07 Jun 2011 – Umrah Ke-3 Dan Panas Giler
Bangun awal untuk Umrah kali ke-3. Tetapi hanya tinggal bertiga sahaja. Yang lain keuzuran. Aku ambik keputusan untuk tidak bawa kamera kali ini. Kalau ada apa-apa pun harapkan handphone ku saja. Makumlah, semalam pun sudah kena rampas. Nasib baik dapat semula. Sampai sahaja di bawah hotel, lalu sebuah kereta agak burok menawarkan perkhidmatan taxi untuk ke Tanaim. Tanya berapa rial, dijawabnya dalam bahasa Arab. Yang aku fahami pergi dan balik SR10 sahaja. Yealah kereta buruk macam tu, takkan nak caj mahal. Entah macamana aku setuju dan kami pun naik.
Alamak, bukan main panas dalam kereta. Tingkap tak boleh tutup. Aircond tak ada, kerusi pulak burok sangat. Sungguh tidak selesa. Dalam kereta kami senyap, agaknya senyap kerana menahan kesiksaan naik taxi ini. Sampai sahaja di Tanaim, pemandu tu berkata seolah-olah kami kena bayar SR10 untuk pergi dan SR10 balik setiap seorang. Sudah jadi SR60 semuanya. Ini tidak boleh jadi, kata hatiku. Lalu aku bayar aje SR30 untuk tiga orang dengan harapan kami tidak akan naik semula kereta ini. Tidak padan dengan keadaan kereta !!! Berdasarkan pengalaman, aku tahu ada banyak kenaikan lain boleh didapati di Masjid Aisyah ni untuk kembali ke Masjidil haram.
Lepas solat sunat ihram, aku sapa seorang pemandu yang sedang mencari pelanggan untuk ke Tanaim. Lalu aku tanya berapa rial, memula dijawabnya SR10, tapi aku berikan isyarat tanganku bagi menunjukkan SR5 setiap seorang. Halal halal kata beliau, maka aku pun setuju. Maka kami pun menaiki van lain dari Tanaim kembali ke Masjidil Haram. Aku Nampak kereta burok tadi masih ada, agaknya menunggu kami. Ah, peduli apa.
Van memuatkan kira-kira 10 orang. Kami dihentikan untuk kami turun berdekatan dengan Pintu Umar Abdul Aziz, ok juga. Tidak pernah ikut pintu ini. Aku bayar saja SR 15 untuk 3 orang. Tapi anakku bising merungut, lain kali jangan naik kereta buruk macam itu. Naiklah taxi putih Makkah yang biasa tu.
Masuk Hijir Ismail
Kami dapat selesaikan tawaf dengan lancar seperti biasa. Sebaik selesai pusingan ke-7, kami mengikuti arus ramai sambil mendekat Kaabah dan cuba masuk ke dalam Hijir Ismail. Ia merupakan kawasan di dalam binaan setinggi 1.5 meter berbentuk separa bulat. Menurut beberapa hadis, solat di dalam kawasannya bermakna solat di dalam Kaabah dan merupakan antara tempat mustajab berdoa.
Orang memang bersesak dalam Hijir Ismail. Kami bertiga berjaya masuk tetapi belum dapat ruang untuk solat. Tetapi makku macam kurang selesa dan tersepit dalam kesempitan asakkan orang ramai. Lalu aku mintanya tunggu di luar tempat masuk tadi.
Akhirnya aku berjaya dapat tempat dan juga anakku. Seorang jemaah yang habis bermunajat, beredar dan memberikan ruang kepada ku tetapi meminta anakku berada di belakang bersama jemaah perempuan lain. Tidak dibenarkan dalam Islam katanya dalam bahasa Inggeris. Betul juga. Tetapi Alhamdulillah, dapat solat sunat dan berdoa dalam Hijir Ismail dalam keadaan yang agak selesa jugak. Tetapi tidak sempat nak baca doa sebagaimana dalam buku yang aku bawa. Semoga Allah menerima doa kami.
Mengusap Rukun Yamani
Keluar dari Hijir Ismail, mak aku sedang menunggu. Kami berpeluang menyentuh kelambu kaabah yang hitam tu. Aku kira sama saja seperti pernah ku sentuh dulu. Kelihatan ramai orang yang sedang meratap dan mendakapi kelambu Kaabah. Tetapi yang kami cari ialah Rukun Yamani yang terletak di bucu terakhir mengikut pusingan tawaf sebelum rukun Hajarul Aswad.
Terdapat hadis yang menyebutkan, ‘Mengusap Rukun Yamani dan mengucup Hajarul Aswad akan menghapuskan kesalahan ( dosa ) ( H.R Ahmad ).
Manakala dalam sebuah hadis lain, dari Ibn Umar r.a, telah bersabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesungguhnya mengusap Hajarul Aswad dan Rukun Yamani menghapuskan dosa-dengan sungguh-sungguh’ ( H.R Bukhari ). Itu yang kami cari dan akhirnya dapat dengan mudah sekali. Tidak ramai orang di sana, sebaliknya tumpuan ramai tetap di Hajarul Aswad.
Anakku tanya, tak mahu cuba ke abah. Lain kalilah. Nak masuk ke Hajarul Aswad dengan berihram, bimbang terlerai pulak kain ihram dari badan. Alhamdulillah dapat masuk Hijir Ismail dan dapat mengusap Rukun Yamani. Apakah ini balasan Allah s.w.t atas kesabaran dengan kesusahan yang dialami semasa menaikki taxi tadi ?
Anakku kata tangannya tersentuh dengan tangan lelaki lain semasa mengusap Rukun Yamani tadi. Jadi nak kena ambik wudhu nampaknya sebaik selesai umrah. Itu tidak menjadi masalah lantaran penghujung umrah nanti ialah di Bukit Marwah dan itu berdekatan dengan bilik air.
Shopping Lagi
Lepas sarapan pagi, kami berjalan ke Makkah dan Safwah Tower untuk melihat-lihat apa lagi yang boleh dibeli di kedai-kedai yang terdapat disana, sambil jalan-jalan. Dah beberapa kali nak ke sini, tapi tergendala sahaja. Kedua-dua tower tersebut mempunyai kompkeks membeli belah selain hotel di atasnya. Nampak agak mewah kedai-kedai di Makkah Tower, tetapi ketika kami di sana masih banyak kedai yang belum dibuka. Masih awal ke ?
Aku berjaya draw duit dengan ATM Bank Ar-Rajhi yang terdapat di sini. Aku sebenarnya perlukan cash. Kebanyakkan kedai-kedai pulak tidak nampak ditampal tanda yang mereka menerima pembayaran menerusi kad kredit.
Kedai-kedai di kompleks Safwa Tower, walaupun banyak kedai telah dibuka, tetapi tidaklah ramai pengunjungnya semasa kami di sana. Boleh survive ke peniaga di sini ? Entahlah, apakah orang belum bangun tidur atau memang kurang pengunjung kerana menjangkakan harga barangannya lebih mahal berbanding daripada tempat lain. Yealah nak cover bayaran sewa yang tentunya mahal berbanding kedai-kedai biasa.
Melihat barangan yang terjual, tidak ketemu pun mana yang buatan Malaysia. Yang banyaknya barang buatan China, Bangladesh, India, Indonesia, Thailand dan Turki. Sedangkan jemaah haji atau umrah dari Malayisa bukan main ramai. Apakah barangan Malaysia tidak mencapai standard atau ada kelas yang tersendiri. Kalau nak ikutkan, barangan China yang terdapat di sini pun walaupun memamg murah tetapi kualitinya tidaklah bagus sangat. Namun umum mengetahui kos buroh di China memang murah. Itu yang jubah-jubah Made in China di sini murah-murah berbanding yang dijahit di Arab Saudi.
Sana sini, asyik kelihatan orang Malaysia saja. Sehingga anakku bertemu dengan ex-classmatenya. Apakah kerana orang Malaysia kita suka shopping ? Atau suka shopping di tempat-tempat seperti di Makkah atau Safwah Tower berbanding kedai-kedai tepi jalan.
Habis shopping kami minum-minum di Restoran D’Saji Felda lagi. Setelah kesejukan berada dalam bangunan Safwa Tower, terasa panas apabila keluar bangunan untuk berjalan pulang ke hotel penginapan.
Wifi Percuma
Beberapa kali sempat aku update blog maklimah.blogspot serta hantar berita dalam www.saujanautama.net menerusi kemudahan internet percuma yang terdapat di lobi hotel sahaja. Mereka menggunakan ‘sekuriti key’. Nak dapat memula dulu bukan main seksa, sebab orang di kaunter hotel tidak faham English, apatah lagi Melayu.
Anak-anakku pun ambik kesempatan sama berkongsi dengan netbook yang dibawa. Sengaja aku bawa netbook untuk memudahkan aku membuat cacatan perjalanan Umrah ini dan save gambar-gambar yang dibawa. Masa aku ke Makkah menunaikan haji dahulu, tiada kemudahan Wifi di hotel penginapan. Mungkin zaman telah berubah, wifi jadi seperti keperluan. Lagi pun masa tu aku belu memiliki netbook.
Tazkirah II
Selepas solat asar, diadakan majlis tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang sama tempohari iaitu Ustaz Adli, pensyarah UTM. Dalam ceramahnya al-Ustaz meminta kita menyemak kembali niat mengapa kita berada di sini, asas serta tanggungjawab utama iaitu penyembahan kepada Allah.
Al-Ustaz juga mengingatkan dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran yang tempuhi. Walau pakej harga berapa pun, cabaran dan ujian tetap ada. Tidak perlulah datang kesini dengan ego diri. Apa yang perlu ialah sejauh mana kesabaran kita menghadapinya. Selain daripada itu, al-Ustaz memberikan tips bagaimana nak rasa sejuk dengan air-cond di Masjidil haram.
Mengakhiri tazkirah, ustaz menyebutkan beberapa tips untuk mencium Hajarul Aswad. Antaranya solat taubat, solat hajat dulu serta memohon doa kepada Allah sebelum merapati tempat Hajarul Aswad berada, mengikut arus jemaah tawaf. Tanamkan juga keyakinan pada diri. Kata al-Ustaz, jika bernasib baik askar penjaga yang sentiasa berada di sebelah Hajarul Aswad tu akan memberikan peluang kepada jemaah wanita Malaysia yang kelihatan tubuh fizikalnya kecil sedikit untuk masuk mencium. Entahlah, aku sebenarnya macam tak berapa teringin nak kucup Hajarul Aswad. Cukuplah bagi isyarat sahaja.
Tidur Awal
Entah kenapa aku terasa terlalu letih hari ini. Terasa bahang kepanasan yang naik ke muka membakar. Siang tadi ada orangkata suhu mencecah 45, ada yang kata 47 walaupun kat TV macam paparkan 44 Celcius. Mungkin itu dalam ramalan cuaca. Sebaik solat Isyak, aku terus masuk tidur sementara ahli keluargaku lain pergi makan malam.
Klik Untuk Lagi Gambar Hari Ke-11
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
2 hours ago
6 Komen:
Assallammualaikum Tuan Haji, minta sikit tip dari pengetahuan tuan Haji nak kucup Hajarul Aswad serta tempat selesa di dalam MH untuk membaca Al Quran, Insya'Allah.
Tak tahu nak bagi tips, sebab itulah pertama kali dapat cium seperti dalam my next day story.
Sekrg musim panas, ketika panas seperti lepas zuhur ke asar kurang orang dan eloh masa tu nak cuba masuk hajarul aswad ... ikut arus ramai, pertahan kedudukan supaya tidak dibawa arus lain
tempat berhawa dingin antaran boleg masuk di pinti masuk Gate 39 yang bertentangan dengan Makkah Tower ... tapi situ tak nampak kaabah.
Jazakallah khairan jaza',
insya'Allah saya akan praktik pada Haji 1423 ni jika diizinkan Allah!
Subhanaallah, Tengah hari tadi saya ke Tabung Haji Kulim kerana diminta menyerahkan Pasport untuk VISA haji 2011...
Saya dapat tahu :Sesiapa yang dafar haji hari ini, turn p haji pada tahun 2040! Nah 29 tahun lagi...lamanya!
Salam tuan haji, kat mekah boleh guna kad atm macam biasa ke? duit keluar duit riyal kan? perlu aktivate kan ke tak? ada caj tambahan ke? mohon sedikit tips dan pencerahan :D.. terima kasih atas perkongsian..
Cuba check dengan agent umrah tuan, dulu lain dan sekarang mungkin dah lain. Khabarnya kalau buka akaun Bank Ar-Rajhi boleh draw duit dalam Saudi Rial di sana walaupun suimpanan kita di Malaysia dalam RM, mugkin kena bagi tahu bank juga sebelum pergi ...
Post a Comment