Alhamdulillah, dapat solat suboh berjemaah di masjid yang kedengaran azannya. Walaupun tidak berapa jauh dari hotel penginapan, namun untuk sampai terpaksa melalui lorong-lorong rumah penduduk setempat dan terpaksa bertanya orang dua kali.
Masjidnya terletak disebalik himpitan rumah-rumah penduduk dan berada di tingkat atas. Ramai juga jemaah lelakinya, Alhamdulillah. Walaupun demikian, masjidnya agak bersih, permaidaninya bersih dan begitu juga tandas serta tempat wuduk.
Apakah memang begini kebanyakkan kebersihan masjid-masjid Jamik di Indonesia ? Tetapi pagi tersebut Imam hanya baca ayat pendek biasa, bukan Surah Sajadah sebagaimana di Malaysia kalau Subuh Jumaat.
Pasar Pagi
Sebaik solat aku panjangkan kakiku berjalan-jalan hingga ketemu pasar pagi berdekatan. Awalnya sudah memulakan perniagaan ? Lantas aku ambil peluang meninjau pasar tersebut.
Pasar ini menjual barangan bahan mentah keperluan dapor seperti daging, sayur, ayam, telor dan buah-buahan tempatan. Aktiviti jual beli agak rancak walaupun masih gelap awal pagi. Antaranya ada yang mengharapkan lampu kedai-kedai yang berhampiran.
Aku agak tertarik dengan jenis timbang yang digunakan oleh penjual. Ku kira bukan tradisional, tetapi timbang klasik style lama.
Entah betul entah tidak sukatannya, waulahualam. Antaranya, aku kira kat Malaysia pun menggunakannya suatu masa dulu.
Ke Gunung Tangkuban Parahu
Sebaik sarapan, kami bergerak ke Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu yang terletak 35km dari Bandung atau 45 minit perjalanan dari hotel penginapan. Mengapa dipanggil Tangkuban Parahu ?
Dari jauh kelihatan gunung ini seperti perahu yang terbalik ( tangkuban ) dengan ketinggian puncaknya 2,000 meter.
Namun daripada segi lagenda perahu tertangkup lantaran ditendang oleh Sangkuriang yang mempunyai kuasa sakti tetapi amat kecewa apabila hasrat untuk menikah tidak diterima oleh Dayang Sumbi yang sebenarnya ibu kandungnya sendiri.
Sayang beberapa gambar yang aku ambil dalam perjalanan entah camana ‘terdelete’ atau tiada dalam kad memori atau hardisk netbook yang aku bawa. Yang ada hanya ketika menghampiri pintu masuk naik ke Gunung Tangkuban Parahu.
Jalan berliku, walaupun tidaklah teruk sangat tetapi pening kepalaku juga dibuatnya. Biasalah perjalanan mendaki bukit atau gunung. Bayaran masuk dikenakan, tetapi telah masuk dalam pakej ikut kadar lama. Sekarang diuruskan oleh swasta maka naik sikit bayaran masuknya dari Rp 50,000 kepada kini Rp 75,000 bagi bukan warga Indonesia.
Dari pokok-pokok pain atau pinus di kiri dan kanan perjalanan, tetiba menemui satu kawasan yang luas terbuka. Kenderaan parking bersusun, deretan gerai jualan dan orang yang ramai. Rupanaya kami telah sampai di kemuncak pergunungan.
Terbentang luas seperti kolam atau kawah yang merupakan kesan letupan gunung berapi suatu masa dahulu. Sungguh menakjubkan. Lekukan tanah pada dinding kawah dan dasar kawah memberikan pemandangan yang mempersonakan.
Gunung berapi ini dianggap masih aktif lantaran masih terdapat kepulan asap putih keluar yang mana mengeluarkan debu belerang yang banyak pada Oktober 2013 hingga sampai kepada kawasan penduduk berhampiran.
Dikatakan bahawa kali terakhir mengeluarkan lahar panas ialah pada tahun 1983, kira baru juga tu. Menurut petugas penerangan yang berada di situ, kawah ini dipanggil Kawah Ratu dan terdapat sebanyak 11 kawah lain seumpamanya.
Satu daripadanya di sebalik sebelah Kawah Ratu dan satu lagi Kawah Domas terletak sejauh 1.2km tetapi dikunjungi ramai kerana pengunjung berpeluang merendamkan kaki di air panasnya serta merebus telur.
