Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Karamah Mujahideen di Perang Gaza

Ingin aku coretkan satu kisah yang aku terima daripada kawan yang beliau juga terima daripda orang lain. Tak tahaulah sejauh mana kesahihahan kisahnya. Ianya mengenai perang di Daza. Aku tidak menafikan kebenarannya. Beginilah sebagaimana dikisahkan dalam e-mail berkenaan ...

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

9. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Ustaz Abdul Halim (IniJalanku)

Share:

Kursus Strategic Human Capital For High Performance Management

Pada 20 hingga 23 Januari 2009, aku diberi peluang menghadirikan diri ke kursus anjuran jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) yang dinamakan Kursus Strategic Human Capital For High Performance Management. Tak tahulah bagaimana JPA boleh memilih Seri Malaysia Bagan Lalang menjadi lokasi. My first impression … macam tak seswai, sudahlah kongsi bilik. Nak jimat kot. Pesertanya 35 orang dari kalangan Gred 48 & 52, skim perkhidmatan PTM dan PLV. Tapi yang menariknya di hotel tu ialah makanannya yang ‘ala-ala kampong’ tradisi melayu dan sedap-sedap belaka. Satu lagi, dalam bilik pun boleh dapat free-wifi, first time jumpa. Selalunya kat lobi hotel aje.

Kurus ini bertujuan untuk meningkatkan peserta dengan pengetahuan semasa dan teknik untuk mengurus Modal Insan ( Human Capital ), mensejajarkan antara pengurusan modal insan dengan pembangunan dan strategik organisasi, serta bagaimana hendak memaksimumkan pengunaan modal insan dengan lebih efektif. Objektif agak menarik. Walapun nota in English ( biasalah tu ), tetapi penyampaian rojak dengan BM, termasuk latihan serta aktiviti berkumpulan. Kursus agak padat, sampai ke malam dan lewat petang, tetapi ada beberapa perkara terpilih untuk dikongsikan bersama.

Personality Profile

Menerusi ‘test’ yang diadakan, membolehkan kita mengenali personality profile kita berdasarkan markah yang diperolehi. Entahlah aku pun tak pasti sama ada aku jawab tepat atau tidak. Banyak juga istilah yang kurang ku fahami maksud sebenarnya, just agak-agak. Hasilnya personaliti kita dilihat sama ada termasuk dalam 4 kategori yang di sebutkan oleh penceramah iaitu Popular Sanguine, Powerful Choleric, Perfect Melancholy dan Peaceful Phlegmatic. Akupun rasanya macam ini first time dengar istilah tu.



Itu adalah jenis-jenis personality yang asas. Ciri-ciri yang melambangkan sifat-sifat tersebut dimiliki oleh semua orang. Yang membezakan seseorang ialah sejauh mana ianya agak dominan berbanding sifat yang lain. Dengan memahami ciri personality tersebut, selain daripada membolehkan kita memahami serta mengenali diri sendiri ialah bagaimana hendak berinteraksi atau berhadapan dengan mereka yang berpersonality demikian. Kalau search dalam internet mengenai ‘Personality Profile’, boleh dapat dengan mudah beserta keterangannya. Nampaknya aku kena cari juga buku karangan Florence Littauer berjodol Personality Plus sebagaimana yang disarankan oleh penceramah.


Kepelbagaian Generasi

Perkara kedua yang banyak disentuh ialah tentang kepelbagai generasi dari Baby Boomer, Generasi X, Y dan Z. Pernah juga dengar mengenai istilah ini, tetapi aku tidak begitu meengendahkannya.

Baby Boomer kumpulan pertama ialah yang lahir dari tahun 1946 hingga 1954. Mereka ini merupakan kumpulan pertama yang dibesarkan bersama TV dalam rumah. Mereka bersifat experimental, individualism, free spirited serta social cause oriented. Manakala kumpulan ke-2 ialah yang lahir antara 1955 hingga 1964. Mereka dikatakan kurang optimistik, distrust of government serta secara umumnya bersifat sinis. Hampir semua menteri kabinet serta yang gred 54 hingga KSN adalah daripada Generasi Baby Boomer.

Generasi X pula ialah mereka yang lahir pada tahun 1960an, 1970an hingga 1982. Kadang disebut juga sebagai ’baby bust’, yang bermaksud dilahirkan tanpa perancangan ( unplanned ) oleh kedua ibubapanya. Mereka dikatakan kurang kepercayaana terhadap kepimpinan, terutamanya kepimpinan yang diinstitusikan, tidak percaya kepada ’parti’ dan suka ikut parti yang tidak stabil. Kehadiran teknologi internet mulai mempengaruhi cara hidup dan berfikir dikalangan mereka.

Generasi Y pula yang lahir antara 1983 hingga 1995. Masih muda, tetapi membesar dalam suasana bukan sahaja mempersoalkan kedua ibubapanya tetapi juga majikan mereka. Mereka tidak tahu mengawal pertuturan dan sering menggunakan perkataan yang agak kasar dalam menzahirkan sesuatu. Baru memulakan alam pekerjaan, tetapi tidak mahu pekerjaan menjadi kehidupan mereka. Pelik bunyi. Lebih fleksibel dalam masa bekerja, tetapi suka meninggalkan nama or legacy kepada dunia.

Akhirnya generasi Z, yang lahir selepas 1995 dan dirujuk juga sebagai generasi pertama yang lahir dalam dunia digital. Dianggap sebagai ”movie-crazed’ dan The ”New Silent Generation”.

Tertanya-tanya juga aku apakah ini memang fitrahnya begitu atau atau faktor lain yang mempengaruhi ( syaitan serta kesan gerakan protokol zionis Israel ). Lantaran itu kata penceramah, PRU12 menghasilkan keputusan sebegitu yang sudah beliau jangkakan dan mungkin lagi teruk bagi pihak kerajaan pada PRU13. Beliau juga akui surrender untuk menangai masalah ’mat rempit’. Ada juga aku sembang dengannya mengenai remaja dan bagaimana hendak menariknya kepada aktiviti surau. Jawabnya spontan ialah dengan wujudkan ’rangkaian’

Solat Tahajjud & Dhuha

Sebagai seorang penjawat awam, penceramah menyarankan agar kami peserta melakukan ibadah-ibadah khusus kerohanian. Antaranya ialah solat tahajjud tiga kali seminggu untuk memberikan kekuatan dalaman dalam menempuh kehidupan dan tugasan yang sentiasa mencabar, serta solat sunat duha untuk sentiasa menginsafkan diri melakukan yang terbaik demi rezeki yang halal. Tapi tidaklah diajar bagaimana atau latihan solat ini semasa kursus. Sendiri mahu ingat kot … Harapnya penceramah tidak ‘cakap tidak serupa bikin’.

Naik F52 ( Memangku )

Selain daripada untuk tugas rasmi di pejabat, kandungan agak seswai juga untuk keluarga serta masyarakat, terutamanya penglibatan aku dengan NGO. Sekurang-kurangnya kursus ini memberikan aku suntikan semangat apabila menerima panggilan daripada pejabat yang aku dinaikkan ke Gred F52 ( memangku dulu ) mulai 28 Januari 2009, sebaik habis kursus dan cuti Tahun Baru Cina. Boss aku yang kebetulan minta pindah keluar, pindah pada tarikh yang sama dan akupun dikatakan menggantikan tempatnya. Kekadang fikir, elok juga kalau pindah tempat lain. Maklumlah, yang seangkatan denganku ( kini menyelia mereka pulak ) dan orang di bawah seliaanku sudah tahu ‘tembelang’ aku ….ha ! ha !
Share:

Aqiqah Perdana Surau Al-Hidayah 2009

Kukira ini bukan kali pertama, tapi yang seumpamanya adalah kali pertama. Sebelum ini disekalikan dengan sambutan atau program hari kebesaran Islam seperti Msulidur Rasul, Maal Hijrah atau Israk Mikraj. Tetapi disebabkan banyak permintaan untuk aqiqah semasa Hari Raya Korban, maka keputusan diambil untuk buat Majlis Aqiqah Perdana dengan membuat tawaran kepada penduduk untuk menyertainya dengan bayaran RM400 bagi satu bahagian. Alhamdulillah, dapat dua ekor. Malahan ada lagi permintaan tetapi kemampuan hanya 2 ekor sahaja. Maka majlis pun diteruskan pada 31 Januari 2009.

Orang kata dua ekor lembu ini 2,000 orang boleh makan. Ya ke ? Risau juga sebab bimbang tidak habis. Maka keputusan Mesyurat diambil untuk menjemput seramai mungkin orang. Antaranya jemput menerusi anak-anak KIDaS, surau dan NGO setempat, sekolah tahfiz, pondok dan pusat kebajikan berhampiran. Dari cadangan awal jamuan mula selepas Asar, di percepatkan kepada selepas Zuhor. Ceramah oleh YB Saari Sungip ( ADUN Hulu Kelang ) berjaya diperolehi. Gotong royong dimulakan pada malam 30hb Januari untuk lembu pertama, dengan harapan sempat disiapkan untuk makan tengahari esoknya. Gulai kawah menjadi pilihan, selain sup, sayur, nasi minyak dan nasi putih. Sebagai tuan rumah, memang kuantiti juadah menjadi kerisauan. Cukup kah atau berlebihan banyak sangat hingga membazir ke ?

Sebaik majlis tahlil dan doa selamat, jamuan pun bermula. Bukan main ramai yang datang, antara syukur sebab dapat sambutan dengan kebimbangan takut juadah tidak kecukupan. Para Ajk punkira tidak menang tangan melayani tetamu yang berpusu-pusu datang, termasuk dari surau berhampiran dan wakil AJK persatuan penduduk lain. Tetiba aku diberitahu nasi habis, terpaksa masak lagi sehingga akhirnya sampai 65 kilogram nasi !!!! Ini suatu rekod sebab sebelum ini cuma 20-30 kilogram sahaja. Sampai 6.00 petang lauk tinggal sikit sahaja. Alhamdulillah. Tetapi kena siapkan untuk makan malam. Perancangan asal hanya daging untuk salai ( marinated ). Cukup ke ? Terpaksa tambah dengan 20 kilogram mee hoon serta sosej 540 batang.

Tiba maghrib, orang berpusu-pusu datang memenuhi surau apabila YB Saari Sungip memberikan ceramah bertajuk ”Kami Bersama Palestine”. Memang tidak disangka tetapi tak dapat nak buat apa, kehadiran orang yang begitu ramai menyebabkan terpaksa akur, tidak dapat menyediakan cukup juadah untuk semua malam itu. Mengapa yang begitu ramai orang datang sehingga makanan tak cukup. Ku kira termasuk yang siang tadi ada 2,000 orang !!! Harapnya wayang pacak menjadi pengubat bagi mereka terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati juadah yang disediakan.

”Anak saya diberitahau oleh Ustazah, wayang pacak cerita ’Transformer’, itu yang asyik mengajak ke surau aje”, tegur seorang pengunjung kepadaku. Loh !!! patut pun ramai budak yang datang. Kami tidak pernah beritahu apa cerita wayang pacak malam itu. Nampaknya faktor tarikan anak-anak KIDas lantaran mendapat jemputan menerusi Ustaz atau Ustazahnya, itu yang menyebabkan ramai orang datang. Mungkin ini ada benarnya, anak-anak KIDaS lebih dengar kata atau ajakan Ustaz dan Ustazahnya.

Anyway, jika ada permintaan lagi, program seumpamanya akan dibuat lagi pada pertengahan tahun ini. Harapnya dapat lagi 2 ekor, tetapi kali ini masa makan dipendekkan sikit, umpamanya antara Asat hingga Lepas Isyak. Kalau mulai Zuhur, itu yang ada orang hadir dan makan dua kali lantas menyebabkan juadah tidak cukup. Agaknya ...

Share:

Dunia Islam Mengharapkan Sentuhan Emas Obama ?

Jalan menuju ke White House bagi Obama entah macamana menarik perhatian dunia sejak perebutan calon peringkat parti Demokrat lagi. Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Penggal pentadbiran Presiden George W Bush sudah berakhir 20 Januari 2009 lalu. Barack Hussein Obama, 48 tahun, sudah dinobatkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 iaitu rakyat kulit hitam pertama dilantik presiden di sebuah negara yang dibina atas tumpahan darah kaum Red Indian.

Bermacam persepsi serta gelaran banyak aku dengar. Ada yang menggelar Obama sebagai 'warga dunia' kerana susur galur keluarganya daripada pelbagai keturunan. Bapanya dari Kenya, ibunya orang kulit putih Amerika, manakala bapa tirinya rakyat Indonesia. Ada yang mengatakan Obama adalah jelmaan aspirasi Abraham Lincon ( Presiden AS ke ? ), Martin Luther King ( pejuang kesaksamaan peluang bagi kulit hitam di AS ) serta John Of Kannedy. Dunia dikatakan menanti sentuhan emas Obama kerana slogan ’Change, We Believe’ yang dilaungkan semasa kempen dahulu. Entahlah ...

Namun hasil kunjungan wakil Asia Barat beberapa hari selepas Obama jadi Presiden USA semacam memberikan satu harapan baru kepada dunia Islam. Kenyataan Obama melalui stesen televisyen Al-Arabiya kepada dunia Islam bahawa Amerika bukan musuh Islam dilihat amat bermakna, penting dan patut dialu-alukan seluruh dunia Islam. Kenyataan itu seperti mahu membuktikan bahawa Obama bersedia memperbaiki hubungan AS dengan dunia Islam dan membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan negara Islam. Negara-negara umat Islam seperti mulai menaruh harapan agar Washington mengubah dasarnya terhadap Tel Aviv.

Kenyataan Obama Bertentangan Dengan Hillary

Aku merasa sangsi dengan terhadap janji-janji Obama itu dan mungkin sekadar retorik semata-mata untuk meredakan kemarahan masyarakat Islam terhadap AS. Ini kerana Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dalam temu ramah pertama beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut memperkatakan sesuatu yang agak bertentangan dengan Obama. Hillary menegaskan Israel adalah rakan AS dan akan menyokong Tel Aviv tanpa berbelah bahagi. Hillary menggunakan contoh serangan Gaza dengan menekankan bahawa Israel mempunyai hak kerana mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas. Siapa yang serang dulu ? Bukankah serangan balas Hamas tu suatu bentuk pertahanaan selepas di serang. Bahlol punya Hillary !!!

Pengaruh Yahudi Dikeliling Obama

Dasar Obama mungkin halus, umpama “silent killer”. Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Mereka dikelilingi oleh pengaruh Yahudi yang sangat kuat. Kumpulan-kumpulan inilah yang menjadi pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika. Obama terikat dengan hala tuju yang ditetapkan oleh lembaga atau institusi tertentu di AS seperti Kongres dan sebagainya yang sebahagian besar dianggotai oleh Yahudi.

Sejak awal lagi rejim Zionis sudah mengatur strategi untuk memastikan Obama akan tetap mengikut telunjuknya. Obama melantik Rahm Emanuel, berketurunan Yahudi ortodoks sebagai Ketua Staf Rumah Putih. Emanuel adalah seorang strategis ketika pentadbiran Bill Clinton. Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Irgun, sebuah pertubuhan haram ultranasionalis yang wujud sekitar 1940-an yang terbabit bertanggungjawab melakukan penyembelihan ke atas rakyat Palestin ketika bersama satu lagi kumpulan haram Yahudi yang sealiran ialah kumpulan pengganas Hagana.

Abner Mikva, salah seorang daripada mentor Obama menyatakan, "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Hebat betul !! Obama pernah berucap kepada umpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007 dengan katanya, "Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel : Our strongest ally in the region and its only established democracy . That will always be my starting point." Rujukan

Mengikuti Ritual Yahudi

Pada 23 Julai 2008, Obama membawa kalungan bunga dalam majlis ritual Yahudi di Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem. Lihat gambar. Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini? Rujukan.



Nama Yahudi

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Dasar Berbaik Ada Udang Sebalik Mee

Mengapa dasar berbaik Obama dengan dunia Islam dinilai lebih bersikap menjaga kepentingan AS juga kerana Obama tidak memberi tumpuan kepada punca permasalahan sebenar yang membayangi hubungan Islam dan Barat, khususnya di Asia Barat iaitu krisis Palestin dan Israel yang sudah berusia lebih enam dekad. Ketika seluruh masyarakat Islam mengharapkan AS menggunakan pengaruhnya untuk mencipta damai dalam konflik itu, AS sebaliknya mengambil pendirian untuk berdiri di belakang Israel, menyokong berdirinya sebuah negara Israel dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Dunia Islam tidak boleh bergantung harap sepenuhnya kepada Obama. Dunia Islam perlu ada keberanian dan kemerdekaan diri dalam mengatur langkah membina kekuatan secara bersepadu untuk berdepan sebarang kemungkinan yang mungkin dilakukan pelobi Yahudi bagi mempengaruhi Obama. Zionis Israel tidak akan duduk diam selagi cita-citanya menguasai seluruh bumi Palestin tidak tercapai. Kita pula jangan lupa dengan rancangan AS untuk menyerang Iran, yang belum dipadamkan lagi.
Share:

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

Ketika kaum Cina seluruh dunia merayakan Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2009, berlaku juga Gerhana Matahari pada hari yang sama. Apakah ada maksud tersendiri bagi mereka yang merayakan Tahun Lembu pada tahun ini. Entahlah, tetapi berbanding dengan tahun lepas, tahun ini nampak macam kurang meriah. Apakah ada kaitan dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda ? Gerhana Matahari ini dapat dilihat merentas dari Lautan Hindi ke timur Indonesia, termasuk di Malaysia. Namun di Malaysia hanya berlaku Gerhana Separa, berbanding dengan dibandar Anyer Indonesia, berlaku gerhana penuh atau gerhana annular . Kali terakhir rakyat Malaysia 'menikmati' suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 22 Ogos 1998, di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Kejadian kali ini berlaku mulai kira-kira 4.30 petang dimana bayang Bulan mulai kelihatan ‘menyentuh’ Matahari dan Matahari kelihatan ‘sopek’. Yang sebenarnya Bulan sudah mula melindunginya. Aku sekeluarga yang ketika itu sedang dalam perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) cuba-cuba mendongak ke langit, namun awan yang sangat tebal menutupi pandangan. Di Saujana Utama, khabarnya hujan lebat turun.

Alhamdulillah, aku akhirnya berjaya juga melihat Gerhana tersebut dan sempat merakamkannya dengan kamera. Puncak Gerhana dikatakan berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari dilindungi Bulan. Suasana ketika itu begitu redup. Tak pastilah sama ada disebabkan awan tebal yang sesekali-sekala melindungi matahari ataupun sebab kurangnya cahaya yang sampai ke bumi walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kemudian Bulan dikatakan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan Gerhana tamat pada jam 6.58 petang.

Tahun 2009 tercatat ada dua gerhana. Jika 26 Januari, gerhana cincin dapat dilihat di Indonesia, gerhana cincin kedua pada 22 Julai nanti dapat di lihat di Hangzhou, China. Gerhana seterusnya ialah pada 15 Januari 2010. Gerhana Matahari terjadi apabila Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Ini sebenarnya menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Sedang perjalanan segala yang ada dilangit seperti bulan, bintang, planet dan matahari mempunyai peredaran yang telah ditentukan dan sempurna tanpa sebarang perlangaran. Malam dan siang silih berganti, perjalanan masa, hari, bulan dan tahun dapat ditentukan. Menerusi ketetapan ini juga, ahli falak atau astronomi mampu menjangkakan dengan tepat bila berlakunya Gerhana Matahari ini. Hanya manusia sahaja yang engkar dan mahu lari daripada ketetapan Allah sebagaimana yang ditentukan oleh Al-Quran serta yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, dengan pelbagai alasan.

Di Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya telah mengeluarkan surat bagai meminta semua masjid mengadakan solat Sunat Gerhana Matahari ( mungkin kebetulan hari cuti ) sebaik selesai solat Asar. Bersama surat arahan tersebut disertakan juga Teks Khutbah serta tatacara solat Gerhana Matahari. Oleh kerana solat sunat ini dalam kategori tuntutan sunat muakkad dan fenomena gerhana jarang berlaku, maka umat Islam dinasihat bersedia lebih awal dan melakukan solat ini secara beramai-ramai. Surau Al-Hidayah Saujana Utama turut tidak ketinggalan mengadakan solat Gerhana Matahari yang diimam oleh Ustaz Dr Mohd Zaki Abdul Rahman yang juga bertindak sebagai khatib.

Aku harap 22 Julai 2009 nanti, jika diizinkan Allah aku nak buat secara besar-besaran sambutan Gerhana Matahari ini di Surau Al-Hidayah. Selain solat sunat, mungkin boleh bersama berkumpul dengan juru kamera tempatan atau persatuan astronomi sekolah, bagaimana boleh kita mengetahui lebih lanjut mengenai Gerhana Matahari serta mengambil pengajaran daripadanya.
Share:

Pakaian Punca Dirogol ?

Aku tertarik dengan suatu artikel atau rencana khas dalam Berita Harian yang disiarkan pada 25 Januari 2009. Tajuknya ”Pakaian punca dirogol”. Yang menariknya kenyataan ini dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Kalau para ustaz atau alim ulamak yang buat kenyataan, tentunya ramai pengamal ”Islam Liberal” dan ”Islam Moden” yang akan menentang. Hujah mudahnya ”Iman Bukan Terletak Pada Pakaian” dan ”Ada juga wanita dirogol oleh Imam”.

Statistik yang dilaporkan oleh pertubuhan Keganasan ke atas Wanita (VAW) menunjukkan kes itu semakin meningkat dengan 3,756 kes keganasan wanita dilaporkan berlaku pada 2007 berbanding 3,264 kes pada 2006. Antara bentuk keganasan terhadap wanita yang utama ialah kes rogol yang bukan lagi asing di kalangan masyarakat. Menerusi statistik yang dikeluarkan di VAW, sebanyak 2,431 kes dilaporkan berlaku pada 2006, tetapi meningkat kepada 3,098 kes pada 2007.

Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, walaupun ramai wanita yang enggan menerima hakikat cara berpakaian antara punca utama yang membawa kepada jenayah rogol, kajian dijalankan mendapati sebaliknya. “Antara perkara yang mendorong kepada kejadian ini ialah pakaian seragam sekolah yang ada kalanya terlalu jarang. Pakaian sekolah yang nipis sehingga boleh menampakkan bahagian dalam wanita dikategori sebagai seksi yang secara tidak langsung ia nampak berahi dan menggalakkan kepada kes rogol terhadap pelajar.

“Selain itu, faktor pemakaian wanita dewasa juga seharusnya diambil kira. Mengenakan pakaian jarang, ketat atau pendek sehingga mendedahkan bahagian dada, kaki dan perut juga boleh mendorong kejadian rogol,” katanya.

Ivy berkata, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan mahu isu keganasan terhadap wanita terutama kes rogol ditangani segera dengan fokus permulaan kepada pelajar sekolah. “Mengenakan pakaian nipis ke sekolah sangat tidak bersesuaian dan ia agak tidak bermoral di kalangan pelajar yang seharusnya menimba ilmu bukannya mendorong kepada kejadian yang mereka sendiri tidak mahu terjadi ke atas diri mereka,” katanya.

Keganasan terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan simpati dalam diri setiap individu. Bagi seorang muslim, kesedaran dan penghayatan terhadap ajaran Islam itu sendiri memainkan peranan. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya memainkan peranan

Share:

TESCO : Penyumbang Tetap Pembangunan Israel ?

Pasaraya TESCO telah mula bertapak di Malaysia sejak 2002, tetapi aku belom pernah menjejakkan kaki ke premisnya, lantaran larangan daripada anak-anakku untuk memboikotnya sejak dulu lagi. Katanya TESCO banyak membantu Israel. Membeli di TESCO seolah-olah membantu perjuangan Israel dalam berhadapan dengan Palestine. Memang sudah lama dengar, tapi tak perolehi bukti atau keterangan lanjut serta sejauh mana kebenaran akan dakwaan serta tindakan anak-anakku itu.

Dalam isu yang berkaitan dengan pemboikotan barangan syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung, kerap dijadikan bahan utama sebagai tanda penentangan kita terhadap keganasan serta pencerobohan Israel ke atas bumi Gaza dan Palestine. Akupun cuba membuat sedikit kajian menerusi internet mengenai TESCO. Rupanya TESCO sejak 30 tahun lebih yang lalu membantu dan menyokong negara Israel. Tapi kenapa TESCO boleh bertapak bukan sahaja di Malaysia, tetapi termasuk juga di negeri Kelantan Serambi Mekah ? Setelah membeli rangkaian syarikat Makro, TESCO kini mempunyai hampir 30 outlet dalam rangkaiannya di Malaysia. Kemasukan TESCO di Malaysia dibuat dengan bersama Sime Darby Sdn Bhd yang mempunyai 30% pegangan saham.

TESCO diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London. Beliau merupakan seorang anak tukang jahit. Pada mulanya, beliau menjual pelbagai barangan di pasar Jalan Weel, Hackney. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1919, beliau menggunakan wang simpanannya untuk membeli gerai sendiri.

Jenama TESCO bermula tahun 1924 selepas Cohen membeli kedai teh daripada T.E Stockwell. TESCO adalah gabungan nama T.E Stockwell dan Cohen. Ada juga yang mengatakan nama pasaraya TESCO diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA COHEN. Seterusnya TESCO berkembang sehinggalah di senarai Bursa Saham London pada 1947 sebagai Tesco Stores Holding, London"

Apa pula hubungan TESCO dengan Yahudi dan Israel ? Tahun 1973, Jack Cohen meletakkan jawatan dan digantikan oleh anak menantunya iaitu Leslie Porter sebagai Pengerusi TESCO yang juga suami kepada anaknya iaitu Shirley Porter. Mungkin dari sini bermula dan kaitannya.

Di Israel, Shirley Porter merupakan seorang yang begitu dihormati dan dermawan yang prominent, yang begitu bermurah hati terhadap hal kebajikan, ekologi dan akademik, khususnya kepada Universiti Tel Aviv ( UTV ). Ini dilakukan menerusi yayasan yang ditubuhkan bersama suaminya, The Porter Foundation. Kiranya yayasan ini menjadi penyumbang tetap kepada UTV.

Hasil sumbangannya, beliau dilantik sebagai canselor kepada UTV. Yayasannya juga menyediakan biasiswa, memberikan bantuan buku dan peralatan. Banyak sumbang menerusi projek projek pembangunan di UTV. Yang terdekat ialah pembinaan “green building”, pertama seumpamanya di Israel yang bertujuan untuk menjadi "living laboratory", tempat kajian dan pembelajaran mengenai green architecture.

Setakat ini, tidak pula ku temui tentang bagaimana TESCO dikatakan mempromosikan produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia serta membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Konklusinya TESCO adalah penyumbang tetap kepada pembangunan Israel. Namun keputusan ditangan anda, sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasar raya TESCO.

Tapi aku rasa ramai yang akan tetap berkunjung ke sana dengan pelbagai alasan. Antara katanya ialah apa yang buruk jangan diambil, kita ambil yang baik dan positif sahaja. Yang pasti selesa shopping di sana, parking, tandas bersih dan free, surau pun besar dan bersih untuk solat. Kita pergi ke sana bukan nak sokong sangat agama dan budaya mereka, tapi kita ikut cara perniagaannya yang amat positif dan memberikan kepuasan yang menyeluruh kepada pelanggan. TESCO banyak bayar cukai kepada kerajaan untuk dibayar juga gaji kakitangan awam.

Apakah kita tidak mempunyai lain pilihan ?
Share:

Hari Muslimat Al-Hidayah 2009

Berbanding dengan tahaun lepas, kali ini sambutan lebih baik lagi. Namun masih tidak seperti yang diharapkan. Mungkin penduduk merasakan ini hari untuk perempuan atau muslimat sahaja. Muslimin pun tidak ramai, hanya AJk saja yang nampak berlegar-legar membantu pihak Muslimat serta perjalanan program dari 7.00 pagi sampai 5.30 petang. Bilangan penderma darahpun tidak sampai 40, begitu juga dengan transaksi berkaitan pendaftaran pemilih oleh SPR. Namun aku ambik kesempatan ini untuk tukar ke peti undi Saujana Utama. Sebelum ini di Selayang Pandang, Parlimen Selayang.

Namun ramai muslimat telah hadir mengikuti ceramah Lambaian Kasih yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Siraj( Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia ). Ini merupakan kali ke-2 Prof hadir memberikan kuliah di Surau Al-Hidayah. Kali pertama dahulu bersama Pengacara TV3, iaitu Pn Wardina dalam sesi 'Cinta : Antara Realiti Dan Fantasi'. Tahun depan nak panggil sapa pulak. Ceramah ini boleh dianggap sebagai 'core program' dalam pengisian Hari Muslimat, supaya dengan pengisian ilmu ini, sambutan menjadi lebih bermakna.

Dalam intronya Dr Harlina menyebutkan yang kematian salah seorang anaknya sewaktu masih kecil menjadi pendorong baginya dan suami untuk 'kerja kuat' berdakwah menyampaikan risalah Islam supaya di Padang Mahsyar nanti, anaknya mudah memberikan 'syafaat' untuk ibubapanya masuk kesyurga. Terharu aku mendengarnya.

Nampaknya Hari Muslimat kena 'rebranding'. Tukar nama or imej bagi menggalakkan orang lelaki nak datang ke surau menghadiri Hari Muslimat. Ini penting bagi memastikan para peniaga berpuas hati dengan jualan mereka yang agensi yang membuka kaunter perkhidmatan juga berpuasa hati. Apakah sudah tengah bulan, duit pun habis untuk persiapan persekolahan anak-anak.

Daripada segi program nampaknya program yang buat pertama kalinya dianjurkan iaitu busan Muslim mendapat sambutan yang mengalakkan. Next time kena sedia hadiah saguhati lebih banyak sikit. Kesin juga tengok bebudak ( mak bapaknyalah yang bersungguh ) tu bukan main lagi persiapannya serta gaya persembahan. Tapi yang penting ialah pakaian menepati syariat Islam. Congkak dan mewarna masih mendapat sambutan dan sering menjadi acara tetap dalam setiap Jamuan Aqiqah atau perhimpunan di surau.

Game sukaneka terus dimonopoli oleh remaja. Nampanya masih sukar nak dapat penyertaan daripada yang dewasa. Kalau nak kategorikan as Dewasa saja, bimbang tidak akan ada pesertanya. Anakku Najihah Al-Kauthar masuk semua acara agaknya dan menang 3daripadanya. Aku tak tahu yang diapun pun bakat yang tersendiri dalam boling padang dan musical chair. Aku main juga boling padang berpasukan khas untuk dewasa. Acara ini dibuat khas sebab ada baki hadiah. Tapi tewas juga.


Share:

Di Tree Steak House Paya Jaras

Sering melalui kedai tersebut. Tapi tak pernah singgah. Kecuali dulu-dulu, itupun singgah kedai sebelahnya yang satu ketika dulu kedai gunting rambut. Tetapi pada 10 Januari lalu kami singgah nak merasa, sekali nak celebrate Kak Yong sempena besdaynya semalam dan nak balik UTP keesokannya. Result UTP yang baru diterimanya pun ok juga, masuk 'Dean List'.

Kedai tersebut terletak di Paya Jaras, bersetenteng dengan Kedai Tayar ( entah apa nama ). Jika dari rumah menghala ke Kuala Lumpur, nak masuk parking di kedai tu memanag payah. Kereta tidak putus-putus dari arah Kuala Lumpur, tambahan ada pasar malam petang tu. Terpaksa lajak dan buat U-turn kat Bandar Baru Sungai Buloh. Parking kedai ada di belakangnya.

Tapi petang tu lengang kedai dan cuma kami sekeluarga saja jadi pelanggan. So order pun cepat. Tetapi biasalah bagi makanan steak nie, biasanya frozen then 'reheat' ( betul ke ? ). Tenok set kerusinya sebijik sama dengan yang ada dalam dapor rumah kami. Anyway, best !! Makanan yang kami order, sedap rasanya. Tentang rega, aku tak pasti. Tapi rasanya macam agak mahal sikit berbanding dengan yang pernah dirasai di Langkawi suatu ketika dahulu. Tapi nak compare gitu payah, sudahlah masa yang berbeza, kandungan pun tidaklah sama. So tak dapat nak compare 'apple to apple'. Anyway kira puas hati dan kenyang juga menikmati hidangan pada malam tersebut.


Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.