahaja. Sambutan peminat terhadap muzik yang dibawa penyanyi ini begitu mengagumkan bukan saja di kalangan masyarakat Islam, malah merangkumi pasaran Eropah termasuk tempat tinggalnya di Sweden.
Kemudian tampil Irfan Makki membuat persembahan Irfan Makki merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu yang berasal atau lahir di Pakistan tetapi kini menetap di Kanada. Beliau mula bernasyid di seluruh UK pada tahun 2003 dengan album solo pertamanya, ‘Salam’. Tak nampak jelas wajahnya kerana terlindung dengan topi yang dipakainya.
Satu lagunya agak menarik perhatian penonton yang berjudul Mabruk yang kemudiannya diulang semula atas permintaan ramai kepada penganjur kerana diselitkan dengan senikata dalam Bahasa Melayu. Seterusnya, penonton dikejutkan dengan gimik pengacara yang mengatakan Maher Zain tidak sihat dan tidak dapat membuat persembahan. Jelas nada kecewa mulai kedengaran. Nasib baik gimik, kalau tidak mau kena baling kerusi. Kemudian muncullah Maher Zain pada jam 9.30 malam dan suasana stadium agak gamat ketika itu.
Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Selain menyanyi, beliau juga mampu menulis lagu. Sebelum terjun ke lagu nasyid dan lagu ketuhanan, beliau juga dikatakan ada sejarah hitamnya dalam bidang nyanyian.
Bermula dengan lagu Allahu Akbar, satu lagu demi satu lagu dipersembahkan. Mungkin expectation aku agak tinggi terhadap persembahan beliau. Namun ada sedikit kehampaan. Walaupun dikatakan dibarisi oleh pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir, Maher Zain seolah-olah tenggelam dengan muzik yang mengiringinya. Seperti tidak biasa dengan muzik live berbanding minus one.
Memang aku dah jangka, mutu suara dan muziknya jauh daripada apa yang didengari daripada Cdnya. Namun apa yang berlaku lebih daripada itu. Entahlah, mungkin memang benar suara beliau ‘hilang’ sedikit. Ada beberapa lagu yang beliau seperti terlupa lirik dan meminta pemuzik mengulangi semula.
Ada juga lagu yang walaupun sudah diulang semula muziknya, namun beliau gagal ‘masuk’. Peaching lari !!! Mulalah sedikit kesempatan masa antara lagu yang dipersembahkan, beliau meneguk sedikit air. Agaknya sudah habis ‘dilepaskan suara’ ketika persembahan malam pertama kot ?
Beliau turut berduet dengan beberapa penyanyi lain seperti Mesut Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki, kanak-kanak entah dari mana serta pemain gitar Padli dari kumpulan Padi. Komposer tempatan, Eddie Marzuki diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik dibantu 12 pemuzik termasuk Amr Galal bermain dram dan Laith Faisal menggunakan alat muzik seperti seruling atau nay.
Selain menyampaikan beberapa lagu dari album Thank You Allah, beliau turut menyampaikan dua buah lagu baru iaitu Freedom (membawa makna perjuangan) dan No.1 For Me (ditujukan pada ibu) yang ku kira boleh tahan juga. Malah lagu Freedom diulang dua kali atas permintaan penonton.
Suasana malam tu agak menarik apabila penonton dengan cahaya handphone memasing mengangkat dan menggerak melambaikannya. Beliau juga menyampaikan lagu Insya Allah sebanyak dua kali, pertama berduet dengan Fadli dan kedua dalam versi bahasa melayu. Agak menarik juga.
Hampir jam 11.30 malam konsert berakhir. Nak kata terhibur atau puas tu tak adelah sangat. Walaupun pujian, ulasan dan gambaran yang diberikan ke atas Maher Zain agak tinggi sebelum ini, namun ternyata beliau tidaklah se-gah mana apabila beraksi di atas pentas.
Nak kata tak best, terasa rugi pulak duit yang dibelanjakan untuk tiket. Tiada yang melekat atau berkesan di hati dengan persembahan konsert Maher Zain malam tu. Ini berbeza dengan dua konsert percuma yang pernah aku ikuti di tempat yang sama sebelum ini iaitu Mahabbah Gazza ( Ikim ) serta LifeLine For Gaza walaupun hanya menampilkan persembahan kumpulan nasyid tempatan serta Indonesia. Ini belum ambil kisah hal kegelapan surau tadi, serta tandas yang kotor dan busuk akibat takde air pada malam tersebut.
Yang pastinya jika Maher Zain datang lagi, tak teringin sangat nak pergi menontonnya walaupun diberikan tiket free ... ha ! ha ! Cukuplah sekadar mendengar lagunya meneruci CD original or MP3nya sahaja.
Klik Untuk Lagi Gambar
Polis temui 12 mayat ditanam berhampiran kuil di Bangkok
4 minutes ago
2 Komen:
Bodoh betul kau nie lah....hayatilah message yg disampaikan. Bukan memuja penyanyi...Maher Zain bukan mcm Micheal Jackson, dia penyanyi nasyid dan yg penting ialah message yg disampaikan.....
This topic is bothering me. If anybody is capable of answering that question, then I would be very grateful :) Then what do you think ? When was the first eye examination done? Thank you for insightful information :)
__________________
[url=http://chinaclass.extrarisk.com/viewtopic.php?f=2&t=276699]backlink pyramid[/url]
Post a Comment