Aku sebagaimana pengunjung lain tidak melepaskan peluang mengambil gamabr kenang-kenangan. Sungguh menakjubkan dan kira ini pertama kali dapat melihat gunung berapi. Adakah kawasan pelancungan lain seumpamanya di rantai Asia Tenggara khususnya jika pun tidak di Asia ?
Walaupun teruja dengan pemandangan kawah namun bau busuk belerang mula menusuk hidung. Terpaksa aku pakai ‘mask’. Tak lalu rasanya nak makan makanan yang terjual di sini, takut tercemar dengan sulffur belerang.
Ladang Strawberi Natural
Pulang menuruni Gunung Tangkuban, kami singgah di Ladang Strawberry Natural Resto. Dikatakan ia merupakan ladang strawberi terbesar di kawasan Lembang.
Menariknya strawberi ini, ianya ditanam secara natural tanpa sebarang artifial fertilizer.
Aku nampak buah-buahanya agak kecil-kecil. Tentunya masam !! Disediakan peluang memetik sendiri buah strawberi dengan kadar Rp 100,000 bagi setiap kilogram. Jurujual yang terdapat di kawasan parking menjual pada harga Rp 85,000 sekilo.
Sebab baru balik dari Cameron Highland, aku tidak begitu teruja untuk masuk dan memetik buahnya. Yang di Cameroh Highland lebih besar dan menarik buahnya.
So duduk sahajalah di bangsal yang disediakan sementara menantikan ahli rombongan lain pulang dari memetik buah strawberi.
Solat Jumaat Di Masjid Jamik Al-Hussain
Aku perhatikan banyak masjid serta papan tanda arah di tepi-tepi jalan. Tetapi masjidnya tidaklah besar dan grand macam di negara kita. Kalau di Malaysia kira taraf surau sahaja. So aku bersama Pak Jajat cari masjid untuk solat Jumaat sementara kaum wanita pergi makan tengahari dahulu.
Kami berhenti di Masjid Jami Al-Hussain yang terletak di celahan rumah-rumah penduduk setempat. Masjid kecik, mungkin boleh memuatkan kira-kira 300 orang. Khatib hari tu membicarakan tentang peri pentingnya menjaga solat cukuup 5 waktu sehari semalam sempena peristiwa Israk dan Mikraj.
Tambah menarik Pak Khatib tak menggunakan teks pun semasa menyampaikan khutbah. Menurut Pak Jajat, ia bergantung kepada kawasan kerana di Indonesia banyak perbezaan fahaman dan ada mengunakan teks yang disediakan oleh Penguasa Agama di sini.
Lunch Di Gubuk Makan Mang Engking
Sungguh mengujakan apabila memasukki kawasannya. Mungkin lantaran di kawasan lembah dengan tasiknya dan pokok-pokok hiasan. Binaan pondok atau gubuk untuk makan terletak di atas tasik atau kolam buatan agaknya.
Menuju ke gubuk tempat makan, menyusuri kawasan tasek dengan laluan jambatan yang disediakan. Sungguh cantik panaromanya dengan ikan-ikan kap koi yang besar-besar berenang-renang dalam kolam.
Tak order apa-apa tetapi makan sahaja apa yang disediakan dalam pakage lawatan. Memang sedap-sedap masakannya. Jika berdasarkan menu yang disediakan, aku kira tidaklah mahal sangat harga makanan di sini khususnya apabila convert kepada RM. Turut disediakan kemudahan tandas, surau serta taman permainan kanak-kanak.
Aku difahamkan restoren ini masih baru. Walau tawkenya orang Cina, namun ramai pekerja dan tukang masaknya orang Islam. Malah ini sebenarnya keperluan dari pemerintah bagi setiap restoren yang terdapat di Bandung dalam memastikan makanan yang halal. Kecualilah yang di pusat bandar.
Beberapa istilah Sunda aku belajar di sini iaitu ‘wilujeng sumping’ atau selamat datang, ‘wilujeng angkat’ atau selamat pergi atau berangkat, ‘halur nuhun’ atau terima kasih dan ‘same-same’ atau sama-sama. Ha.. ha
Rumah Batik Lembang
Destinasi seterusnya ialah ke Rumah Batik Lembang yang mula diusahakan pada tahun 2007 secara kecil-kecilan keluarga.
Dikatakan pada awal pembukaan, corak batiknya bermotifkan kisah Sangkuriang dan Gunung Tangkuban Parahu. Namun kini sudah berubah mengikut peredaran zaman.
Di rumah batik ini, kita dapat melihat bagaimana beberapa proses membuat batik dipertontonkan secara live. Mungkin tidak banyak beza sangat dengan di negara kita. Cuma motif atau coraknya sahaja yang berbeza.
Selain kain batik sarung, juga terdapat kain serta baju batik yang telah siap untuk lelaki dan wanita. Rumah batik ini juga menerima tempahan baju batik.
Aku sebenarnya kurang berminat dengan motif batik Indonesia. Tambahan pula harga jualannya macam sedikit mahel di sini. Maklumlah destinasi pelancungan.
Namun ada sesuatu yang istimewa di perkarangan rumah batik ini, perhatikan gambar di atas. Pokok pisang jantung ke atas manakala buah di bawahnya.
Meredah Kawasan Perkampungan Tanah Tinggi
Tak tahulah sama ada sengaja atau tidak, kenderaan kami melalui kawasan perkampungan tanah tinggi dalam usaha mengelakkkan daripada terperangkap dalam kesesakan jalan jika melalui jalan utama untuk ke bandar Bandung.
Ok juga, dapat melihat suasana perkampungan mereka walaupun tidak tahu apa nama kawasan tersebut. Hendak melaluinya terpaksa melalui dan membayar tol persendirian.
Ternyata orang di sini begitu rajin dan mengusahakan setiap inci tanah untuk pelbagai tanaman yang sesuai. Mungkin juga sebab tanahnya subur di sini.
Factory Outlet Lagi
Argh, nak buat camana, follow sahaja. Pertamanya di ‘Gallery’. Namun di situ aku cuma singgah gerai kecik tepi jalan untuk top-up prepaid internet aku.
Aku sebenarnya tidak pasti berapa kadar penggunaan sama ada harian atau mingguan. Sebab murah sangat-sangat, jadi aku pun tidak pedulikan sangat.
Kemudian menyusuri kawasan shopping Chihampelas yang agak sibuk. Namun menarik dengan hiasan luaran kedai dibuat dalam memperomosikan motif barangan atau jualan mereka.
Akhirnya singgah di Rumah Mode. Ia merupakan factory outlet yang menjual pelbagai pakaian berjenama. Kenapa dipanggil Mode ? Modern ?
Daripada luar, agak kelasik dan pelbagai juga blok binaannya. Ramai orang berkunjung namun seperti biasa aku tengok-tengok saja. Ada juga macam yang berkenan, tapi saiznya pulak takde.
Ada satu lokasi terdapat peria-peria yang duduk rehat menunggu. Mungkin kawasan itu dikhaskan bagi lelaki yang tidak minat shoping atau menemani pasangan memasing untuk shopping.
Gedung Jean Toko Tiga
Hari semakiin gelap, jalan semakin macet. Tapi kami redah juga untuk ke destinasi terakhir iaitu Toko Tiga. Ia sebenarnya terletak berdekatan dengan hotel penginapan kami. Tapi mana ada masa nak singgah ?
Agaknya segala jenis jean berjenama ada di sini. Namun kami tidak diberikan banyak masa sangat di Toko Tiga. Cadang nak beli tiga helai, namun sempat pilih dua sahaja. Lepas beli boleh terus potong ikut ukuran panjang kaki. Kejap sahaja siapnya.
Soalnya apakah jean yang dijual benar-benar original dan berkualiti ? Reganya dikatakan murah sehingga 50% daripada yang didapati di negara kita. Memang berbaloi kalau benar original.
Apakah pula reganya lebih murah berbanding dengan kawasan membeli belah lain di Bandung. Masa di Pasar Baru, ada juga tengok-tengok dan reganya rasa lebih murah, tetapi tak kena saiz pulak. Lagipun ingatkan tak ori sebagaimana di Toko Tiga nanti.
Makan Malam
Kalau boleh nak makan sop sahaja. Asyik-asyik nasi padang, terasa jemu. Teringat Sup Buntut dan nasi goreng gila. Pak Jajat kata ia sebenarnya sup ekor lembu. Tapi nak rasa juga .
Namun takde pilihan, follow sahaja. Ketua rombongan takut kalau makan tempat lain termasuk yang di tepi jalan, bimbang timbul masalah kesihatan akibat ketidakbersihan atau keracunan. Halal mungkin tidak ada masalah. Balik rumah terus berkemas beg bagi memudahkan ianya dibawa balik esok. Beg dah beranak, tetapi tidaklah sampai berpinak.
Sesambil tu tengok bola separuh akhir Piala FA JDT lawan Pahang menerusi Astro-On-The-Go, tetapi kecewa kalah. TV Indon dalam hotel malas sangat nak layan.
Image dari Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
18 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment