Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Putrajaya Floria Diraja 2015

Floria Diraja 2015 Putrajaya telah berlangsung di Presint 4, mulai dari 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Lantaran banyak urusan lain termasuk pulang ke kampong,aku hanya berkesempatan hadir pada petang hari terakhir.

Kalau nak ikutkan pun sebenarnya malas nak datang, tapi sebab nak tengok kononnya rumah musim sejuk, datanglah juga. Namun dukacita juga sebab rupanya beratur terlalu panjang nak memasukkinya. Tidak kuasa aku nak menunggunya.

Entahlah, walaupun telah diupgrade namanya, pindah lokasi dan lebih luas kawasannya pameran berbanding sebelum-sebelum ini, namun terasa macam makin kurang bunga dan merosot kemeriahan bunga-bungaan. Bayaran masuk RM5 pun macam takde maknanya.

Taman Musim Sejuk dan Taman Musim Bunga (Spring & Winter Gardens) merupakan antara tarikan utama Festival Floria tahun ini. Ia juga dikatakan julung kalinya dipamerkan di negara ini yang memberikan simulasi taman Eropah pada musim sejuk dengan saljinya.

Namun aku difahamkan ia sekadar umpama berada dalam panggung dengan cuaca sejuk serta tayangan video skrin besar suasana musim sejuk dan bunga, betulke ? Patut pun tiket cum RM3 sahaja.

Bunga lili telah dipilih sebagai bunga tema pada Floria 2015 kali ini. Bagi peminat bunga, khususnya yang pertama kali ke sini, tentunya teruja dengan apa yang terdapat di Floria 2015. Namun bagiku, sekadar suka-suka nak test kemahiran menggunakan kameraku sahaja.

Tak mudah juga bagi pengunjung yang datang, khususnya dalam cuaca yang panas serta tempat letak kereta yang jauh. Kalau bawak anak kecil mungkin stroller perlu dibawa sekali, huhu.

Kalau nak beli benih atau anak-anak pokok yang banyak dijual pun kena ingat, dimana parking kereta sebab nak kena bawak berat-berat tu.

Mungkin menjadi strategi bagi pihak penganjur, pelbagai pertandingan dalam menarik penyertaan dan menjadi bahan untuk dikunjung ramai diadakan.

Ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan university selain penyertaan umum dan PBT.

Yealah kalau semua penganjur nak sediakan, tak larat jadinya. Kerjasama pihak swasta juga dilakukan supaya dapat mengurangkan kos penganjuran yang ditanggung kerajaan khususnya dalam melaksanakan langkah perbelanjaan berhemat.

Aku kira sejak tinggal di Putrajaya, aku tidak pernah miss mengunjungi Floria ini. Namun sekiranya dipanjangkan umur, tidak mengunjunginya lagi pada penganjuran tahun-tahun hadapan pun tidaklah terasa ralat sangat. Takdelah menyerlah sangat … haha.

Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2