7 Disember 2019 : Kasmah Sahwi @ Kluang, Johor
Selalunya apabila dapat hadir ke Majlis Perjumpanan Raya & Tahlil Tahunan Keluarga Hjh Meah dan Abdul Salam, akan ada sesi bergambar ramai. Tetapi entah kenapa tidak pada Raya yang lalu, sedangkan ia berlangsung di rumah arwah Kasmah binti Sahwi yang pulang ke Rahmatullah 4.20 petang kelmarin, Khamis 5 Disember 2019 di Hospital Daerah Kluang.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, mengampuni dosa2nya, diterima amal bakti dan dimasukkan dalam golongan orang beriman, serta diberikan kekuatan buat keluarga Ayahanda Dasuki bin Salam atas pemergian arwah.
7 Oktober 2019 : Ahmad Shakir @ Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor
Tak banyak kenangan bersamanya setelah 10 tahun berhijrah dari Saujana Utama. Cuma teringat masa zaman kecik2 dulu sering berjemaah ke Surau Al-Hidayah yang terletak di hadapan rumahnya. Kali terakhir bertemu Ogos 2018, tolong2 amikkan gambar semasa Kenduri Kawin kakaknya. Terima berita keadaannya dari ayahandanya 5hb lalu dan bercadang nak ziarah semalam, rupanya tidak berkesempatan, sebaliknya ziarah jenazahnya sahaja.
Moga Allah beri kekuatan kpd Ustaz Dr Mohd Zaki dan Ustazah Kak Wan Noriah sekeluarga utk menghadapi ujian ini.... Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Ahmad Shakir bin Mohd Zaki, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.
23 September 2019 : Mohd Fauzi Raveendran @ Shah Alam, Selangor
Baru sahaja mula mengenali En Mohd Fauzi Raveendran bin Abdullah ( kanan sekali digambar ), Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Data Guru, Sektor Pengurusan Sekolah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Projek Model Data Kementerian. Semalam, menerima berita kematian beliau setelah dikatakan tiba-tiba rebah ketika sedang beriadah di Bukit Gasing Petang Jaya kerana serangan jantung. Belau yang sering menyertai aktiviti ‘hiking’ dikatakan seorang yang berdedikasi, amanah dan sangat bertanggungjawab khususnya mengenai data2 guru. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar buat KPM.
Berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam tadi serta menyaksikan persemadiaan arwah di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam. Semoga Allah menerima amal ibadah dan segala amal baktinya, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan para solehin. Al-Fatehah.
26 Ogos : Nor Danial Mohd Nor @ Taman Hussain Onn
Pemergiannya sungguh mengejutkan dan amat terasa akan kehilangannya. Sdra Nor Danial Mohd Nor dari PADU, KPM dianggap tulang belakang dalam Projek Data Raya KPM, khususnya dalam teras yang sama2 kami anggotai. Banyak yang belum selesai dan masih dalam dalam 'buku catatan' beliau. Terima kasih atas sumbang bakti.
Ya Allah, dikau cucurilah Rahmat keatas rohnya, ampuni dosa2-nya, terimalah amal ibadah dan amal jariahnya, serta muliakan tempat kembalinya, diluaskan kubornya dan ditempatkan bersama2 para solehin.
25 Ogos 2019 : Samuri Omar @ Taman Wira Jaya, Pt Raja, Batu Pahat, Johor
Awal pagi sebelum suboh dikejutkan dengan berita kematian Pak Sedara, Sdra Samuri Omar di Hospital Batu Pahat. Terkilan juga sebab tak berkesempatan ziarah arwah yang dikatakan sakit sejak Ramadhan lalu. Pemergiannya mungkin dirasai ramai kerana kebaikannya, penglibatan dengan kerja2 masyarakat, kemuliaan serta kesungguhan beliau dalam mengeratkan silaturrahim kaum kerabat sehingga menjadi antara penggerak utama Perhimpunan Generasi Kasani semasa Aidil Fitri beberapa tahun lalu.
Beliau juga merupakan 'peon' paling lama bertugas di SK Pt Kadir, iaitu sejak pertengahan 1970an. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya, diampuni dosa2-nya, diterima amal ibadahnya, dimuliakan tempat kembalinya, diluaskan kubornya dan ditempatkan bersama2 para solehin.
8 Jun 2019 : Rahmat Mohd Yusof @ Shah Alam
Tidak ingat bila dan berapa kali pernah jumpa dia setelah sama2 meninggalkan SMS Johor, Kluang selepas SPM. Hari ini dapat tahu, ex-roomate Sdra Rahmat bin Mohd Yusof telah meninggal dunia ketika tidur merehatkan diri petang semalam.
Allah, mudahnya .. Semoga Allah mengampuni dosanya asbab Ramadan yang baru dilalui, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
30 Mei 2019 : Mohd Yunus Sungip @ Sungai Cincin Gombak
Tiba ajal menjemput ketika Ramadan. Allah lebih menyayangi bapa sedaraku Tn Hj Mohd Yunus Sungip yang dijemput kembali menghadap Illahi Isnin lalu setelah 2 minggu dimasukkan hospital dan disemadikan bersebelahan kubur isterinya yang telah pergi terlebih dahulu 19 tahun lalu.
Ya Allah ampunilah mereka berdua, jadikanlah kubur2 mereka sebagai taman syurga, berbahagialah mereka, cucurilah Rahmat ke atas roh mereka serta tempatkanlah mereka dikalangan para solihin. Moga Nabil Yunus dan Bieha Yns serta anak2 arwah lain dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam meneruskan legasi bapa mereka.
1 Mei 2019 : Ustaz Dato’ Seri Abu Hassan Din @ Kg Batu Muda, KL
Perginya seorang lagi ulamak yang disegani ramai. Sekadar sempat ziarahi untuk memberikan penghormatan terakhir di rumah arwah Dato' Seri Abu Hassan Din Al-Hafidz pagi tadi.
Walaupun sering muncul di kaca TV, teringat kenangan bersamanya sebelum ni. Semoga Allah mengampuninya dan merahmati rohnya serta dikurniakan syurga buatnya. Al-Fatehah.
2 Komen:
alfatihah
Hi nice reeading your blog
Post a Comment