Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Putrajaya Floria Diraja 2015

Floria Diraja 2015 Putrajaya telah berlangsung di Presint 4, mulai dari 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Lantaran banyak urusan lain termasuk pulang ke kampong,aku hanya berkesempatan hadir pada petang hari terakhir.

Kalau nak ikutkan pun sebenarnya malas nak datang, tapi sebab nak tengok kononnya rumah musim sejuk, datanglah juga. Namun dukacita juga sebab rupanya beratur terlalu panjang nak memasukkinya. Tidak kuasa aku nak menunggunya.

Entahlah, walaupun telah diupgrade namanya, pindah lokasi dan lebih luas kawasannya pameran berbanding sebelum-sebelum ini, namun terasa macam makin kurang bunga dan merosot kemeriahan bunga-bungaan. Bayaran masuk RM5 pun macam takde maknanya.

Taman Musim Sejuk dan Taman Musim Bunga (Spring & Winter Gardens) merupakan antara tarikan utama Festival Floria tahun ini. Ia juga dikatakan julung kalinya dipamerkan di negara ini yang memberikan simulasi taman Eropah pada musim sejuk dengan saljinya.

Namun aku difahamkan ia sekadar umpama berada dalam panggung dengan cuaca sejuk serta tayangan video skrin besar suasana musim sejuk dan bunga, betulke ? Patut pun tiket cum RM3 sahaja.

Bunga lili telah dipilih sebagai bunga tema pada Floria 2015 kali ini. Bagi peminat bunga, khususnya yang pertama kali ke sini, tentunya teruja dengan apa yang terdapat di Floria 2015. Namun bagiku, sekadar suka-suka nak test kemahiran menggunakan kameraku sahaja.

Tak mudah juga bagi pengunjung yang datang, khususnya dalam cuaca yang panas serta tempat letak kereta yang jauh. Kalau bawak anak kecil mungkin stroller perlu dibawa sekali, huhu.

Kalau nak beli benih atau anak-anak pokok yang banyak dijual pun kena ingat, dimana parking kereta sebab nak kena bawak berat-berat tu.

Mungkin menjadi strategi bagi pihak penganjur, pelbagai pertandingan dalam menarik penyertaan dan menjadi bahan untuk dikunjung ramai diadakan.

Ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan university selain penyertaan umum dan PBT.

Yealah kalau semua penganjur nak sediakan, tak larat jadinya. Kerjasama pihak swasta juga dilakukan supaya dapat mengurangkan kos penganjuran yang ditanggung kerajaan khususnya dalam melaksanakan langkah perbelanjaan berhemat.

Aku kira sejak tinggal di Putrajaya, aku tidak pernah miss mengunjungi Floria ini. Namun sekiranya dipanjangkan umur, tidak mengunjunginya lagi pada penganjuran tahun-tahun hadapan pun tidaklah terasa ralat sangat. Takdelah menyerlah sangat … haha.

Share:

Putrajaya Magic Of The Night 2015

Program Magic Of The Night 2015 Putrajaya yang merupakan perarakan bot-bot berhias telah berlangsung di Marina Putrajaya, dari 28 hingga 31 Mei 2015. Tahun ini merupakan siri ke-5 dan seingatan aku, kali ke-2 diadakan di Marina Putrajaya. Dulu sering diadakan serentak dengan Fiesta Flora Putrajaya di Presint 2, sekitar Menara Mellinium. Namun keduanya telah diasingkan sejak tahun lalu.

Elok juga pengasingan ini, mengurangan kesesakan walaupun tetap sesak juga dan payah nak cari parking. Namun aku bernasib baik dapat masuk hingga mendekati kawasan utama walaupun datang lewat pada malam 30hb.

Apa tujuan acara tahunan ini ? Dikatakan bertujuan untuk memperkenalkan dan meraikan kepelbagaian serta kekayaan alam, budaya dan tradisi masyarakat majmuk Malaysia serta untuk menyemai budaya mesra alam, menambah kesedaran dan menghargai keindahan flora dan fauna.

Dengan tema Endless Celebration, 17 buah bot yang dihias menarik untuk mengikut negeri dan agensi tertentu bertanding dalam kategori Flotila Keseluruhan Terbaik, Flotila Paling Kreatif, Flotila Hiasan lampu Terbaik dan Flotila Paling Popular. Ini termasuklah penyertaan dari Perbadanan Putrajaya serta dari Shanzou, China.

Siapa agaknya yang membiayai kos penyediaan bot berhias berkenaan, kerajaan negeri, perbadanan pelancongan negeri masing-masing ? Tentu dibina dan dihias di Marina Putrajaya juga dan tinggi juga kosnya. Takkan nak dibawa dari negeri masing-masing … huhu.

Selain itu, keunikan yang ditampilkan tahun ini ialah persembahan keharmonian irama pergendangan 1 Malaysia iaitu Seratus Irama Pergendangan MyFest 2015 yang merangkumi kumpulan pergendangan Kompang, pergendangan Cina dan India, Jido dan Bhangra. Tetapi nampak macam serabut aje …

Pada akhir perarakan, kegelapan malam diserikan dengan pertunjukan bunga api. Inilah saat yang ditunggu-tunggu ramai.

Mungkin lantaran itu dipanggil Magic of The Night. Namun aku masih belum berpuashati dengan rakaman gambar menerusi kameraku.

Aku difahamkan pada malam akhir, diumumkan pemenang bagi setiap kategori sebagaimana berikut :-

Flotila Keseluruhan Terbaik
Johan - Sabah
Kedua - China
Ketiga - Pahang

Flotila Paling Kreatif
Johan - Pulau Pinang
Kedua - Terengganu
Ketiga - Perak

Flotila Hiasan lampu Terbaik
Johan - Perbadanan Putrajaya
Kedua - Kelantan
Ketiga - Selangor

Flotila Paling Popular : Pulau Pinang

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah