Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Celoteh Sebentar Bersama Dr SMS

Pada 28 Februari 2016 yang lalu, aku berkesempatan singgah di Karnival Karangkraf 2016 – Game On. Tak pasti apa maksud ‘Game Omn’ tu. Tetapi aku berpeluang mendengar celoteh ringkas daripada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzaffar ( SMS ) di Karnival tersebut yang diadakan di Kilang Krangkraf, Shah Alam, Selangor.

Nampak sesi berkenaan mendapat sambutan orang ramai walaupun peristiwa bersejarah Dr Syeikh menjadi angkasawan telah berlalu hampir 10 tahun lalu.


Pemilihan
Bagaimana beliau boleh terpilih dari kalangan 11ribu rakyat Malaysia yang mencuba nasib dalam temuduga dan pemilihan untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia. Apa istimewanya beliau selain memenuhi syarat asas pemilihan iaitu penglihatan 6/6 atau tak rabun, deria pendengaran yang tajam, gigi tak berlubang bertampal, takde sebarang parut luka pembedahan dan lulus ujian menyesuaikan diri dengan keadaan ekstrem.

Menurut beliau, menjadi angkasawan merupakan cita-cita sejak masa kecil lagi. Beliau berceloteh dengan begitu besahaja, tetapi Nampak begitu passionate dengan pengalaman yang dilaluinya. Beliau sedar betapa pemilihan beliau merupakan harapan seluruh rakyat Malaysia. Harapan bagi membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mampu melahirkan seorang angkasawan bertaraf dunia , mampu bersaing di persada antarabangsa.

Suasana menuju ISS
Beliau yang berlepas dengan roket Soyuz dari Karzaktan, menyatakan rasa kagumnya apabila menyaksikan keindahan angkasa lepas termasuk pemandangan ke bumi. Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), hanya terketak sekitar 350-450 km dari bumi.

Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata pengalaman melihat bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sangat hebat dan indah serta sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. "Apabila saya lihat bumi di angkasa lepas, jantung berhenti seketika, saya tidak berkelip mata langsung...sesuatu yang mengasyikkan dan hebat,"

Makan minum diangkasa
Makanan semuanya disediakan dalam bentuk kiub dan terapung-apung.

So just ambik dan makan sambil melihat suasana luar yang dilihat menerusi tetingkap.

Mandi Dan Buang Air
Untuk ke tandas pula, Dr Sheikh berkata, memandangkan segalanya terapung, angkasawan terpaksa mengikat kaki agar tidak bergerak.

Tak pasti @ tidak kedengaran bagaimana atau kemana najis dikeluarkan. Di ISS tidak mandi pun. Tapi kata Sheikh even tak mandi pun, badan tidak berbau sebab kat angkasa tiada bakteria.

Berwuduk dan Solat
Syeikh merupakan angkasawan Muslim ke-9. Yang lepas2 tu tak tahulah camana dia orang solat. Syeikh mengambil saranan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa-lepas sebelum dia bertolak, bertajuk Perlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Beliau kena solat mengikut waktu Karzaktan dimana di bertolak dari darat. Ini kerana apabila berada di ISS, dengan kelajuan 27ribu km/j, ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari semalam. So patutnya kena 5 X 16 = 80 kali solat !!

Sukar juga nak solat sebab keadaan terapung dan terpaksa mengikat pergelangan kaki. Oleh kerana bekalan air begitu berharga, beliau hanya dibenarkan bertayammum dengan cara menepuk dinding sebanyak dua kali sebelum menyapu pada muka dan kedua-dua belah tangan.

Beraya Puasa
Syeikh merupakan angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa lepas pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri. Puasa ikut waktu Kazakstan juga. Beliau sempat berpuasa selama dua hari.

Beliau berbuka puasa berbekalkan jus, biskut dan roti sambil memerhatikan keindahan bumi melalui tingkap kecil.Aidilfitri di ISS disambut dengan penuh kesederhanaan. Beliau berkongsi bersama juadah yang dibawa dari Malaysia seperti rendang Tok, sate dan briyani serta Kuih Bangkit.

Mendengar Azan
Malah tidak keberatan melaungkan azan apabila diminta oleh salah seorang pengunjung yang baru balik Mekah, azan yang seperti didengar semasa di angkasa.

Tentulah berbeza, nak tiru suara orang. Cuma tak pasti semasa bila dan berapa kali beliau mendengar azan tersebut.

Turut dipaparkan ialah beberapa peralatan, pakaian dan makanan yang dimakan ketika berada di ISS di gerai khas yang disediakan. Juga ada jualan buku yang menceritakan pengalaman beliau sebagai angkasawan negara.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah